Usaha menurunkan berat badan tidak semudah yang disangkakan. Tidak dapat dinafikan pilihan makanan yang lazat menjadikan kita rambang mata.

Jika tidak pandai mengawal gaya pemakanan, anda mungkin berisiko tinggi menghadapi masalah berat badan akibat makan terlalu banyak dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Berat badan berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga keperluan harian di dalam badan. Rutin harian yang hanya duduk di pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi faktor pertambahan berat badan.

Melalui perkongsian di laman Facebooknya, Faiz Saumi berkongsi tip diet yang diamalkannya.

Hari ini saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun (May 2019 – May 2020, bersamaan 116 kg ke 66 kg)

1) Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.

IKLAN

2) Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat mcm snacking sambil-sambil buat kerja tu buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.

3) Jam 1.00-2.00 petang lunch time. Wajib ambil lunch ye! Jangan sesekali skip! Lunch yang biasa diambil segenggam nasi putih. Pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yang tidak bergoreng)

4) Jam 3.00-4.00 petang buat snacking lagi seperti epal/kekacang/jambu batu/buah naga/pisang

IKLAN

5) Jam 5.30-6.30 petang ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.

6) Jam 7.00-7.30 malam dinner time. Saya elakkan nasi utk waktu malam. Tapi saya akn ambil sumber protein yang banyak untuk naikkan muscle hasil penat dari workout. Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur sayuran untuk satu pinggan yang besar. Antara sayur sayuran yang bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.

7) Jam 9.00-9.30 malam selepas Isyak, saya akan buat teh hijau panas tanpa gula.

IKLAN

8)Tips lain-lain , jangan sesekali ambil minuman yang bergula, banyakkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa jua sos, banyakkan buat research, pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua.

*Cuma bulan puasa sahaja tidak boleh kawal makan sebab makanan yang dijual semuanya menyelerakan.

Losing weight is a mind game. Change and never give up your mind. Trust me.

Kesimpulannya jika kita berazam untuk menurunkan berat badan, kita perlulah kuat semangat, disiplin dan istiqamah maka barulah usaha itu akan mencapai kejayaan.

Sumber kredit: Facebook Faiz Saumi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI