Untuk memiliki kulit cantik berseri dan sihat tidak hanya tertumpu pada produk kecantikan semata-mata, malah ia juga boleh dimiliki dnegan gaya hidup yang sihat seperti senaman, tidur yang mencukupi dan tabiat pemakanan berkhasiat termasuklah makanan tambahan seperti vitamin. 

Buntu Mencari Vitamin Yang Sesuai, Ini Panduan Mudah Untuk Memilih Jenis Vitamin Untuk Jenis Kulit Anda!
Sumber gambar: Karolina

Vitamin ternyata bukan sekadar makanan tambahan. Malah ia merupakan sumber tambahan yang memberi banyak kebaikan kepada kulit. Namun tahukah anda bahawa vitamin juga terkandung dalam produk kecantikan? Ya, sapuan produk penjagaan kulit di wajah yang sarat vitamin bertindak seakan nutrisi yang dibekalkan dari luar, seterusnya membangkitkan lagi seri. Ketahui jenis vitamin yang baik untuk kulit anda.

Buntu Mencari Vitamin Yang Sesuai, Ini Panduan Mudah Untuk Memilih Jenis Vitamin Untuk Jenis Kulit Anda!
Sumber gambar: Engin

1. Vitamin C
Vitamin C merupakan jenis vitamin yang memberi banyak kebaikan kepada kulit dan mudah didapati di dalam produk pelembab. Ianya berkesan untuk melawan noda di wajah seperti jeragat, kedutan serta bertindak sebagai ejen anti penuaan. Kulit juga ternyata lebih licin dan lembut. Melalui pemakanan pula, buah betik, strawberi, nanas dan brokoli adalah pilihan yang sarat Vitamin C selain dari oren. Pengambilan makanan kaya vitamin ini dikatakan menambah keberkesanan pelindung sinar yang disapu pada kulit dengan mengurangkan kerosakan sel akibat cahaya matahari yang panas dan juga membantu dalam penyembuhan luka badan.

2. Vitamin E
Bagaimana pula dengan Vitamin E? Sama juga seperti Vitamin C, Vitamin E ini berkesan dalam membekalkan kelembapan pada kulit dan juga bertindak dalam melawan sinaran UV. Ianya boleh didapati dalam produk pelindung sinar. Sebuah kajian yang dijalankan mengatakan Vitamin E yang disapu pada kulit membantu mengurangkan kekeringan, kemerahan serta bengkak akibat pendedahan sinaran UV. Ianya turut menghalang proses penuaan kulit pra-matang. Kekacang, avokado dan sayur bayam adalah antara makanan yang sarat Vitamin E.

Buntu Mencari Vitamin Yang Sesuai, Ini Panduan Mudah Untuk Memilih Jenis Vitamin Untuk Jenis Kulit Anda!
Sumber gambar: Cottonbro

3. Vitamin A
Sesuai untuk anda yang selalu ingin kelihatan muda, pastikan anda mengamalkan pengambilan Vitamin A! Vitamin A berkesan dalam melawan kedutan dan melicinkan noda kasar di muka melalui teknik pengelupasan. Ianya boleh didapati dalam krim malam dan losen. Ubi kayu, lobak dan ikan tuna merupakan pilihan makanan yang kaya Vitamin A.

Baca juga: Wajah Berkedut Seribu Walaupun Usia Masih Muda? Lakukan 5 Rutin Penjagaan Kulit Muka Ini Di Rumah!

4. Vitamin B3
Terbukti berkesan dalam mengurangkan kemerahan kulit serta pigmentasi dan mengurangkan bintik hitam. Vitamin B3 yang kebiasaanya boleh didapati dalam produk seperti krim atau losen wajah dan serum meningkatkan pengeluaran sel ceramide dan asid lemak yang merupakan komponen utama dalam melindungi kulit secara luaran. Menurut kajian yang dijalankan di Australia, pengambilan vitamin ini secara berterusan sehingga setahun mampu mengurangkan risiko kanser kulit. Masukkan daging ayam dalam menu seharian kerana ianya penuh dengan Vitamin B3.

Buntu Mencari Vitamin Yang Sesuai, Ini Panduan Mudah Untuk Memilih Jenis Vitamin Untuk Jenis Kulit Anda!
Sumber gambar: Tara

5. Vitamin K
Masalah lingkaran hitam di bawah mata boleh dirawat dengan pengambilan vitamin ini melalui sapuan krim mata yang kebiasaannya terkandung Vitamin K. Ianya turut berkesan dalam menghilangkan parut malahan digunakan secara meluas oleh pakar perubatan untuk merawat pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan. Sapuan krim yang mengandungi Vitamin B3 juga boleh merawat kulit kusam tidak sekata. Sayur kale, daun basil dan asparagus punya manfaat tinggi Vitamin K.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Buntu Mencari Vitamin Yang Sesuai, Ini Panduan Mudah Untuk Memilih Jenis Vitamin Untuk Jenis Kulit Anda!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI