Krim pemutih kulit menjadi primadona di industri kecantikan ketika ini. Mana tidaknya, kebanyakkan kaum hawa, yang ingin kulitnya putih agar terlihat lebih cantik dan mulus.

Namun di samping itu, keluar pula beberapa mitos-mitos yang salah tentang pemutih kulit. Berikut ini adalah mitos-mitos yang perlu anda ketahui.

Mitos 1: Selamat memakai krim pemutih di bawah sinar matahari.

Fakta: Tiap kali anda keluar rumah, disarankan untuk selalu menyapukan tabir suria ke kulit. Pilih produk yang memberikan perlindungan dari sinar UVA dan UVB dengan kadar SPF minima 15. Selain itu, gunakan pelindung lainnya seperti topi lebar, kaca mata, payung, atau pakaian yang menutupi kulit. Krim pemutih yang mengandung hydroquinone tidak akan efektif jika terpapar sinar matahari.

Mitos 2: Tidak perlu memakai tabir suria ketika cuaca mendung.

Fakta: Mungkin selama ini anda terfikir faktor yang membuat kulit gelap adalah teriknya sinar matahari. Sehingga dengan mudahnya anda meninggalkan tabir suria ketika ke luar rumah ketika cuaca mendung, padahal masih siang hari. Kenyataannya, radiasi sinar matahari masih boleh menembus cuaca mendung dan mengenai kulit anda. Akibatnya kulit menjadi lebih gelap.

IKLAN

Beberapa pengeluar juga kerap menambahkan sun protection factor (SPF) pada kosmetik, seperti bedak dan alas bedak. Namun SPF pada kosmetik boleh benar-benar bereaksi ketika mengaplikasian pada wajah dilakukan sebanyak 15 kali sapuan. Jika hanya satu sapuan seperti riasan normal yang anda lakukan sehari-hari, tidak akan berpengaruh dalam melindungi kulit.

Jadi selalu sapukan tabir suria, terutama pada pukul 10.00 hingga 16.00, baik pada ketika cuaca panas atau mendung. Ulangi penggunaannya tiap dua jam sekali dan ketika anda berpeluh, terutama bagi anda yang bekerja di luar.

Mitos 3: Produk mahal pasti lebih bagus

Fakta: Tidak juga. Pada dasarnya kandungan yang terdapat pada setiap krim pemutih hampir sama. Krim pemutih yang dijual di supermarket boleh jadi lebih efektif daripada krim pemutih kulit yang dijual di store ternama. Ada yang memakai produk murah atau bahkan bahan semulajadi yang sederhana, tapi hasilnya memuaskan kerana kulitnya sesuai dengan produk tersebut.

Namun bukan bererti pula bahawa produk mahal tidak bagus. Keduanya sama bagus. Semua tergantung kepada pilihan anda. Jika anda mampu membeli produk mahal, kenapa tidak? Pastikan anda tahu apa kandungan krim pemutih kulit yang anda pakai dan krim tersebut sesuai untuk jenis kulit anda.

Mitos 4: Jenis kulit tidak akan pernah berubah.

Fakta: Mitos ini tidak benar. Jenis kulit boleh berubah, perkara ini dipengaruhi oleh faktor lingkungan, musim, hingga perubahan hormon yang terjadi di dalam tubuh seseorang. Penting untuk rutin menjaga dan memantau kesihatan kulit untuk melihat apakah terdapat perubahan warna, mengesan, atau masalah kesihatan lain pada kulit. Jika terasa kulit bermasalah, segera dapatkan nasihat doktor.

Mitos 5: Hydroquinone selamat digunakan. Benarkah?

Fakta: Hydroquinone merupakan zat pemutih yang boleh menghalang produksi melanin atau zat pigmen pada kulit. Penggunaan zat ini dapat menimbulkan efek sampingan berupa iritasi ringan seperti gatal, perih, hingga kemerahan pada kulit. Penelitian pada haiwan percubaan menunjukkan bahawa zat ini dapat mendorong kanser, tetapi hingga saat ini belum terdapat laporan mengenai kejadian penyakit kanser yang berkaitan dengan penggunaan hydroquinone pada manusia. Oleh yang demikian, penggunaan zat ini sebagai pemutih kulit bebas telah dilarang dan ubat ini tidak terdaftar di BPOM.

Mitos 6: Setelah kulit putih, kita boleh berhenti menggunakan krim pemutih.

Fakta: Sebelum anda menggunakan krim pemutih wajah, sebaiknya minta nasihat doktor terlebih dahulu tentang cara penggunaan, risiko, komposisinya.

Mitos 7: Kulit putih sama dengan wanita cantik.

Fakta: Selama ini banyak yang menganggap bahawa wanita cantik adalah mereka yang memiliki kulit putih. Perkara itu disokong pula oleh beberapa iklan krim pemutih kulit. Ketahuilah bahawa kecantikan seseorang tidak dilihat dari warna kulitnya sahaja. Percaya dirilah dengan apa yang anda miliki. Dengan begitu, kecantikan akan terpancar dengan sendirinya.

Jika ingin produk pemutih untuk mencerahkan kulit, disarankan untuk minta nasihat doktor atau pakar kulit. Dokter boleh mencadangkan produk pemutih kulit apa yang sesuai dengan jenis kulit anda tanpa menyebabkan risiko dan manfaatnya bagi kesihatan anda.