Seringkali bahagian siku dan lutut diabaikan berbanding bahagian wajah. Selalunya ramai yang memberikan perhatian yang lebih pada penjagaan kulit wajah hingga mengabaikan bahagian-bahagian ini. Akibatnya kulit bahagian ini lama-kelamaan hitam jadi gelap dan hitam.

Sebenarnya ada cara mudah untuk merawat bahagian-bahagian ini hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Kunci utamanya hanyalah rajin dan konsisten untuk mengamalkannya agar hasilnya nanti memuaskan hati.

Berikut dikongsikan bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai skrub untuk mengatasi masalah kulit yang hitam dan gelap di bahagian siku dan lutut.

GULA DAN GARAM

Photo from Castorly from Pexels
Photo by Suzy Hazel from Pexels

Campurkan kedua-dua bahan ini dengan nisbah sama dan larutkan dengan sedikit air. Sental pada siku dan lutut selama lima minit mengikut arah atau lawan jam. Bilas bersih dan ulang seminggu dua kali.

IKLAN

MADU DAN LEMON

Photo by Threeshots from Pexels
Photo by Lukas from Pexels

Lemon memang diketahui tinggi kandungan vitamin C. Ambil sebiji lemon dan potong dua. Sental pada siku selama tiga hingga lima minit. Kemudian tambah sedikit madu dan sental selama lima minit. Bilas bersih dan ulang seminggu sekali.

BETIK

IKLAN
Photo by Any Lane from Pexels

Kandungan vitamin C dan E dalam betik dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit. Pilih betik mengkal (muda) saiz kecil untuk memudahkan proses menyental siku dan lutut.
Usah buang bahagian biji dan jadikan ia skrub dan masker untuk siku dan lutut. Bagi yang memiliki siku gelap, digalakkan untuk buat secara konsisten selama seminggu. Bilas dengan air bersih sebelum menyapu losyen.

BERAS KISAR

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Orang dulu memang sukakan lulur diperbuat daripada beras yang direndam semalaman dan digiling atau kisar halus. Selain menghaluskan tekstur kulit kasar dan kering, ia juga boleh membantu mencerahkan siku dan lutut.
Alang-alang menyental siku, elok jika anda berlulur satu badan. Tambahkan sedikit kelopak mawar sebagai wangian semula jadi.

IKLAN

KULIT RAMBAI
Jika kebetulan bertembung dengan musim rambai berbuah, kumpul kulitnya dan keringkan di bawah jemuran. Kisar dan simpan dalam balang kedap udara untuk diulang pakai bila perlu.

Serbuk kulit rambai biasanya dicampur air mawar untuk dijadikan pupur siku dan lutut. Apabila pupur separa kering, sental dengan tangan sehingga bersih. Bilas dengan air hangat.

HIJABISTA: Bahagian siku dan lutut sering diabaikan setiap kali membersihkan tubuh ketika mandi. Hakikatnya bahagian ini juga perlu diberikan perhatian sama seperti bahagian tubuh yang lain. 

Sumber kredit: Classy

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI