Seperti yang kita tahu, spa merupakan sebuah tempat yang amat sesuai untuk menaikkan seri wajah serta mentegarkan tubuh dengan pelbagai jenis rawatan kecantikan yang dilakukan sepanjang berada di spa termasuklah merawat dan mengurut muka, mandi bunga atau herba juga mencantikkan kuku dan keseluruhan kulit badan.

Walaupun kerajaan telah umumkan kita di fasa endamik tetapi masih ada lagi perasaan berbelah bahagi untuk melapangkan masa di tempat awam, apatah lagi di pusat-pusat manjakan diri. Namun kita jua tidak mahu hidup penuh kengkangan, jadi untuk mencipta suasana spa di rumah amat mudah sekarang. Dengan adanya peralatan yang terkini anda pasti merasa aroma ini persis di dalam spa.

Cara Mudah Dan Jimat Manjakan Diri Seperti Di Spa Mahal, Pastikan Aromanya Tenang Lagi Menyegarkan.
Sumber gambar: w3explore

Usah risau, sebenarnya, di rumah pun kamu boleh jadikan sebagai spa! Mudah dan tak perlu menelan belanja yang besar! Kali ini, Hijabista kongsikan kepada anda semua cara-cara untuk manjakan diri di rumah seperti di spa yang mahal. Selamat mencuba!

1. Bangunlah di pagi hari dan lakukan regangan dengan menggeliat lebih kurang 10 minit. Mainkan muzik rancak yang boleh naikkan semangat kamu!

2. Tututplah mata dan tenangkan fikiran. Bayangkan anda berada ditempat yang mendamaikan. Tarik nafas perlahan – lahan melalui hidung, tahan selama 5 saat dan hembuskan secara perlahan melalui mulut. Lakukan sebanyak 5 atau 6 kali .

3. Bila rasa penat terutamanya selepas melakukan kerja di rumah, rendamkan kaki ke dalam air suam yang telah di campur dengan garam mandian. Rehat dan santaikan tubuh badan sejenak hingga air mulai sejuk.

4. Campurkan 5 titik minyak cengkih dan minyak bayi . Urut kaki bermula dari jari jemari , telapak kaki, pergelangan betis. Lanjutkan dengan urutan di tangan dengan mulai dari jari, telapak, pergelangan hingga daerah siku .

5. Ketika bersarapan di meja makan, tekan kedua tapak kaki korang ke lantai. Tahan saat dan lepaskan. Ulangi hingga 5 kali. Buat perkara yang sama pada 10 jari kaki. Ulangi 3 kali. Saraf yang terdapat pada hujung jemari kaki akan terangsang dan akan menyebabkan peredaran darah berjalan dengan lancar. Cara ini dipercayai dapat menghilangkan rasa sakit kepala dan rasa mual akibat masuk angin .

IKLAN
Cara Mudah Dan Jimat Manjakan Diri Seperti Di Spa Mahal, Pastikan Aromanya Tenang Lagi Menyegarkan.
Sumber gambar: Organic Spa

6. Pada hujung minggu, bersihkan tubuh dengan air hangat , lakukan gosokan lembut dengan menggunakan krim skrub atau span lembut. Bilas hingga bersih. Jika mahu membuat mandi wap, tuangkan air panas dan rempah mandi dalam tab. Letakkan bangku dan tutup tubuh korang dengan tuala .

7. Bilas tubuh dengan air dingin untuk menutup pori – pori. Jika ingin bersantai sejenak, lulur adalah pilihan yang tepat . Lulurkan ke seluruh badan, biarkan selama 10 minit sambil lakukan urutan untuk seluruh tubuh. Jangan lupa untuk sapukan losyen badan selepas membersihkan lulur untuk maintain lembapan kulit tuh ya .

8. Jangan lupa urutan di kepala untuk melancarkan peredaran darah. Untuk kesan yang terbaik, lakukan masker di rambut.

Wangian segar mampu merangsang otak dan menenangkan

Cara Mudah Dan Jimat Manjakan Diri Seperti Di Spa Mahal, Pastikan Aromanya Tenang Lagi Menyegarkan.

IKLAN

Untuk mencipta momen sebenar persis di spa anda hanya perlukan siri Glade® Aromatherapy Cool Mist Electric Diffuser dan Reed Diffuser serba baharu yang menampilkan gabungan wangian dengan minyak pati dwi-campuran yang unik. Direka dengan mahir dan teliti oleh Pakar Aromakologi, wangian rumah ini dapat memenuhi ruangan untuk menaikkan semangat, memberi tenaga atau untuk bersantai. Diformulasikan tanpa paraben, ftalat, nitro musks, warna atau pewarna, asal usul minyak pati ini dapat dijejak ke negara asalnya untuk menawarkan ketenangan fikiran kepada pengguna. Pembungkusannya juga dibuat secara bertanggungjawab dengan bahan kitar semula yang diperakui FSC, sekali gus mengurangkan kesan ke atas planet ini.

Diadun dengan mengutamakan ketelusan dan keaslian, tiga wangian pilihan membolehkan pencinta aromaterapi menarik nafas lega dengan mengetahui bahawa bahan-bahannya dipilih dengan penuh teliti, berdasarkan piawaian keselamatan yang paling tinggi:

Cara Mudah Dan Jimat Manjakan Diri Seperti Di Spa Mahal, Pastikan Aromanya Tenang Lagi Menyegarkan.

Moment of Zen (Lavender & Cendana)

IKLAN

Campuran dwi lavender dari Perancis dan kayu cendana Australia yang berkrim membawa ketenangan yang mendamaikan, membantu anda menenangkan diri dan menikmati persekitaran anda.

  • Lavender adalah salah satu wangian yang paling terkenal dan digunakan secara meluas dalam aromaterapi.
  • Cendana biasanya digunakan sewaktu meditasi.

Pure Happiness (Oren & Neroli)

Ceriakan suasana dengan gabungan wangian oren Brazil dan bunga neroli dari Afrika Utara, untuk haruman lembut dari buah dan bunga.

  • Oren mempunyai kesan yang menyegarkan, menaikkan semangat, dan sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan kegembiraan.
  • Neroli manis dan bermadu.

Calm Mind (Bergamot & Serai)

Gabungan wangian bergamot Itali dan serai dari Guatemala memberikan kesegaran selesa dalam rumah sekali gus mewujudkan suasana yang menarik.

  • Bergamot, sitrus dan sedikit berbunga.
  • Serai digemari kerana baunya yang seperti berumput dan tanah.