Wanita dalam bab kecantikan bukan hanya cerewet soal penjagaan wajah sahaja tetapi seluruh bahagian tubuh. Antara bahagian tubuh yang sering menjadi ‘masalah’ kepada ramai wanita ialah bahagian bawah lengan/ketiak.

Tentulah rasa rendah diri dan kurang selesa bila mana bahagian wajah tiada sebarang masalah tetapi bahagian ketiak hitam. Memanglah bahagian ketiak terlindung namun pada diri sendiri, mesti ada rasa ‘tidak sempurna.’

Telah berbagai usaha dilakukan sama ada bertukar menggunakan deodarant, losen dan sebagainya namun masalah ketiak hitam masih juga belum menemui jalan penyelesaian.

Photo by cliff-booth- from Pexels.

Berikut tip dan perkongsian Nurul Diyana Kamaludin mencerahkan bahagian bawah lengan/ketiak menggunakan bahan semula jadi. Selamat mencuba!

PETUA CERAHKAN BAWAH LENGAN/KETIAK

1. Limau nipis dan kapur sirih dicampur. Sapu dan gosok secara perlahan kerana dikhuatiri akan memedihkan. Biarkan selama 15 minit. Buat 3 kali seminggu untuk menampakkan kesan. Bau pun takde tau. Cubalah! (Sesuai dibuat sehari selepas waxing). Seeloknya elakkan amalan mencukur.

IKLAN

2. Parutkan lemon dan timun. Dan disapu pada bawah lengan secara perlahan dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.

IKLAN
Photo by lukas from Pexels.

 

Photo by lo from Pexels.

3. Ambil sedikit Apple Cider Vinegar (cuka epal), sapukan setiap hari sebelum mandi. InsyaAllah akan nampak hasilnya. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

IKLAN
Photo by barbhuiya from unsplash.com.

HIJABISTA: Bolehlah cuba petua-petua ini kerana ia menggunakan bahan-bahan semula jadi yang tentunya tiada kesan sampingan. 

Sumber kredit: Nurul Diyana Kamaludin Top image: Photo by sagar-kumar from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI