
Bukan semua jenis Tak semua jenis produk kecantikan itu sesuai dengan kulit kita. Sesetengah daripada kita mungkin alah terhadap beberapa jenis bahan di dalam kandungan sesuatu produk itu.
Seperti yang kita ketahui, cara cucian wajah secara berganda ataupun dipanggil double cleansing memang sangat popular kerana ianya bagus bagi mendapatkan kulit yang halus dan bersih.

Cucian pertama biasanya dimulakan dengan dengan pencuci berasaskan minyak. Namun, jika hijabi alah terhadap minyak, bolehlah cuba pencuci berasaskan susu ini.
Di facebook Izzahtul Atirah, wanita ini telah berkongsikan beberapa jenis produk pencuci wajah berasaskan susu yang bagus untuk mereka yang alah dengan pencuci wajah berasaskan minyak.

BERIKUT PILIHAN MILK CLEANSER YANG BOLEH DIBELI DI DRUGSTORE:
1.CLINELLE
Lembut pada kulit. Menjadikan kulit terasa lembut bak sutera.

2.GARDEN OF EDEN GENTLE MILK CLEANSER
Tidak mengeringkan kulit wajah. Bebas sabun dan sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki jenis kulit wajah normal hinggalah mereka yang berkulit kering.

3.EUCERIN DERMARO CLEAN MILD CLEANSING MILK
Sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif. Membersihkan kesan solekan pada wajah dengan berkesan.

4.NUTOX RENEWING TREATMENT MILK CLEANSER
Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit wajah.

5.NANO WHITE FRESH MILK CLEANSER
Ringan dan sangat selesa dipakai. Tidak menegangkan kulit wajah.

HIJABISTA: Paling penting sebelum memilih sesuatu produk, kenali jenis kulit anda terlebih dahulu. Dengan cara ini lebih mudah untuk anda memmilih produk kecantikan wajah yang sesuai.. Tidaklah tersalah pilih..
Sumber kredit: facebook IzZahtul Atirah
Ini 5 Tanda ‘Moisturizer’ Tak Sesuai Dengan Kulit Anda, Hati-Hati!

Pernah tak jerawat tiba-tiba muncul apabila anda mencuba produk pelembap yang baru? Ya, itu mungkin petanda bahawa produk tersebut tidak sesuai dengan kulit wajah anda! Selain jerawat, ketahui lagi tanda lain yang menunjukkan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.
Krim pelembap adalah salah satu langkah asas penting untuk memastikan kulit sentiasa lembap. Ia juga membantu mencegah kekeringan muka, merawat kulit, anti penuaan dan juga membuatkan kulit anda nampak lebih bersinar. Kandungan yang terdapat dalam pelembap juga banyak, seperti lidah buaya atau aloevera, buah delima, madu, hyaluronic acid, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, hijabi perlu tahu bahawa tidak semua pelembap sesuai untuk kulit wajah anda. Perhatikan keadaan kulit semasa menggunakan pelembap muka, jika tanda-tanda berikut muncul, sebaiknya hentikan penggunaan moisturizer tersebut.
-
Bintik merah muncul
Walaupun terdapat banyak pelembap yang ‘mendakwa’ sesuai untuk semua jenis muka, sebenarnya terdapat jenis kulit yang terlalu sensitif malah boleh menyebabkan kemerahan. Biasanya ini kerana pelembap tersebut mengandungi kandungan minyak wangi.
Menurut Dr. Corey L. Hartman, pengarah perubatan Pusat Kesihatan Kulit Alabama di Birmingham; melalui Southern Living, pilihlah moisturizer yang ringan dan lembut. Tambahan itu, elakkan juga produk yang mengandungi retinol dan asid hidroksi, walaupun baik untuk mencegah penuaan, tetapi ianya tidak bersesuaian buat individu yang mempunyai kulit sensitif.
-
Kulit Kering Dan Menggelupas
Pelembap sepatutnya berfungsi untuk menjadikan kulit lembap dan lembut kerana ia ‘mengunci’ air di muka. Tetapi, jika ia bertindak sebaliknya dan mengeringkan kulit sehingga menggelupas, ini menunjukkan bahawa pelembap itu tidak sesuai untuk anda.
Hal ini sering berlaku kerana pelembap tersebut menggunakan bahan retinol. Jika anda merasakan simptom semakin teruk, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat pakar dermatologi untuk rawatan yang lebih khusus.
-
Breakout pada Kulit
Berhenti menggunakan produk pelembap tersebut jika kulit anda menjadi breakout. Jika anda mempunyai kulit sensitif atau berjerawat, anda sepatutnya menggunakan pelembap ringan(light moisturizer).
Anda juga boleh menggunakan gel atau serum pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Tambahan itu, pastikan produk tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan keras. Nak lagi selamat, anda juga boleh membuat pelembap badan sendiri di rumah menggunakan madu, yogurt, minyak zaitun dan sebagainya.
Artikel berkaitan: Perbezaan Krim Dan Losen Sebagai Pelembap Muka. Mana Satu Yang Lebih Baik Sesuai Dengan Cuaca Malaysia.
-
Timbulnya Banyak Milea di Wajah
Tanda pelembap yang digunakan oleh hijabi tidak bersesuaian ialah apabila munculnya banyak milia secara tiba-tiba. Milea ialah tompok-tompok kecil yang timbul pada kulit yang kelihatan seperti jerawat kecil.
Milia boleh tumbuh di banyak tempat di muka jika anda menggunakan pelembap yang salah. Jika ini berlaku, jangan pecahkan atau tekan pada milia tersebut, kerana ini hanya akan menyebabkan parut dan jerawat pada muka anda.
-
Kulit Terasa Terbakar
Jika anda merasakan sensasi panas dan terbakar, bukannya segar dan lembap selepas menggunakan pelembap, hentikan penggunaannya dengan serta-merta.
Kulit terasa seakan terbakar disebabkan oleh tahap pH kulit anda yang tidak seimbang di bawah pengaruh pelembap. Oleh itu, cuci muka anda sebaik sahaja ia menjadi panas untuk mengimbangi semula pH kulit anda.
Artikel berkaitan: Fahami Nama Dan Fungsi Bahan Dalam Produk Kecantikan, Sebelum Guna Bahan Beracun!
Sumber: India.com dan Beautynesia
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Hebatnya Air Magik Berais Ini, Manfaatnya Boleh Naikkan Seri Wajah Lepas Penat Seharian Beraya

Meriahnya sambutan raya apabila dapat berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Malah penat berjalan dari pagi hingga ke petang tidak terasa apabila dapat bertemu ahli keluarga serta sahabat yang jarang dijumpai. Sehari beraya tidak mencukupi dan acara kunjung mengunjung perlu diteruskan hari seterusnya. Usah risau tentang seri wajah kalau mahu terus beraya keesokan harinya.
Perkongsian wanita ini Fyza Shah memberitahu cara untuk naikkan seri di pagi raya. Hanya menggunakan air sejuk berais yang menjadi magik dan seterusnya menjadikan kulit anda lembut selembut sutera Cina dan segar seperti embun pagi.
Dia memberitahu petua ini dikongsi melalui seporang MUA popular dan boleh diamalkan setiap pagi kerana itu masa terbaik.
Ayuh ikuti perkongsiannya yang sangat mudah dan hasilnya memang berbaloi diamalkan.
Air sejuk berais jadi petua #magiknaikkan seri di pagi raya.
Kulit korang akan rasa lebih lembut selembut sutera Cina, rasa segar sesegar embun pagi.
Inilah tips 3-4 tahun lepas yang kak Fyza dapat dari seorang MUA famous masa masuk kelas make up dia. Kulit MUA tu sendiri sangat polos, sangat flawless without any make up.
Tak susah pun, lepas basuh muka dengan cleanser, bilas macam biasa.
Lepas tu ambil segelas air yang betul-betul sejuk bilas balik dalam 2-3 kali dah cukup. Macam kak Fyza akan campur dengan beberapa ketulan ais. Nak campur dengan kepingan timun lagi syok. Nanti kak Fyza wat tutorial yang ni.

Amalkan setiap pagi, waktu terbaik. Sebab bila kita bagun tidur kalau perasan muka kita biasanya akan nampak sembap sikit, dengan kantung matanya lagi.
Tahu tak, sebenarnya ini terjadi disebabkan sel kulit kita mengalami regenerasi, dan liang pori kita mengembang sewaktu kita tidur.
Takkan kita nak bangun dengan muka sembap-sembap lepas tu bersiap nak raya kan. Macam tak kena pula. Make up pon still nampak muka sembap tu.
So cara terbaik, kita cuci saja muka dengan air sejuk berais tu.
Nah, kat sini kak Fyza kongsi macam mana air sejuk berais ni menaikkan seri wajah kita pagi-pagi:
1- air sejuk akan ketatkan pori. Pori yang rapat ketat, buat muka nampak licin sempurna. Flawless
.
2- pori yang ketat akan buat make up kita lebih tahan lama. Lebih natural, tak bercapuk, tak merekah. Ni yang kita semua nakkan. Malu aihh, make up bercapuk time berlaga pipi dengan sepupu saudara masa raya nanti.

3- air sejuk berais ini akan bertindak sebagai ‘anti-wrinkle cream’. Ia akan tones kulit kita supaya jadi freshhh, dan lebih muda. Paling seronok ia slow down aging process. Kedutan semua beransur pergi.
4- kurangkan kendur pada kulit. Salah satu sebab kulit mengendur ialah pori yang lebar atau kembang. Bila pori ketat, kulit lebih firm, dan kulit jadi lifting (terangkat)
4- improve kita punya peredaran darah ke seluruh muka. Darah lebih lancar, wajah memang naik seri. Tak pucat tak kusam. Korang pun tengokkan, orang sakit muka selalu pucat darah dalam badan dia tak lancar. Sama juga orang yang letih tak cukup rehat, muka nampak lesu. Orang yang sihat muka nampak segar. So guna air sejuk macam ni untuk aktifkan perjalanan darah kita pada wajah. Proven.

Lepas tu boleh kurangkan keradangan dan bengkak pada jerawat, bengkak bawah mata, sembap seluruh muka.
Korang tengok 2-3 hari lepas jerawat kak Fyza besar gedabak atas dahi. Berbenjol. Sakit tau masa sujud atas sejadah.
Hari ni dah surut nak rata. Tak jadi nak bernanah pun. Hilang dah gatal-gatal dan berdenyut kat jerawat tu. Baru 3 hari bilas muka dengan air sejuk ni. Serta merta dapat result.
Yang penting korang cuci muka bersih-bersih ya. Ingat tips penting ni jugak:
1- elak basuh muka dengan air sejuk dalam keadaan muka kotor, atau bersolek. Nanti kotoran, minyak, bahan solekan akan terperangkap dalam pori. Ingat tau, air sejuk untuk rapat kan pori. Dah kita tutup pori dengan sisa kotoran, bermakna kita perangkap kotoran dalam pori kita. Tersumbat kulit penyebab jerawat dan breakout.
2- lebih bagus bila pagi-pagi korang bangun buat double cleansing. Cuci dengan oil cleanser dan soft cleanser. Betul-betul bersih.
Lepas tu bilas dengan warm water. Air suam akan buka pori dulu. Bila pori terbuka, so kat sini kita tarik keluar segala kotoran yang tertinggal dalam pori.
3- kulit dah bersih, next baru kita bilas balik dengan air sejuk berais untuk tutup semula pori yang kita buka tadi. Tutup balik, ketatkan balik pori. This is good and complete facial procedure.
4-Dah siap facial. Baru go to next skincare routine yang biasa. Pakai essence untuk hydration, pakai serum untuk rawat kulit dan kurangkan cell damage dari radical bebas, pakai sunblock elak kulit burn dan kolagen pecah, lastly baru korang bersolek macam biasa
Less is more. Kak Fyza lebihkan penjagaan kulit. Biar leceh tak apa. Janji kulit kita sihat, segar. So that nak bersolek seringkasnya dah cukup. Solek just nak naikkan seri. Lebih berseri-seri bila kulit kita dah sedia seri dan segar.
Boleh #shareterus untuk manfaat korang. Semoga semua cantik-cantik dan sejuk pandangan mata di pagi raya
Ini Rupanya 5 Pembersih Mekap Paling Senang Digunakan Untuk Hijabi Yang Sentiasa On-the-Go

- Let’s Be Real! Selepas melalui hari yang panjang, perkara terakhir yang anda mahu lakukan adalah menghabiskan masa di hadapan cermin dan menyingkirkan mekap di wajah. Selalunya anda tidak mempunyai masa untuk membersihkan secara total. Namun tidak mengeluarkan dan membersihkan solekan dengan betul akan menyebabkan wajah mendapat bintik hitam, liang pori tersumbat dan jerawat.
Wipes sangat berguna dan senang dibawa di mana sahaja. Solekan boleh ditanggal kan dengan mudah dan cepat. Sekiranya anda mencari kain lap yang sesuai, Hijabista senaraikan 5 makeup remover yang baik untuk anda!
#1. BIORE Make Up Remover Wipes Twin Pack 2X44’S
Biore sangat terkenal dengan pembersih wajah, kini kembali dengan pembersih minyak sebanyak 20% dalam setiap helaian untuk membersihkan lebih banyak kawasan sensitif (misalnya kulit di sekeliling mata). Walaupun berasaskan minyak, ia tidak meninggalkan kulit anda berasa berminyak atau melekit. Katakan selamat tinggal kepada maskara yang susah ditanggal pada bulu mata dan membersihkan kulit yang bersih dan sihat.
#2. The Face Shop Herb Day Lip & Eye Makeup Remover Pads
Terdiri daripada ekstrak berkhasiat kulit dari bahan-bahan semula jadi, termasuk pelbagai jenis daun, buah-buahan, akar dan bunga, produk ini mengkhususkan rumusan dalam menghilangkan solek bibir dan mata. Ia bertindak perlahan-lahan merawat semula kulit anda dengan berkesan agar bersinar segar dari dalam.
#3. Simple Kind to Skin Micellar Cleansing Wipes
Jenis Mudah untuk pembersihan kulit-kulit dibungkus dengan bahan-bahan yang menghidratkan dan pelbagai jenis vitamin untuk mengekalkan kulit anda kelihatan muda. Formula lembut ini hebat untuk kulit sensitif kerana ia tidak merengsakan kulit tetapi masih berkesan dalam menghapuskan solekan dan pori-pori diwajah anda.
#4. WATSONS 3-in-1 Micellar Water Facial Cleansing Wipes 20’s
Mengandungi 3 ramuan kuasa (air micellar, ekstrak bunga calendula semulajadi dan vitamin E) yang menjadikan kulit anda lancar dan sihat. Produk ini berfungsi dengan baik terutama dalam mengeluarkan solek kalis air. Untuk kulit yang bersih, dan lembap, harganya juga berpatutan.
#5. NYX Professional Makeup – Be Gone! Makeup Remover Wipes
NYX menawarkan formula yang boleh mengeluarkan solekan kalis air paling degil dengan sedikit usaha sahaja. Dengan formula yang menggabungkan timun, lidah buaya dan pelbagai ekstrak kulit yang mencintai, produk ini menghilangkan solekan anda dan sangat lembut pada kulit.
SUMBER: Product Nation