
Jerawat memang boleh membuatkan kita hilang keyakinan diri apatah lagi bila keluar dengan banyaknya di wajah. Memang susah untuk menghilangkannya namun jika kita berusaha tiada yang mustahil. Tapi bagaimana pula caranya untuk bebas jerawat tanpa memakai sebarang produk?
Melalui akaun twitter @shazmiejo, lelaki ini telah berkongsi caranya meghilangkan jerawat di wajah tanpa menggunakan produk di wajah.
Dahulunya jerawat sangat teruk.

Dah cuba pelbagai produk tapi tidak berkesan.
Puncanya badan tak sihat dan sebab itulah jerawat muncul.
Dia mula berhenti makan makanan yang boleh memberi keradangan dalam badan.
Kena ubah gaya hidup yang lebih sihat! Tiada stress.

Jangan pernah putus asa! Kuatkan imun badan dulu baru luaran.
Sangat berguna tips yang dikongsi ini. Jika selama ini kita hanya menjaga luaran sahaja, apa kata kita jaga dalaman juga kerana dalamanlah aspek penting yang perlu kita jaga dengan utama sebenarnya. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sis!
sumbe: twitter @shazmiejo
Yana Samsudin Kongsi 7 Cara Wanita Dulu-dulu Jaga Kecantikan, Patut La Sentiasa Nampak Lawa

Yana Samsudin bukan sahaja punya paras rupa yang menawan namun berbakat besar dalam dunia lakonan. Memang sweet sangat apatahlagi bila sudah berhijab. Jom kita cungkil rahsia kecantikan Yana Samsudin.
7 CARA WANITA DAHULU JAGA KECANTIKAN
1. PERIA KATAK RAHSIA AWET MUDA
Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dalaman wanita. Amalkan, anda pasti gembira dengan hasilnya . Nak peria katak goreng crunchy? Tengok post yana yang sebelum ni.
2. BAWANG MERAH PUDARKAN JERAGAT
Potong bawang kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan bawang pada bahagian yang bermasalah. Gosok secara perlahan-lahan, lakukan setiap malam sebelum tidur. Jeragat akan beransur pudar.
3. LIDAH BUAYA ATASI JERAWAT
Bagi anda yang berdepan dengan masalah jerawat. Sapukan bahagian berjerawat dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.
4. ASAM JAWA HILANGKAN PARUT
Ramas asam jawa bersama sedikit air. Bancuh sehingga pekat, kemudian sapukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin, parut akan semakin pudar.
Petua ini amat sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai parut demam campak.
7 CARA WANITA DAHULU JAGA KECANTIKAN .1. Peria Katak Rahsia Awet Muda.Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dalaman wanita. Amalkan, anda pasti gembira dengan hasilnya . Nak peria katak goreng crunchy? Tengok post yana yang sebelum ni… .2. Bawang Merah Pudarkan Jeragat.Potong bawang kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan bawang pada bahagian yang bermasalah. Gosok secara perlahan-lahan, lakukan setiap malam sebelum tidur. Jeragat akan beransur pudar..3. Lidah Buaya Atasi Jerawat.Bagi anda yang berdepan dengan masalah jerawat. Sapukan bahagian berjerawat dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut..4. Asam Jawa Hilangkan Parut.Ramas asam jawa bersama sedikit air. Bancuh sehingga pekat, kemudian sapukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin, parut akan semakin pudar. Petua ini amat sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai parut demam campak..5. Air Limau Nipis Kuruskan Badan:Perahkan limau nipis, jadikan jus. Pastikan air perahan ini pekat. Minum jus limau nipis dua kali sehari selepas makan tengah hari dan makan malam. Berat akan turun secara perlahan-lahan..6. Kapur Sirih Kempiskan Perut.Perah limau nipis, campurkan dengan kapur sirih. Bancuh bahan sehingga pekat. Lumurkan pada bahagian perut. Biarkan kering, kemudian pakai bengkung. Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur..7. Bayam Haluskan Kulit.Segenggam daun bayam dan bersihkan. Tumbuk kesemua daun bayam sehingga lumat dan halus, boleh juga dikisar. Campurkan dengan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan kesemua bahan hingga rata. Jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan dua kali seminggu, kulit wajah akan menjadi halus dan lembut..Last sekali takda dalam senarai tapi ni wajib buat! Hati kena bersih untuk kekal cantik dalam dan luaran! Jaga solat ya 😘Ada petua yang lain lagi tak? .#YanaBeautyhack#tipscantikyanasamsudin
Posted by Yana Samsudin on Thursday, 8 August 2019
5. AIR LIMAU NIPIS KURUSKAN BADAN
Perahkan limau nipis, jadikan jus. Pastikan air perahan ini pekat. Minum jus limau nipis dua kali sehari selepas makan tengah hari dan makan malam. Berat akan turun secara perlahan-lahan.
6. KAPUR SIRIH KEMPISKAN PERUT
Perah limau nipis, campurkan dengan kapur sirih. Bancuh bahan sehingga pekat. Lumurkan pada bahagian perut. Biarkan kering, kemudian pakai bengkung. Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur.
7. BAYAM HALUSKAN KULIT
Segenggam daun bayam dan bersihkan. Tumbuk kesemua daun bayam sehingga lumat dan halus, boleh juga dikisar. Campurkan dengan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan kesemua bahan hingga rata. Jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan dua kali seminggu, kulit wajah akan menjadi halus dan lembut.
Last sekali takda dalam senarai tapi ni wajib buat! Hati kena bersih untuk kekal cantik dalam dan luaran! Jaga solat ya.
Hijabista: Yang penting kena konsisten sis bukan kejap buat kejap tak ya sis!
Trend “Lash Lift” Jadi Ikutan. Hukum Lash Lift Haram Seperti Eyelash Extension?

Bangun pagi je nampak cantik dan bulu mata melentik. Dahulu, popular dengan trend memakai ‘Eyelash Extension’ di kalangan golongan muda akan tetapi hukumnya haram di dalam islam kerana menggunakan kaedah menyambung bulu mata. Kini, tumpuan kepada trend baharu iaitu ‘Lash lift’ kini menjadi tarikan golongan muda. Teknik ini lebih kepada melentikkan bulu mata individu yang ingin tampak bulu mata yang melentik dan panjang.
Apa itu Lash lift?
Lash lift merupakan teknik atau kaedah mencantikkan bulu mata anda supaya kelihatan terangkat, melentik dan tampak tebal. Rawatan Last Lift tidak melibatkan kos yang tinggi berbanding eyelash extension yang sudah semestinya mahal dan penjagaan yang leceh. Tumpuan golongan muda lebih kepad lash lift kerana ianya murah dan tidak perlu menyambung bulu mata.
Tujuan seseorang itu ingin melakukan lash lift kerana mereka ingin tampak lebih natural kerana tiada penyambungan bulu mata diperlukan. Kemudahan apabila buat lash lift ialah anda tidak perlu memakai maskara atau bulu mata palsu.
Artikel Berkaitan: Hijabi Perlu Tahu Hukum Lakukan Eyelash Extensions. Usah Halalkan Perkara Yang Haram!
Hukum Lash Lift
Menurut sumber dalamislam.com, proses lash lift ini halal kerana tiada proses menyambungkan bulu mata lain, hanya menggunakan bulu mata asli anda. Lash lift ini juga tidak melibatkan bulu mata buatan dan tidak berisiko.
Cara penjagaan lash lift
Penjagaan lash lift ini amat mudah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa 24 jam pertama. Selain itu, elakkan untuk memakai maskara sejurus anda siap melakukannya. Semestinya rawatan lash lift ini sangat berbaloi kerana dengan harga serendah RM79 dan boleh bertahan selama sebulan. Jadi ianya sangat berbaloi.
Risiko lash lift
Setiap rawatan pasti ada risikonya. Keselamatan perlu dititikberatkan. Akan tetapi, risiko lash lift bukanlah sesuatu yang membahayakan jika anda pandai untuk menjaganya. Menurut ahli kecantikan, pembuatan lash lift tidak membahayakan dan tiada efek yang serius.
Jarang sekali berlaku tetapi kesan samping juga boleh terjadi jika anda lalai ketika membuat rawatan ini. Antaranya adalah:
1. Iritasi kulit
Mengalami iritasi kulit merupakan antara risiko yang paling bahaya tetapi itu terjadi sekiranya keratin tersebut terkena pada kulit mata. Walaupun, anda akan memakai alas di atas mata tetapi perkara kecil sebegini boleh terjadi jika anda tidak fokus sewaktu membuat lash lift. Penting untuk anda mencuba bahan lash lift di kulit tangan anda, sekiranya bebas iritasi, go for it!
Pastikan anda mengetahu tentang kondisi kulit jika tidak serasi dengan sebarang keratin atau bahan di dalam lash lift supaya dapat mengelakkan iritasi pada kulit mata. Pastikan, larutan lash lift tidak termasuk dalam mata anda. Dinasihatkan supaya membuat lash lift dengan bantuan ahli kecantikan yang terlatih.
2. Bulu mata rosak
Bulu mata boleh rosak apabila terlampau banyak larutan yang digunakan di mata yang boleh menyebabkan tarikan pada bulu mata anda. Selain itu ianya boleh rosak akibat anda menggosok mata selepas ianya siap.
Akhir kata, hukum melakukan lash lift ini dalam islam halal kerana tiada sebarang bulu mata palsu atau penyambungan bulu mata dilakukan. Seperti yang kita tahu, di dalam islam diharamkan untuk merubah ciptaan Allah SWT.
Solekan Gincu Buat Wajah Nampak Lebih Berseri, Ini Pilihan Warna Gincu Menarik Yang Wajib Anda Cuba!

Pilihan warna gincu memainkan peranan penting untuk memastikan solekan tampil lebih menawan dan berseri!

Tak susah pun untuk memilih warna gincu yang sesuai dengan warna kulit anda! Mari kami bantu anda memilih warna gincu yang sedang hangat sekarang ni.
Merah

Warna yang sangat trendy sekarang ini. Tatkala mengoles gincu merah dibibir pasti akan menaikkan seri wajah. Tak percaya? Anda perlu cuba! Walaupun warnanya garang, tapi senang digayakan kemana sahaja.
Merah Jambu

Bila tengok orang gayakan cantik, tapi terfikir bila sendiri pakai, kena ke? Warna merah jambu antara warna yang terhangat selepas merah. Apa kata anda cuba gincu merah jambu di kedai kosmetik, pasti anda akan terkesima dengan warna ini.
Ungu
Tak semua orang mampu menggayakan gincu berwarna ungu. Perlu selari dengan imej pakaian anda pada hari tersebut. Tersilap langkah, nanti orang fikir anda ahli kumpulan gothic pula. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pilih warna ungu yang tidak terlalu gelap.
Nude
Warna paling digemari oleh selebriti. Pemakaian gincu nude semakin menjadi-jadi. Mungkin warnanya akan menampakkan anda sedikit pucat, jadi untuk mengatasinya, solekan mata perlu sedikit menonjol untuk menyempurnakan keseluruhan gaya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe