Setiap pagi pastinya masa yang paling kritikal untuk anda memikirkan jenis dan cara solekan terbaru yang boleh anda lakukan untuk ke pejabat.
Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda gaya solekan serba segar dan baru yang boleh anda cuba saat ingin ke pejabat pada esok hari. Cubalah!
1. BIBIR MUNGIL SENSUAL
Rata-rata wanita di luar sana lebih selesa mengenakan ton warna coral dan nude. Lupakan semua itu dengan tampil vibrant melalui pilihan gincu rona terang dan terkini. Ianya akan menonjolkan elemen keseronokan, segar serta penuh tenaga buat diri anda.
2. INSPIRASI PADANG PASIR
Tampil bersahaja dengan gaya minimal sinar bronze di wajah anda. Guna bedak asas yang sesuai dengan rona kulit, highlighter dan bronzer agar wajah tampak bercahaya. Paduan solekan tadi diadun sebati pada bahagian tulang pipi, hidung, dahi dan dagu untuk mendapatkan struktur wajah bentuk V.
3. EFEK CORENG
Cipta gaya geometri pada wajah anda dengan menumpukan pada solekan mata. Serlah gaya berani, seksi serta feminin dalam nada dramatik. Kecantikan memerlukan detail, it is all about a trick of the eye that is very artistic.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI