Pemakaian pelembap muka dapat memastikan wajah kelihatan lembap dan segar tetapi pastikan menggunakan pelembap yang betul.

Sekiranya produk terlalu ringan, kulit anda boleh menjadi kering. Tapi jika krim muka terlalu berat kulit akan menjadi berminyak dan anda mungkin mula mengalami jerawat.

Pelembap wajah sangat penting sebagai pelengkap penjagaan wajah harian bagi setiap wanita. Tahukah anda pelembap muka sebenarnya memiliki berbagai nutrisi iaitu mineral dan juga vitamin. Ia juga membantu dalam melindungi kulit anda, mencerahkan wajah, mengurangkan bintik hitam, meremajakan kulit dan banyak lagi.

Bagi mereka yang memiliki kulit kering, tentunya mengalami masalah ketika memilih pelembap wajah yang sesuai. Ikuti perkongsian Fatinaamalina Rahman.

8 Moisturizer terbaik utk #DrySkin Bawah RM39 Drugstore (pengalaman sendiri)

Hi #teamkulitkering, Penting ke pilih moisturizer ni yang betul dengan kulit kita? Penting sangat-sangat-sangat! Moisturizer yang tak sesuai dengan jenis kulit boleh buatkan breakout/ radang ataupun wajah akan lebih berminyak (bukan glowing) dan jadi lagi bermasalah.

Kulit kering kena pakai jenis apa? Gel? Krim? Atau losyen? Haaa. #teamkulitkering, cuba check jenis moisturizer korang.


Kalau kulit jenis kering dan menegang, korang perlu guna moisturizer jenis krim. Sebab? jenis ini ada 50% minyak dan 50% air, ia ganti balik minyak baik yg hilang dr kulit & hydrate lebih lama. Bila hydrate cukup, kulit nampak cerah, parut dan pigment akan mudah pudar

Tapi, korang perlu tahu moisturizer jenis krim ni akan halang kemasukan udara dalam kulit wajah & sukarkan penyerapan nutrisi ke dalam kulit. So dengan sapuan nipis dah memadai.

Kalau kulit extremely kering sampai menggelupas sampai buat korang rasa perit & pedih, wajib guna moisturizer jenis losyen sebab, jenis losyen ada kadar lembapan yang tinggi berbanding gel.

1. Rosken Skin Repair Dry Skin
Ni Fatin tengah guna sekarang. Mula-mula under rated la sebab murah, tekstur like losyen ni buat kulit super hydrate untuk teamkulitkering merasa glowing! Worth it. Parut cepat pudar & skin lebih cerah. Tapi ada sikit Fragrance & Paraben (tapi iols kulit sensitif still sesuai pakai)

Iols sapu dekat tangan & kaki jugak as losyen. Cerah beb sebab enough hydration!

IKLAN

Harga RM12.90

2. Safi Pelembap Aloe Vera & Habbatus Sauda

Ni okay jugak untuk #teamkulitkering sebab tekstur jenis berat dan iols suka sebab ada aloevera! Cuma tak la glowing sgt untuk extra kering flaky mcm kakak ni.

Harga RM6.50

3. Simple Hydrating Light Moisturizer

Ni Iols pakai lama jugak saing2 dengan cleanser Simple dulu. Sangat hydrate. Cuma lepas 2 months iols pakai rasa over berminyak pulak. Jadi sis tukar. Banyak review ni sesuai untuk kering + breakout skin.

Harga RM16.60

IKLAN

4. Himalaya Nourishing Skin Cream
Produk dari herba & lidah buaya as bahan utama. Any moisturizer yang ada lidah buaya sgt bagus utk kulit kering + acne prone. Sebab dia protect skin dari terkena antibakteria yg boleh buatkan jerawat. Sesuai utk eczema.

Harga RM18.95

5. Pink Pudding Cream
Iols pernah pakai, tapi sebab dia jenis jel, cepat betul dia lesap dari permukaan muka sis. Banyak feedback kata best, tapi sis tak suka bau dia wangi ngat. So sis turn off. Kalau korang tak kisah bau wangi boleh cuba.

Harga RM18.80

6. Safi Dermasafe
Best, sesuai sangat untuk kulit sensitif. Ni level Safi upgrade la kiranya. Lg best dr standard Safi Balqis.

IKLAN

Harga RM26.39

7. Wardah Witch Hazel
Sis terpengaruh sebab ada Witch Hazel. Facebalm dulu ada Witch Hazel okay bagus gila utk skin. Tapi sayangnya ni utk kulit berminyak. Sebab jenis gel dan meresap pd kulit.

Harga RM7+

8. Nano
Terpengaruh dengan viral twitterr. Not bad! Sis pakai malam tebal-tebal supaya hydrate.

Harga RM32.38

Apa je kita tak cuba? Susah kan nak cari moisturizer ssuai untuk kulit extremely dry ni. Ni kita rate sebab iols pernah pakai tau.

Kalau korang ada lagi cadangan untuk team kulit kering cer kongsi.

TAK PERLU PAKAI PRODUK PEMUTIH CEPAT. KULIT CUKUP HYDRATE AKAN TERUS CERAH.

Walau bagaimanapun ia mengikut kesesuaian dengan jenis kulit seseorang. Setiap orang memiliki kulit yang tidak sama jadi kesannya pada kulit juga berbeza-beza bagi setiap orang.

Sumber kredit: Fatinaamalina Rahman

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI