
Jika masuk sahaja ke Sephora, Guardian, Watson dan Sasa, sekurang-kurangnya separuh daripada jenama produk kecantikan adalah dari negara luar. Terutamanya produk kecantikan dari Korea, Eropah, dan Perancis ada Laneige, Sulwhasoo, Avene, Kérastase, Caudalie, dan banyak lagi jenama yang menarik perhatian kita.
Tapi bila dah berkenan dan mahu bertanya kepada pekerja, kita tiba-tiba jadi malu kerana tidak tahu jika sebutannya betul atau salah. Kadang kala sampai takut berbelit lidah mahu menyebutnya. Jadi, bagaimana cara menyebut jenama-jenama produk kecantikan yang berasal dari Korea dan Perancis dengan betul?
1. Caudalie
Cara yang betul untuk sebut ‘Caudalie’ adalah Ko-da-lee.
2. Etude House
Produk Korea yang disebut dengan cara Perancis, Eh-twee-d House.
3. Avene
Cara yang betul ialah Ah-ven.
4. Bourjois
Keliru? Ini cara yang betul menyebutnya Bor-jwah. Kamu silence – kan huruf J.
5. Ciaté
Bukan C tapi S, caranya sebegini See-ahh-tay.
6. L’Occitane
Cara yang betul sebutan produk popular ini ialah Lox-ee-tan.
7. Blithe
Ini satu lagi yang biasa kita keliru, cara jenama Korea ini disebut seperti berikut Bly-th.
8. Guerlain
Cara sebutnya Gare-lahn. Terasa sofistikated tatkala menyebutnya kan..
9. Kérastase
Jenama popular produk rambut ini disebut dengan cara Care-a-stoss. Huh?
10. Iope
I disebut menjadi Eye, ini caranya Eye-oh-peh.
Sekarang dah tahu sebutan yang betul, senang sedikit kan? tidak sampai terbelit lidah nak menyebutnya.
Aww, Cantiknya Wanita Ini! Dia Hanya Guna Tomato Beku Untuk Haluskan Kulit Wajah, Kecutkan Jerawat & Cegah Kedutan

Mempunyai kulit yang cantik memang jadi impian setiap wanita. Tetapi tidak guna hanya memasang angan-angan tetapi tidak berusaha untuk melakukannya.
Dewasa ini di zaman siber, semua maklumat hanya kita peroleh di hujung jari sahaja. Taip sahaja kata kunci apa yang dikehendaki pasti anda akan bertemu maklumat.
Lagi satu tidak perlu membazir duit dengan membeli produk penjagaan kulit yang mahal, hanya dengan sebiji tomato juga boleh membuatkan kulit tampil licin dan berseri.
Seperti perkongsian wanita yang juga graduan dari Universiti Malaya ini, Nurul Balqis yang hanya menggunakan bahan berkenaaan (tomato) untuk dijadikan sebagai masker bagi mencantikkan wajah.
Jom baca perkongsian wanita ini
Harini qis ade nak share satu tip yang qis dah amalkan sejak 6bulan yang lepas. Memang menjadi.
Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya:
- Jerawat dekat muka qis satu hari je dah kecut
- Gelap bawah mata pon dah berkurang
- Kulit qis still glowing walau tanpa makeup
- Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dpat cegah kedutan
- Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat.
- Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah.
Cara-cara nak buat qis ada terangkan pada setiap gambar-gambar kat bawah ni. Selamat mencuba
Silakan kalau nak share utk simpan tip ni dan boleh tag rakan-rakan yang ada masalah jerawat, kulit kering, gelap bwah mata, kulit berminyak atau yang dah giveup nak try mana-mana skincare.
Bahan-Bahan:
2 buah tomato
Mesin pengisar
Bekas kiub ais
Cara Membuat:
1. Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.
2. Seterusnya,masukkan tomato yang dipotong kecil tadi kedalam mesin pengisar. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.
3. Kisar sampai hancur dan halus.
4. Kemudian,masukkan tomato yang dikisar tadi ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.
5. Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka.
Rasai keajaibannya.
Selamat Mencuba!
Artikel Berkaitan Patut Baca: 5 Petua Bantu Hilangkan Gelap Bawah Mata
Penat ‘Ikat Perut’ Untuk Kurus, Melly Goeslow Akhirnya Nekad! Berjaya Singkirkan 23kg

Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.
Baru-baru ini, Melly telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setah menjalani pembedahan Bariatrik.
Turun 23 Kilogram Dalam Masa 4 Bulan
A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)
Menurut Melly pembedahan tersebut dilakukannya di Rumah Sakit Pondok Indah. Untuk mencegah obesiti dan mendapatkan tubuh badan ideal yang lebih sihat.
Kini, berat badan Melly berjaya dikurangkan sehingga 23 kilogram dalam jangkamasa empat bulan.
Artikel Berkaitan: Melly Goeslaw Jalani Pembedahan Bariatrik Atasi Masalah Obesiti
Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.
“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.
Penat Dan Susah Untuk Diet
Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.
“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.
Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
Sumber: Instagram Melly Goeslow
Artikel Berkaitan:‘Awas Ya, Sekarang Saya Sudah Kurus!’, Melly Goeslaw Dedah Menjadi Mangsa Diskriminasi Berbadan Gempal.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
5 Skrub Muka Dalam Bajet Untuk Kulit Cantik dan Flawless!

Jatuh cinta dengan wajah anda tanpa mengeluarkan banyak wang! Untuk mengekalkan kulit yang bersih dan sihat mudah sebenarnya. Pengelupasan adalah kunci dalam mengekalkan regimen penjagaan kulit berseri.
Hijabista telah mengumpulkan 5 skrub muka yang dapat membantu anda kekal cantik berseri. Kami telah menyenaraikan senarai ini untuk memastikan anda dapat mencari skrub muka dengan harga yang berpatutan, sesuai untuk jenis kulit anda. Lihat senarai skrub muka ini untuk menyelesaikan tanda-tanda penuaan, minyak yang berlebihan, kekeringan, dan juga kepekaan kulit yang akan memastikan anda melihat diri anda yang paling bercahaya.
#1. NEUTROGENA OIL-FREE PINK GRAPEFRUIT EXFOLIATING ACNE FACE WASH AND FOAMING SCRUB
Terbaik untuk merawat kulit berjerawat kerana formula asid formula asid salisilik maksimum diaktifkan dalam scrub muka berbuih untuk membantu merawat jerawat melalui penyingkiran lembut. Ia dirumuskan dengan ekstrak limau yang diperolehi secara semula jadi serta mempunyai khasiat vitamin C.
#2. CLEAN & CLEAR OIL-FREE DEEP ACTION EXFOLIATING FACIAL SCRUB
Formula bebas minyak dengan rasa penyejukan yang menyegarkan “Aroma itu indah dan bau bersih dan segar. Ia tidak memerlukan banyak produk sama ada, jumlah kecil ke dalam sawit anda dengan baik untuk mencuci muka anda dengan mudah.” Ia tidak mengandungi microbead plastik dan bebas minyak.
#3. CETAPHIL EXTRA GENTLE DAILY SCRUB
Pengelupasan lembut ini merawat kulit kering, membosankan sambil membersihkan untuk menyokong perolehan sel semula jadi. Produk ini telah diuji oleh dermatologi. Dirumuskan dengan granul mikro halus bukan komedogenik.
#4. OLAY REGENERIST MICRO-SCULPTING SCRUB CLEANSER
Sesuai dan terbaik untuk merawat kulit dan anti penuaan. Ramai yang berpuas hati menggunakan skrub ini, kerana membuatkan kulit mereka kelihatan lebih muda. Amboi, kalau macam ni admin pun nak cuba lah!
#5. NEUTROGENA OIL-FREE ACNE FACE WASH DAILY FACE SCRUB WITH SALICYLIC ACID ACNE MEDICINE
Terbaik untuk untuk merawat jerawat atau kulit berminyak, ia juga dapat menyelamatkan kulit kerana ia mempunyai asid salisil yang kuat dan teknologi yang jelas mikro membantu membersihkan dan mengelupas dalam ke liang-liang untuk kulit yang kelihatan sihat
Tidak mengandungi microbeads plastik. Diformulakan dengan ubat asid salicylic acid.
Sumber dari: Rank & Style https://www.rankandstyle.com/top-10-list/best-drugstore-face-scrubs