Ramai yang silap apabila memandang yang kulit putih pasti lebih cantik. Kita sememangnya telah dilahirkan dengan warna kulit berdasarkan keturunan kita, tidak kiralah berkulit sawo matang, kuning langsat atau gelap, setiap satunya cantik dan unik.

Namun apa yang paling penting adalah anda untuk menjaga kesihatan kulit. Mungkin anda berkulit sawo matang, tetapi bagaimana hendak menaikkan seri supaya wajah kelihatan lebih cerah?

Kita harus bangga dengan kulit sendiri. Penjagaan rapi menjadikan ia lebih sihat dan berseri.

.

Produk kecantikan mungkin boleh membantu dengan lambakan variasi ‘brightening’. Namun tahukah anda menerusi pemakanan juga kita oleh mendapatkan kulit yang cerah kerana untuk kesihatan dan kecantikan banyak yang boleh kita manfaatkan daripada sumber alam semula jadi.


.

IKLAN

Avokado
Buah ini penuh dengan nilai antioksidan seperti lutein dan beta carotene. Isi buah ini membantu melembutkan kulit sekaligus melembapkan sekiranya disapu pada kulit. Selain menjadikannya sebagai mask wajah, buah ini enak untuk dimakan terutama sekali jika dimasukkan ke dalam salad ataupun dijadikan hidangan sampingan sebagai pencicah.


.

Oren
Kulit buah oren memeliki lebih banyak vitamin C berbanding isinya. Bahagian kulit mengandungi bahan antimicrobial dan anti-bakteria, jadi penggunaan kulit oren kepada wajah anda anda menjadikan kulit lebih selamat dari cela dan juga lebih cerah. Untuk membuat sendiri remedy ini, anda boleh menggaulkan dua sudu makan yogurt bersama satu sudu makan serbuk kulit oren. Sapu diwajah selema beberapa minit sebagai mask sebelum membersihkannya.

IKLAN


.

Tomato
Buah tomato kaya dengan vitamin natural dan juga mineral seperti vitamin A, K,B1,B3,B5,B6,B7 dan vitamin C. Namun apa yang membuatkan buah ini lebih istimewa adalah kandungan lypocene yang mana ia merupakan bahan antioksidan yang merupakan agen anti penuaan. Untuk membuat mask tomato semula jadi, anda hanya perlu hancurkan sebiji tomato dan kemudian sapu pada wajah selama beberapa minit.


.

IKLAN

Lobak Merah
Sayur ini merupakan sumber utama untuk kulit yang cerah kerana sumber beta-carotene yang dimiliki. Bahan ini membantu proses degenerasi sel tubuh sekaligus melambatkan penuaan dan menjadikan kulit anda cerah. Vitamin A yang dimiliki pula membantu mengekalkan struktur tisu badan, mata, tulang dan gigi lebih sihat. Lobak mereh juga memiliki vitamiC yang menyokong pertumbuhan kolagen, mengurangkan akne dan bintik hitam.


.

Kentang
Kentang bertindak sebagai agen peluntur semula jadi, oleh itu ia sesuai digunakan untuk proses pencerahan kulit. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menggunakan kentang yang telah diparut, letakkan pada permukaan kulit wajah selama 30 minit. Ia membantu membuang kulit mati, memulihkan kesan kulit terbakar dek cahaya matahari, menghilangkan bitnik hitam dan juga lingkaran hitam bawah mata.

Sumber: ndtvfood
Sumber Gambar: via pexels.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI