Siapa yang tidak mahu kulit yang cantik bukan? Tentunya akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai apabila memiliki kulit yang ‘flawless’. Ya! Memang tidak dapat dinafikan kulit yang sihat dan cantik menjadikan penampilan diri seseorang wanita itu lebih terserlah.
Sebagai seorang wanita, pasti anda sudah melakukan pelbagai cara dan rawatan untuk mendapatkan kulit idaman ini. Memiliki kulit yang mulus dan bersih sememangnya menjadi idaman setiap wanita.
Melalui perkongsian Norafiza Mahmud wanita ini berkongsi petua yang diamalkannya bagi mendapatkan kulit yang bukan sahaja cerah tetapi lembut dan berseri. Menurut Norafiza, dengan mengamalkan hydrating mask ini, ia boleh memberi kelembapan pada kulit.
Malah hasilnya kulit akan kelihatan seperti anda melakukan rawatan spa bernilai RM500! Wow, sungguh menakjubkan kesannya. Jom kita ikuti perkongsiannya.
Amalkan hydrating mask ini untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.
Amalkan selalu, In Shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai RM500.
HYDRATING MASK SCRUB
- 1 sudu madu
- 1 biji tomato
- 2 sudu beras ( blend halus)
- 1 sudu yogurt asli
Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar.
Biarkan selama 15 minit hingga 20 minit. Jika mahu kulit lebih lembap boleh biarkan selama 30 miniy. Tiada rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan hendak timbul. Sebiji jerawat pun malu hendak tumbuh ketika datang bulan kongsi wanita ini lagi.
Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK. Barulah kesan dapat dicapai secara maksimum!
HIJABISTA: Apa-apa jua rawatan perawatan wajah perlu dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil seperti yang diharapkan. Tidak mengapa jika hasil yang diharapkan memakan masa yang agak lama asalkan ia tidak mendatangkan kemudharatan.
Sumber: Facebook Norafiza Mahmud
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI