Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita mencapi tahap yang membimbangkan kebelakangan ini. Semakin ramai dijangkiti Covid-19 tidak kita lelaki dan juga wanita. Ada yang tewas dengan virus ini dan ada yang diberikan peluang kedua oleh Allah SWT untuk kembali pulih seperti sediakala.

Namun kehidupan selepas dijangkiti virus Covid-19 bukanlah semudah yang kita sangka. Jika kita lihat perkongsian dari bekas pesakit Covid-19, ramai mengadu yang mengalami rasa penat dan mudah mengah berbanding sebelum dijangkiti. Pemulihan bukanlah boleh dilakukan dengan serta merta, sebaliknya mengambil masa.

Perkara penting yang harus dilakukan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat baik dari segi amalan pemakanan dan juga rutin aktiviti fizikal. Berbincang tentang topik ini, Hijabista menembual jurulatih kecergasan dan juga pemilik dan pengasas Exclusive Fitness & XFI Sdn Bhd untuk memberikan tip kepada para pembaca.

Capai Kualiti Hidup Sihat. Ini Cara Senaman Untuk Melatih Diri Selepas Dijangkiti Covid-19
Murad Zaidi

Bagi mereka yang telah dijangkiti Covid-19, walaupun sembuh paru-paru mereka tidak sihat seperti sebelumnya. Apakah saranan anda untuk mereka bagi memulihkan kembali tahap kecergasan mereka?

Ads

Sekiranya anda pernah dijangkiti oleh Covid, jangan pernah merasa putus asa dan putus harapan. Anda mesti terus berusaha untuk pulih dengan semudah berjalan kaki dengan jarak yang jauh, menarik nafas dalam-dalam, melakukan senaman senamrobik serta aktiviti senaman yang boleh meningkatkan degupanjantung anda.

Lakukan mengikut urutan berkala, perlahan-lahan dan secara beransur-ansur mengambil langkah, senaman ini akan menguatkan otot paru-paru anda untuk menjadi menjadi lebih baik. Anda harus kekal terhidrat, tetapi sebahagian besarnya, lakukan latihan pernafasan anda, tarik nafas dalam-dalam, hembuskan perlahan-lahan dan mulakan dengan berjalan. Anda boleh lakukan lompat bintang, perlahan-lahan mengambil langkah dananda akan beransur pulih.

Ads
Capai Kualiti Hidup Sihat. Ini Cara Senaman Untuk Melatih Diri Selepas Dijangkiti Covid-19
Berjalan kaki pun cukup sebagai senaman permulaan selepas sembuh dari Covid-19. Sumber gambar: pexels.com

Selain menjaga kesihatan melalui senaman, amalan pemakanan sihat juga sangat penting. Sebagai seorang jurulatih kecergasan, apakah saranan diet yang tepat untuk diamalkan bagi mengekalkan tubuh badan yang ideal?

Tabiat makan. Kita pernah mendengar pepatah mengatakan anda adalah apa yang anda makan. Pepatah ini penuh dengan kebenaran. Anda boleh berlatih dan melakukan semua senaman, namun semuanya akan menjadi sia-sia jika tidak menjaga pemakanan. Anda harus mengimbangi diet anda, jadi apapun matlamatanda, tidak kira ingin menambah berat badan, menurunkan berat badan, membakar lemak, atau apa-apa keadaan, anda perlu mempraktikkan diet yang seimbang.

Ads

Ini bermaksud anda perlu membawa jumlah kalori yang betul untuk ianya digunakan dan dibakar. Anda bolehmenggunakan kalori yang diambil sebagai sumber tenaga lalu dan membakarnya. Sekiranya anda membawa jumlah kalori X dan anda tidak menggunakan semua tenaga, tenaga tersebut akan berada di dalam tempatpenyimpanan tenaga yang dikenali sebagai Lemak. Jadi apa yang anda perlu ingat adalah perbaiki makanananda, contohnya memperbaiki pengambilan sayur-sayuran yang baik untuk sistem pencernaan.

Saya tidak mahu terlalu spesifik kerana setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza tetapi cuba untukmengelak daripada semua makanan bergula, makanan berkarbohidrat tinggi, makanan masin, dan lemak trans dan tepi walau apa keadaan sekalipun dan sentiasa berwaspada dengan apa yang anda makan. Ideanya bukanlah untuk berlapar, tetapi untuk makan dengan kerap. Kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Oleh itu makan makanan seimbang dan berhentilah sebelum kenyang.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI