Timun mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan dan kecantikan diri. Antara kebaikan timun adalah ia kaya dengan vitamin B, vitamin C dan penuh cecair. Timun mampu menyegarkan tubuh, membantu membuang toksin, merawat kulit rengsa dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Jika anda mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata, anda boleh amalkan meletakkan hirisan timun pada bahagian mata. Selain itu, timun juga membantu menghilangkan bau mulut serta membantu menurunkan berat badan secara selamat.
Apa kata anda cuba tip yang dikongsi oleh Amyra Nabila Hasnol kelebihan air detoks timun. Bukan sahaja mudah, malah jimat dan tidak memerlukan wang yang banyak.
BAHAN-BAHAN:
1 batang timun (tidak perlu buang kulit)
2 – 3 sm halia (hiris)
1 – 2 batang serai (hiris)
Madu 3 sudu plastik
IKLAN
CARA-CARA:
Campurkan semua bahan kemudian blender sampai halus.
Tapis airnya.
Siap untuk diminum!
IKLAN
KELEBIHAN AIR DETOKS TIMUN:
Membuang toksin dalam badan.
Merawat masalah buasir dan sembelit.
Membantu mengempiskan perut.
Menghilangkan bau badan.
**Disarankan minum dua kali sehari – 30 minit sebelum makan pagi dan 30 minit sebelum makan malam.
HAMPAS TIMUN BOLEH JADI MASKER:
IKLAN
Hampas tersebut jangan buang. Hampas yang telah dikisar itu boleh dicampur dengan putih telur dan ditampal pada kulit wajah.
Biarkan kering dalam masa 30 minit. Kemudian bilas bersih.
HIJABISTA: Sebenarnya memang banyak kelebihan timun dalam kehidupan harian kita. Bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga baik untuk kecantikan.
Apabila tengok balik gambar zaman persekolahan, pasti kita akan terkenang memori silam dahulu kan? Ada juga yang dapat melihat perbezaan wajah ketika masih bergelar pelajar sekolah dengan keadaan diri pada hari ini. Pasti banyak perbezaan tapi ada juga yang kekal sama wajahnya.
Baru-baru ini, pengasas produk kecantikan terkenal, Joy Revfa telah berkongsi gambarnya di alam persekolahan. Yang paling menarik, dia sememangnya jelita sejak kecil lagi dan memiliki bibir yang cantik . Apa rahsianya?
Pernah disangka memakai gincu ke sekolah oleh gurunya.
Terjumpa photo2 darjah 6 (12tahun) waktu sekolah rendah dulu ?? Tahun 1999 . Saya la tu yg bertudung biru, waktu ni selalu cikgu fikir sy dtg sekolah pakai lipstick, padahal mmg bibir dh cm tu sbb dulu suka scrub bibir pakai gula pasir & madu tu yg kekal bibir jd merah, last2 cikgu yg tiru petua saya tu kt rumah. ?? Agak2 pd tahun 1999 ni, korg umur brp ek…?? ?
Rupanya Joy hanya mengamalkan petua skrub bibir menggunakan gula pasir dan madu sejak dari dulu lagi supaya bibir merah bak delima.
Jadi selepas ini, para hijabi yang mahu bibir cantik dan sihat, bolehlah mengikuti tips yang dikongsi oleh Joy ini. Memang berkesan, selamat pula tu!
Kulit berminyak memang boleh membuatkan hati kita tak senang dan rasa rendah diri. Iyelah, apabila nak selfie atau wefie, pasti wajah kita akan kelihatan lebih berkilat berbanding yang lain.
Di twitter @aqua_gel, mereka telah berkongsikan tips untuk merawat kulit muka jenis berminyak ini. Ada banyak yang boleh kita ikuti tau! Jom kita lihat tipsnya.
Pernah tak anda mengalami masalah kegatalan kulit kepala yang kronik? Sampai tak selesa dibuatnya bila berhijab, asyik nak tergaru-garu hingga malu dibuatnya!
Menurut pakar dermatologi, Dr. Jean Buhac, masalah kulit kepala atau rambut berkelemumur bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya bagi golongan wanita khususnya wanita berhijab.
Jean berkata, masalah ini setidaknya dihadapi oleh satu per lima orang dalam dunia. Malah, masalah ini menjadi semakin memburuk sekiranya anda melakukan beberapa perbuatan atau tabiat tanpa sedar dibawah.
Ambil Mudah, Tak Cakna Simptom Awal Kelemumur
Pada awal jangkitan kelemumur pada kulit kepala anda seharusnya dapat mengenal pasti beberapa simptom awal seperti kegatalan kulit kepala dan terdapat serpihan-serpihan pengelupasan kulit kepala pada sikat dan bahu.
Namun, sekiranya kelemumur anda semakin teruk, anda akan mengalami beberapa simptom yang lebih besar antaranya, jangkitan kulat atau dermatitis seborrheic (keadaan kulit bersisik dan gatal). Jika masalah ini gagal dirawat dari awal maka ia akan semakin memburuk.
Ini kerana, kulit kepala terluka akibat perbuatan menggaru seterusnya menyebabkan ia terdedah pada jangkitan kuman yang akan membuatkan kondisi kulit kepala tidak sihat serta mudah dijangkiti kulat.
Gagal Mencari Syampu Yang Sesuai Untuk Merawat Kulit Kepala
Kegagalan anda mencari syampu yang mampu merawat kelemumur pada peringkat awal, akan membuatkan masalah kelemumur semakin teruk! Apabila kelemumur tidak dirawat dengan baik, ia memberikan kesan rengsa dan keradangan pada kulit kepala terutamnya bagi wanita berhijab.
Pemakaian hijab yang sehari-harian akan menyebabkan kulit kepala panas dan lembap akibat peluh. Keadaan ini akan membuatkan kelemumur menjadi lebih gatal serta mendatangkan ketidakselesaan kepada anda.
Satu perkara yang wajib hijabi ketahui adalah fungsi dan tujuan anda perlu menggunakan syampu. Selain untuk membasuh rambut, pemilihan syampu yang tepat dapat membantu menyingkirkan minyak, kotoran dan sisa produk kesan daripada penggunaan gel rambut atau hair spray yang melekat pada kulit kepala sis.
Oleh itu, dermatologi menyarankan agar hijabi menggunakan syampu khas anti-kelemumur yang telah terbukti secara klinikal bagi membantu mengatasi dan mengurangkan kelemumur.
Ini demikian kerana, syampu khas ini direka dengan menggunakan bahan aktif seperti selenium sulfide dan sebagainya yang sudah terbukti berkesan dalan membasmi kelemumur dan membersihkan kulit kepala anda.
‘Lifestyle’ Dan Pemakanan Juga Memainkan Peranan
Selain itu, perkara yang perlu dititikberatkan sekiranya mahu mengatasi masalah kelemumur adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang. You are what you eat! Kerana setiap masalah pada tubuh badan kita adalah relfleks kepada gaya hidup seseorang.
Menurut pakar perlangsingan berat badan dan diet, Kavita Devgan berkata, kesihatan kulit kepala seseorang juga ditentukan oleh gaya hidup dan pemakanan mereka.
“Individu yang mempunyai masalah kelemumur, digalakkan untuk mengurangkan pengambilan gula kerana ia boleh memburukkan lagi masalah tersebut.
“Perlu diketahui yang kelemumur sering dikaitkan dengan yis Candida, dan makanan bergula menggalakkan pertumbuhan berlebihan yis ini selain mengurangkan vitamin B, yang merupakan komponen penting dalam diet anti-kelemumur”, jelasnya.
Bak kata pepatah, "Mata adalah tingkap kepada dunia." Tanpa, mata bagaimana kita mampu melihat dunia? Oleh itu, kesihatan mata haruslah dijaga supaya penglihatan kita juga dapat diperlihara.