Menyegar ialah bilasan terakhir untuk memastikan tiada sisa kotoran dan sisa pencuci muka tertinggal pada kulit wajah. Penyegar juga berfungsi mengetatkan liang pori. Hal ini kerana ketika membersihkan wajah, liang pori akan terbuka.

Walau bagaimanapun fungsi penyegar yang paling penting ialah menyediakan kulit untuk menerima produk yang seterusnya dalam rangkaian penjagaan kulit seperti serum atau pelembap. Dengan cara itu semua kebaikan yang terkandung di dalam serum atau pelembap dapat diserap ke dalam kulit dengan lebih berkesan.

Photo by cottonbro from Pexels

Namun begitu, bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak perlu lebih berhati-hati dalam memilih penyegar untuk kulit wajah. Lambakan produk penjagaan wajah di pasaran ada kalanya membuatkan sesetengah daripada kita keliru memilih yang terbaik.

Berikut senarai cadangan penyegar wajah seperti yang dicadangkan oleh pakar dermatologi untuk kulit jenis berminyak.

Pixi Glow Tonic

Penyegar wajah ini mengandungi asid glikolat, AHA yang menghilangkan lemak berlebihan, menghapuskan sel-sel kulit mati dan membuat kulit terasa lebih halus. Kandungan lidah buaya pula menghidrat dan menenangkan, sementara bahan lain iaitu ginseng pula memberikan kesan pencerahan. Kulit anda akan kelihatan segar, dan tidak terlalu lembab.

Neutrogena Pore Refining Toner

Penyegar wajah ini mungkin sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi Neutrogena’s Pore Refining Toner sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ia mengandungi asid alfa dan beta-hidroksi. Bahan ini membantu mengurangkan minyak dan mengelupaskan kulit dengan lembut.

IKLAN

LA’MER The Oil Absorbing Tonic

Formula toner La Mer diselitkan dengan tambahan alga yang secara signifikan mengurangkan lebihan minyak. Ia juga mengimbangi keadaan kulit mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.

The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution

Penyegar wajah ini bebas alkohol, paraben dan bebas wangian. Ia mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti ginseng dan lidah buaya. Asid glikolik pula berfungsi menangani masalah minyak pada kulit wajah.

La Roche-Posay Serozinc Face Toner for Oily Skin

IKLAN

Sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Selain bebas alkohol dan wangian, penyegar wajah ini hanya mengandungi tiga bahan untuk memerangi masalah kulit berminyak.

Penyegar wajah ini boleh disembur pada kulit wajah anda setelah membersihkan kulit wajah untuk menyerap minyak dan menganjalkan kulit. Anda juga boleh menyemburkannya untuk mengekalkan solekan anda sepanjang hari kerana bahan-bahan yang terkandung seperti air, garam, dan zink sulfat tidak akan menyebabkan kerengsaan.

AcneFree Witch Hazel Mattifying Face Toner

AcneFree’s Witch Hazel Mattifying Toner mengandungi gabungan ramuan yang hebat. Witch hazel mengecilkan pori-pori, asid glikolik dan laktik pula secara perlahan-lahan mengelupas dan membuang lebihan minyak pada kulit wajah. Lidah buaya dan gliserin hidrat pula menenangkan, dan chamomile menenangkan keradangan.

IKLAN

Rose Petal Witch Hazel Facial Mist Toner

Penyegar wajah bebas alkohol ini menggunakan bahan berkualiti tinggi yang bersumber dari alam semula jadi. Tidak menggunakan ramuan haiwan (kecuali lilin lebah). Bahan utama yang terkandung di dalam penyegar wajah ini termasuklah kelopak mawar, air kelapa, lavender dan timun.

HIJABISTA: Dengan menggunakan kapas muka, sapukan penyegar wajah dengan menepuk-nepuk lembut pada kulit wajah. Jangan lap terlalu keras atau menggosok terlalu kuat pada kulit wajah. Boleh juga menggunakan tapak tangan dan menepuk-nepuk kulit wajah jika tidak mahu menggunakan kapas muka. Namun pastikan tangan berada dalam keadaan bersih.  

Sumber kredit: Top image: Photo by Sora Shimazaki from Pexels

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI