“Cantiknya Bidadari Amar Baharin Ni..”- Netizen Terpesona Dengan Kejelitaan Amyra Rosli Berbaju Merah!

Share

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon serta pengacara jelita, Amyra Rosli? Bukan hanya memiliki senyuman yang manis malah setiap apa yang digayakan olehnya, pasti menjadi igauan pada mata yang memandang.

Baru-baru ini, menerusi laman Instagramnya, Amyra Rosli atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, 31, memuat naik sebuah gambar dengan menggayakan busana merah rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini. Kejelitaannya amat terserlah dengan busana itu membuatkan netizen menyukainya!

Wanita yang hebat adalah wanita yang menjadikan ketidaksempurnaan sebagai sumber kekuatan dirinya

Kapsyen yang dimuat naik juga turut menjadi perhatian netizen kerana ramai menganggap ia amat sesuai dengan peribadi Amyra yang sentiasa disenangi ramai. Meskipun sibuk berkerja sebagai seorang pelakon juga pengacara, ia tidak menghalang Amyra untuk sentiasa tampil jelita dan berseri setiap masa!

Malah, ada juga yang bergurau dengannya menerusi ruangan komen dengan mengatakan bidadari milik pelakon Amar Baharin ini kelihatan amat cantik!

Tidak pernah hilang minat dalam dunia lakonan, Amyra Rosli sibuk menghiasi industri lakonan tempatan dengan drama-drama yang terbaru dan menarik seperti Jangan Menangis Cinta gandingan bersama Remy Ishak serta Halim Radzi.

Sumber gambar: Instagram Amyra Rosli

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini:

Shoppe 

IKLAN