Buah epal atau nama saintifiknya Malus Domestica adalah sejenis buah yang berkulit hijau dan merah. Tekstur buah yang rapuh menjadikan epal sebagai snek yang lazat dan berkhasiat. Terdapat banyak kebaikan epal termasuk membantu dalam proses penghadaman.

Epal antara pilihan snek sihat yang membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari. Kaya dengan nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh, epal bersaiz sederhana menawarkan nutrien dalam bentuk kalori, karbohidrat, serat, kalium, dan vitamin K.

Bukan Sekadar Untuk Slim Je Tapi Boleh Hindar Penyakit Kronik, Jomlah Kita Amalkan Makan Epal
Photo by rp-photography- from Pexels.

Menurut laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat. Epal saiz sederhana dengan diameter 7.6 sm disyorkan untuk mereka yang sedang berdiet dengan pengambilan 2,000 kalori. Selain itu, epal juga merupakan sumber polifenol yang bertanggungjawab untuk banyak manfaat kesihatan.

Bukan Sekadar Untuk Slim Je Tapi Boleh Hindar Penyakit Kronik, Jomlah Kita Amalkan Makan Epal
Photo by Tuqa Nabi on Unsplash

Lalu, bagaimana memakan sebiji epal setiap hari boleh menyebabkan anda terhindar daripada menghidap penyakit kronik? Mungkin ramai yang mengetahui bahawa epal sebenarnya mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan.

BERIKUT DIKONGSIKAN KEBAIKAN MAKAN EPAL UNTUK KESIHATAN

Menurunkan kolesterol
Kajian mendapati jus epal yang diberi pada tikus dapat menurunkan kolesterol LDL dan trigliserida. Hasil kajian juga mendapati memakan epal mempunyai kesan yang hampir sama dengan mengambil ubat statin. Statin adalah ‘drugs’ yang biasa digunakan untuk menurunkan kolesterol.

Bukan Sekadar Untuk Slim Je Tapi Boleh Hindar Penyakit Kronik, Jomlah Kita Amalkan Makan Epal
Photo by artem-podrez- from Pexels.

Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian ke atas hampir 40,000 wanita mendapati wanita yang kerap makan epal lebih rendah risiko menghidap penyakit jantung.

Mengurangkan risiko strok dan diabetis
Kajian saintifik menunjukkan memakan buah epal dan ‘pear’ dapat mengurangkan risiko strok. Makan sebiji epal setiap hari juga dapat merendahkan risiko diabetes.

Menurunkan berat badan
Kajian ke atas 50 orang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan mendapati peserta yang makan sebiji epal selama 10 minggu hilang hampir 1 kg berat badan berbanding mereka yang makan oat.

Bukan Sekadar Untuk Slim Je Tapi Boleh Hindar Penyakit Kronik, Jomlah Kita Amalkan Makan Epal
Photo by andres-ayrton from Pexels.

Mengurangkan risiko asma
Kajian ke atas lebih 68,000 wanita mendapati mereka yang banyak memakan sebiji epal setiap hari merendahkan risiko penyakit asma.

Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Kajian di Hospital Wanita di Boston, Amerika Syarikat pada 2016 mendapati memakan 4 biji epal setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Di antara contoh buah-buahan lain yang kaya potassium dan membantu merendahkan tekanan darah tinggi adalah tomato, oren, pisang dan aprikot.

Bukan Sekadar Untuk Slim Je Tapi Boleh Hindar Penyakit Kronik, Jomlah Kita Amalkan Makan Epal
Photo by pavel-danilyuk from Pexels.

Mengurangkan risiko penyakit hati
Terdapat kajian menunjukkan memakan epal hijau dapat merendahkan risiko penyakit hati, membantu mencegah cirit-birit, sembelit dan gout. Ini disebabkan epal mengandungi bahan khasiat asid tartarik dan asid malic yang dapat membantu atasi masalah gangguan penghadaman dan gout

APAKAH JENIS EPAL YANG SESUAI?

Biasanya masyarakat kita lebih memilih untuk memakan epal hijau jika mereka ada masalah-masalah kesihatan seperti darah tinggi, diabetis dan lain-lain.

Walau bagaimanapun jenis epal sebenarnya mempunyai kebaikan yang berbeza. Epal hijau lebih tinggi fiber iaitu ‘soluble fibre’. Kandungan ‘soluble fibre’ dalam epal hijau adalah 22% lebih tinggi berbanding epal merah. Jenis ‘soluble fibre’ dalam epal dikenali sebagai pektin. Pektin juga boleh didapati dari kulit limau.

Bukan Sekadar Untuk Slim Je Tapi Boleh Hindar Penyakit Kronik, Jomlah Kita Amalkan Makan Epal
Photo by anete-lusina from Pexels.

‘Soluble fibre’ ini berfungsi sebagai prebiotik bagi mengalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus besar kita. Ia juga bantu turunkan kolesterol, bantu kurangkan berat badan dan dapat kurangkan risiko diabetes dan kanser usus besar.

Kombinasi epal hijau dan saleri pula boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, epal hijau lebih berasid berbanding epal merah dan kurang sesuai bagi sesiapa yang ada masalah ‘acid reflux.’

Bukan Sekadar Untuk Slim Je Tapi Boleh Hindar Penyakit Kronik, Jomlah Kita Amalkan Makan Epal
Photo by anna-tarazevich from Pexels.

Epal merah pula lebih tinggi kalori berbanding epal hijau. Kalori yang lebih tinggi dalam epal merah disebabkan oleh kandungan gula yang lebih tinggi. Kandungan antioksidan dalam epal merah juga lebih tinggi berbanding epal hijau. Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Advanced Chemistry pada 2021 menunjukkan epal merah lebih tinggi vitamin C berbanding epal hijau.

Bukan Sekadar Untuk Slim Je Tapi Boleh Hindar Penyakit Kronik, Jomlah Kita Amalkan Makan Epal
Photo by evgeniy-alekseyev from Pexels.

Mulai hari ini apa kata anda amalkan makan sebiji epal sehari. Tidak kisahlah sama ada epal hijau atau merah, mulakan hari anda dengan sebiji epal. Buah ini bukan sahaja mudah untuk didapati, harga pun ‘mampu beli.’

Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by any-lane from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI