Bagi wanita, keadaan kulit wajah yang kusam, berminyak dan berjerawat boleh menjadi punca krisis dalam diri. Ia boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang dan sekali gus mencacatkan penampilan.

Memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit adalah penting demi menjaga kesihatan kulit wajah. Kulit perlu dibersihkan setiap hari supaya bebas kotoran, minyak berlebihan dan bakteria yang berpotensi untuk menyumbatkan liang pori dan menyebabkan jerawat.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Untuk kulit berminyak yang mudah naik jerawat, amalkan lima tip produk perawatan kulit wajah seperti ini:

*Pilih sunscreen jenis cair dan ringan.
*Elak guna pelembap tebal pada siang hari.
*Exfoliate guna BHA & AHA 2 ke 3 kali seminggu.
*Guna serum Vitamin A (Retinol, Retinal, Granactive Retinoid).
*Elakkan Facial Oil.

1.Produk-produk tebal kebiasaannya mempunyai gabungan bahan-bahan yang boleh menyumbang kepada kepada penyumbatan pori-pori.

2.Produk yang berpotensi menyumbatkan pori, ditambah lagi dengan minyak yang sedia ada banyak (faktor genetik, pemakanan, cuaca panas) pada kulit, maka kecendurangan untuk pori-pori tersumbat dan berlakunya breakout (termasuk whitehead, blackhead, jerawat kecil) itu lebih tinggi. Jadi, pilihlah sunscreen dan pelembap harian yang jenis ringan.

3.Menggunakan BHA atau/dan AHA setiap minggu juga boleh membantu menjaga kebersihan pori. Bila pori bersih, kulit susah breakout. Apabila anda menggunakan BHA dengan konsisten setiap minggu, jerawat dan komedo susah hendak tumbuh, walaupun ada menggunalam sunscreen jenis tebal.

IKLAN
Photo by Anna Shvets from Pexels

4.Sebagai pelengkap, disarankan untuk guna serum A beberapa kali seminggu. Selain dari boleh menggalakkan penghasilan kolagen, Vitamin A seperti Retinol juga boleh membantu mengawal pertumbuhan jerawat dengan menghalang sel-sel kulit mati dari tersumbat dalam pori. Vitamin A juga berkesan dalam memudarkan parut jerawat (gelap) yang sedia ada.

5.Akhir sekali, facial oil ada manfaatnya (bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan), tapi nak cari yang sesuai dengan kulit berminyak agak susah. Kalau tak serasi, kulit boleh meragam dan breakout. Jadi, pakai produk yang perlu dulu, bila sudah tidak keliru dengan “perangai” kulit sendiri, barulah guna facial oil. Tidak mahu guna langsung pun tidak mengapa.

Produk-produk dalam gambar di bawah adalah antara yang sesuai untuk kulit berminyak yang mudah breakout.

IKLAN

IKLAN

 

PENTING: Ibu mengandung dan menyusukan bayi tidak sesuai menggunakan Salicylic Acid dan Vitamin A. Boleh guna Azelaic Acid untuk kesan yang hampir sama dengan BHA dan Vitamin A. Bincang dengan doktor anda.

HIJABISTA: Kebersihan kulit perlu dijaga dengan mengamalkan gaya hidup sihat kerana kulit yang cantik mencerminkan keperibadian diri.

Sumber kredit: Kanda Aziz Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI