Selamat datang ke KOMONO, komuniti sang pemimpi dan pereka yang berdedikasi untuk mereka aksesori masa yang sempurna. Berasal dari Belgium, ia sememangnya begitu menitikberatkan soal kualiti dan kraf yang eksklusif.
KOMONO ialah gabungan sempurna ‘Penglihatan’ dan ‘Masa’. Ia juga menjadikan avant-garde boleh diakses dan membawa reka bentuk kontemporari ke dalam dunia aksesori.
Moneypenny Revolt
Pilihan jam tangan seperti permata dengan sikap berani. The Moneypenny Revolt mempunyai inspirasi vintaj buat si pemakainya yang gemarkan gaya classy.
Cantiknya! Nak pilih yang mana satu eh?
Ads
Ini pula adalah koleksi cermin mata Jessie Andrews untuk KOMONO yang minimalis dengan ciri moden. Sesuai untuk anda yang sukakan gaya ringkas namun bergaya.
Ads
Bingkainya yang unik menjadikan ciri wajah anda kelihatan lebih berkontur dan lebih tajam.
Tinggal beberapa jam lagi masyarakat Cina akan makan besar sebelum menyambut hari kebesaran mereka. Dan pastinya hidangan utama selain yee sang atau kuih bakul adalah limau mandarin. Memanglah sedap menikmati limau mandarin yang banyak air, tetapi buah ini sering dikaitkan dengan gejala sakit tekak hingga boleh mengakibatkan demam ataupun batuk. Sebenarnya buah kecil ini mengandungi vitamin C yang elok untuk kesihatan kulit. Bukanlah kata tak boleh makan tetapi ada cara tertentu. Ikuti perkongsian Doktor ini caranya mahu mengelak gejala sakit tekak.
Perkongsian menarik dari Doktor Rosli Abd Jalil ini mendapat hampir 4,000 butang share dari netizen. Dalam posting di laman sosial facebook ini turut memuatkan satu video bagaimana caranya dilakukan pekerja bagi memastikan limau ini tahan lama.
Semoga info daripada beliau ini memberi manfaat kepada penggemar limau mandarin yang hanya akan dijual dalam kuantiti banyak ketika di musim perayaan tahun baru Cina.
Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.
Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.
Pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat dimusim perayaan’ ini ditulis oleh:
DR ROSLI ABD JALIL.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka tambahan selapis lagi untuk lebih meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19.
Jelasnya, perkara itu digalakkan selepas eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).
Hasilnya, pemakaian pelitup muka perubatan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua mengurangkan lagi risiko pemakai kepada pendedahan virus.
“Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.
“Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.
“Jika saya ke hospital, double mask membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan,” jelasnya.
HIJABISTA: Mungkin ramai yang merasa ‘lemas’ apabila perlu berpakai berlapis-lapis pelitup muka. Namun, mencegah itu semestinya lebih baik daripada merawat bukan? Seboleh-bolehnya kita semua duduk sahaja di rumah dan elakkanlah ke luar jika tiada urusan yang penting. Sayangilah dirimu!
Pada hari Ahad yang lalu, artis pujaan negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) telah meraikan ulangtahun kelahiran suaminya yang tercinta, Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K yang ke 61.
Menariknya, Tok Ti dan ahli keluarganya yang lain telah sepakat melakukan kejutan untuk Datuk K dan memilih warna hitam sebagai tema majlis tersebut.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.