Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bermacam-macam rejim kecantikan telah dicuba. Sama ada produk yang dijual di pasaran mahupun menggunakan cara tradisional. Walau apa pun caranya, semua ini adalah usaha untuk menjaga kecantikan.

Bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan tetapi mahu bajert, boleh gunakan cara yang dikongsikan oleh Rafidah Kassim Ida ini.

MESTI TAK PERCAYA VASELINE BOLEH BUAT MACAM NI KAN?

Vaseline, produk paling femes untuk lembapkan kulit. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan pada setiap bahagian di muka dan badan. Alaaa, yang tutup biru botol kuning-kuning cair tu.

IKLAN

Antara fungsi vaseline yang worldwide tip top semua orang tahu ialah baik untuk lembapkan bibir yang kering. Boleh digunakan untuk tangggalkan make up. Sangat bagus untuk rawat tumit kaki yang merekah dan boleh bantu putihkan kulit. Haaaa? Putihkan kulit?

Macam tak percaya kan, dengan budget bawah sepuluh ringgit dan boleh didapati dengan sangat mudah di drugstore seluruh Malaysia, vaselin bantu cerahkan kulit sampai nampak urat hijau seawal 7 hari. Wow!

Tekstur dia lembut, tak berminyak, tak berbau dan tak buat tangan berpeluh pun. Meresap ke dalam kulit dan bagaikan magis, tukar kulit yang gelap kepada cerah semulajadi. Bukan cerah-cerah kelabu tau. Memang cerah nampak urat hijau.

IKLAN

Jadi, untuk memantapkan lagi kesan dia. Korang sapu kat ketiak tiap kali lepas mandi dan sebelum tidur. 3 hari bole nampak ketiak tu cerah. Pakailah sebulan dua sampai cerah betul-betul. Biar putih melepak gitu.

Selain tangan, ketiak, sapu sekali kat lutut, siku, leher, celah kangkang, buku lali semuaaa pun putih. Wooo! Tak payah dah buat laser bagai kat spa. Try vaseline je.

IKLAN

Cara guna dia senang saja. Sapu vaseline ke tangan atau bahagian yang korang nak cerahkan sebelum tidur. Dan rasai perubahan seawal 3 hari. Ya ya, semudah ini sahaja. Dan kulit akan terasa lebih lembut dan lembap. Serious okeh! Tapi kene buat hari-hari tau. Konsisten.

Tip ini bukan hanya berguna kepada bakal-bakal pengantin yang nak tangan cantik, lembap gebu mulus nak sarung cincin dan rantai tangan kawin. Tapi, terbuka untuk setiap insan yang nak kulit cerah tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa sakit-sakit injection, tanpa perlu telan ubat dan yang paling best tanpa modal yang besar.

Sumber kredit: Rafidah Kassim Ida

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI