Cik Epal & Jofliam Tak Rasa Membazir Masak Pizza Wagyu Untuk Mangsa Banjir. Redah Naik ATV

Share

Usahawan dan juga pasangan pempengaruh terkenal, Cik Epal dan Jofliam tidak kisah berbelanja lebih apabila menghidangkan pizza dengan daging wagyu kepada mangsa-mangsa banjir untuk menjamu selera.

Bukan sembarangan bahan mentah, ia merupakan daging A5 tomahawk wagyu yang diketahui ramai merupakan antara gred daging yang paling berkualiti.

Wagyu pizza untuk mangsa banjiršŸ•. Bila tengah bagi pizza ada adik ni cakap ā€œMurah rezeki akakā€. Rasa sebak pulak dengaršŸ˜¢.

Kaw-kaw sedap dia!

Selain memberikan bantuan makanan, pasangan ini juga aktif memberikan bantuan barangan keperluan kepada penduduk setempat seperti bantal dan sebagainya.

Ā 

Di samping itu, Jofliam atau Jo juga turut meredah kawasan perkampungan menggunakan ATV yang dimilikinya. Beliau juga mengakui pertama kali dalam hidupnya langsung tidak rasa membazir membeli semua ini kerana ia digunakan bagi membantu mereka yang memerlukan.

3 biji motor Surron,1 ATV,1 boat.
.
Redah pulak masuk slumber naik Mustang.šŸ˜‚šŸ˜‚
.
Pertama kali dalam hidup saya rasa tak membazir beli semua ni.Pertama kali jugak saya buat kerja sampai rasa takda masa nak update hari yang sama.Kos semua sendiri.Dari lori,senang cerita A sampai Z.
.
Bagi semua pihak persendirian atau mana mana badan yang datang beri sumbangan,saya doakan anda semua dilimpahkan kebaikan yang tidak putus2 di dunia dan akhirat.
.
Tugas saya yang tak seberapa rini,langsaikan nazar pizza saya,dan agihkan bantal dan beberapa keperluan ke kampung yang terputus jalan.
.
tqĀ @cikepal06Ā follow dari pagi sampai malam
.
Tq Adam,Abu,Fahmi dengan Chef yang datang tolong saya memudahkan kerja saya.Moga kita semua dilimpahkan kebaikan dan rezeki serta kebahagiaan.

Artikel Berkaitan : Nikmati Percutian Mewah Di Santorini, Cik Epal Kongsi Kosnya Bagi Menjawab Persoalan Netizen

Ā 

Rata-rata netizen di ruangan komen semuanya terharu melihat cara Cik Epal dan Jo menggembirakan hati dan membantu mangsa-mangsa banjir yang berada dalam kesusahan. Moga rezeki mereka terus mencurah-curah selepas ini. InsyaAllah.

kredit: ig @cikepal06, @jofliam

+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.

IKLAN