Ramai yang mengetahui tentang kebaikan Vitamin E yang bagus untuk kesihatan kulit terutamanya kulit wajah yang bermasalah. Pun begitu, sebenarnya, banyak lagi khasiat Vitamin E yang dapat kita perolehi jika kita mengamalkan pengambilannya. Bukan hanya dari aspek kulit badan, namun ia juga memberi kebaikan kepada ketahan tubuh dan lain-lain lagi.
Ramai memilih untuk mengambil vitamin E terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan kulit dan wajah. Di samping mencantikkan kulit wajah,ia boleh boleh membuatkan wajah si pengamal berseri-seri. Malah, Vitamin E ini juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia merendahkan paras kolesterol.
Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda semua tentang kelebihan sumber Vitamin E yang wajib anda ketahui supaya ia dapat memberikan kebaikan kepada tubuh badan anda.
1. Pelindung Sel Darah Merah
Pasti ramai yang tidak tahu tentang kebaikan Vitamin E kepada sel darah merah. Sumber Vitamin E dapat melindungi sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh daripada kerosakan. Vitamin ini juga akan melindungi tubuh badan anda daripada bahaya pelbagai ubat,bahan kimia yang akan membentuk radikal bebas. Secara tidak langsung, ia boleh membantu untuk mengelakkan diri anda dari menghidapi jenis penyakit yang kronik seperti leukimia dan lain-lain lagi.
2. Meningkatkan Ketahanan Tubuh Badan
Antara perkara lain yang wajib anda ketahui tentang Vitamin E adalah ia dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan, membantu mengatasi masalah tekanan, meningkatkan kesuburan, meminimumkan risiko kanser dan juga penyakit jantung.
3. Bertindak Sebagai Bahan Antioksidan
Tahukah anda, sumber Vitamin E merupakan sebuah bahan antioksidan yang banyak terlibat dalam proses membantu tubuh melindungi struktur sel yang penting dari kerosakan akibat radikal bebas. Sama juga seperti fakta pertama, ia juga secara tidak langsung dapat membantu untuk mengindari dari penyakit merbahaya.
4. Mengatasi Masalah Pre-Menstrual
Khususnya bagi kaum hawa yang Bagi mengalami masalah pre-menstrual yang teruk, kelebihan Vitamin E akan membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
5. Mencegah Kedutan
Kelebihan Vitamin E yang lain adalah ia dapat menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Caranya adalah dengan meningkatkan pengeluaran kolagen,iaitu tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Vitamin E juga akan merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.
6. Menghilangkan Kesan Parut
Pernahkah anda mencuba produk minyak Vitamin E seperti Bio-Oil? Ia sebenarnya produk yang bagus untuk menghilangkan kesan parut yang selalunya terjadi dari luka lama, lecur dan pembedahan dan juga akibat jerawat. Vitamin E akan terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Malah kuasa antioksida yang kuat di dalam Vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang memberikan keanjalan kulit.
7. Mengurangkan Masalah Jeragat
Jeragat pada kulit berpunca daripada faktor penuaan, kerosakan radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Apabila minyak Vitamin Edisapu pada jeragat yang terdapat pada kulit, ia akan membantu melicinkan kulit kasar dan menggalakkan pertumbuhan semula sel.
https://www.youtube.com/watch?v=PeeFdDBykzg
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI