Kecantikan

Buat Sendiri Syampu Guna Aloe Vera, Boleh Campur Dengan Madu, Yoghurt & Lemon

Share

Wanita dan kecantikan mana mungkin dapat dipisahkan. Produk kecantikan seakan koleksi yang ada pada setiap wanita. Namun selain membeli produk-produk yang tersedia di pasaran, anda juga boleh buat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Antara yang boleh dibuat sendiri di rumah ialah syampu rambut. Lebih elok jika anda rajin menanam pelbagai jenis tumbuhan jadi apa kata anda manfaat pokok-pokok tersebut untuk membuat sendiri produk untuk kegunaan anda.

Mudah sahaja jika hendak buat syampu sendiri di rumah. Bercucuk tanam bukan hanya untuk kita makan, malah kita boleh pelbagaikan kepada penggunaan tanaman kita. Aloe vera atau lidah buaya adalah tanaman yang lazimnya di tanam di hampir setiap rumah di Malaysia.

Aloe vera mudah membesar dan tidak memerlukan penjagaan yang kerap. Daripada hanya terbiar di depan mata, apa kata anda cuba buat sendiri syampu menggunakan bahan asas aloe vera.

Campuran aloe vera dan madu sebagai base untuk syampu kegunaan harian ini memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan rambut. Tiada bahan kimia dan tiada bahan pengawet.

Anda juga boleh menambah perahan limau kasturi, lemon atau limau purut sebagai penaik aroma syampu. Boleh juga ditambahkan dengan sesudu yoghurt natural ke dalam base syampu ini.

CARA-CARA PENYEDIAAN BASE SYAMPU ALOE VERA:
1) Dapatkan aloe vera yang baik, buang kulit dan durinya.
2) Pisahkan kulit dan isinya, dan asingkan isinya di dalam satu bekas yang lain. Kulitnya, anda boleh masukkan ke dalam tong kompos. Jangan buang ke dalam tong sampah ya, rugi.


3) Masukkan ke dalam pengisar dan campurkan dengan sesudu madu. Tambahkan sedikit air (sukatan bergantung).
4) Setelah bahan di kisar, masukkan dalam satu bekas kaca & sudah sedia boleh digunakan sebagai syampu.
5) Tambahan, tapis dahulu sebelum memasukkan base shampoo ke dalam bekas kaca ya. Baru smooth sahaja nanti.

Sumber kredit: Kebun Lokal

IKLAN