Kolesterol ialah sejenis lemak di dalam setiap sel badan yang diperlukan untuk menghasilkan hormon steroid, vitamin D dan membantu dalam penghadaman makanan. Tubuh kita mampu menghasilkan kolesterol di dalam hati dan ia juga datang dari makanan.

Penjagaan makanan yang sihat mampu menolong mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan dan ini termasuk mengurangkan makanan berlemak, melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran selain menggunakan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun dan bunga matahari serta mengurangkan penggunaan minyak tepu seperti minyak sapi, mentega dan kelapa sawit.

Cara yang paling mudah untuk anda kurangkan kolesterol dalam badan. Jika anda boleh buat benda-benda ini, anda sebenarnya tak perlu pun nak pakai suplemen bagai. Sebelum itu, anda semua perlu tahu tentang beberapa fakta.

1. Kolesterol dalam makanan tidak banyak mempengaruhi bacaan kolesterol dalam badan
Jika anda ambil banyak makanan yang mempunyai kolesterol sebagai contoh kuning telur, ia hanya sedikit atau tidak mempengaruhi langsung bacaan kolesterol dalam badan anda. Ini adalah berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh American Heart Association[1].

Bahkan terdapat kajian yang mengatakan pengambilan telur(yang memang ketahui banyak kolesterol) tidak meningkatkan risiko untuk menghadapi serangan sakit jantung[2]
Kenyataan ini bukanlah bermaksud semua daripada kita boleh mengambil makanan yang tinggi kolesterol sesuka hati. Tetapi ingin membawa maksud kolesterol dalam makanan sedikit sahaja mempengaruhi kolesterol dalam badan.

IKLAN

Dan bagi mereka yang mempunyai risiko seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi, masih perlu mengelakkan makanan yang tinggi kolesterol.
Bahkan ada juga kajian yang menyatakan pengambilan kolesterol yang banyak dalam makanan boleh merosakkan hati[3]. Jadi, moderation is the keyword. Lagipun, selain daripada telur, makanan lain yang mempunyai tinggi kolesterol juga mempunyai kandungan lemak yang tinggi juga.

2. Kolesterol dalam badan banyak dihasilkan oleh badan sendiri
Perlu diketahui bahawa bacaan kolesterol yang selalu kita periksa itu majoritinya adalah daripada kolesterol yang dihasilkan oleh badan kita sendiri dan kebanyakkannya dihasilkan pada waktu malam.
Sebab itulah jika anda mengalami masalah kolesterol yang tinggi, doktor selalunya akan memberikan ubat dari jenis statin. Ubat jenis ini adalah bertujuan ‘merencatkan’ penghasilan kolesterol dari dalam badan. Dan ubat ini selalunya disuruh makan sebelum tidur, sebab waktu penghasilan kolesterol yang paling tinggi adalah pada waktu malam ketika kita tidur

3. Bahan binaan kolesterol adalah dari gula dan lemak
Jadi kolesterol dalam badan kita ini dihasilkan oleh apa?
Jawapannya adalah dari gula dan lemak[4]. Apabila kita mengambil gula dan lemak, bahan makanan ini akan ditukarkan kepada satu kompaun bernama Acetyl CoA. Acetyl CoA inilah bahan yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.

IKLAN

Akan tetapi jika ia tidak digunakan, maka bahan ini akan ditukarkan kepada satu bahan simpanan yang lain seperti glycogen, lemak dan juga KOLESTEROL.
Untuk glycogen selalunya ia ada had simpanannya. Tetapi lemak dan kolesterol ini selalunya tiada.

Cara untuk mengurangkan bacaan kolesterol:
1. Kurangkan pengambilan gula
Jika anda mengambil gula anda boleh jadi gemuk dan kolesterol anda akan tinggi. Ada sesetengah orang walaupun ambil gula banyak, tapi beliau masih kurus tetapi bacaan kolesterolnya mesti tinggi.
Seperti yang dinyatakan diatas gula ini akan ditukarkan kepada kompaun acetyl CoA dan akan ditukarkan kepada kolesterol ataupun lemak jika tidak digunakan.
Bahkan jika anda mengambil gula jenis fruktosa, kolesterol anda akan lebih tinggi. Ini kerana gula fruktosa majoritinya akan diproses di hati. Manakala, hati pula kilang penghasilan kolesterol. Jadi anda seolah-olah memberi bahan binaan yang banyak pada kilang(hati) untuk menghasilkan lebih banyak kolesterol.

IKLAN

2. Kurangkan pengambilan lemak
Lemak yang tidak bagus adalah lemak trans dan juga lemak tepu(seperti lemak haiwan). Seperti di atas ia memberi lebihan acetyl CoA yang boleh ditukarkan kepada kolesterol.
Anda disyorkan mengambil lemak tidak tepu untuk mengurangkan kolesterol anda

3. Tingkatkan penggunaan tenaga
Dengan anda meningkatkan penggunaan tenaga seperti bersenam, maka tiada lagi lebihan acetyl CoA. Bermaksud penggunaan kalori anda melebihi kalori yang anda ambil melalui makanan.
Oleh itu, tiada atau sedikit sahaja kolesterol yang akan dihasilkan menyebabkan bacaan kolesterol anda semakin menurun.

KESIMPULAN
Sebenarnya anda tidak memerlukan suplimen atau makanan kesihatan untuk turunkan kolesterol anda. Cukup 3 perkara ini anda buat, maka anda akan membuatkan badan anda tidak mampu menghasilkan kolesterol yang berlebihan.

Sumber kredit: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI