Lulur atau skrub adalah bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit tubuh. Melulur badan menjadikan badan terasa ringan dan lebih bertenaga.

Seperti yang diketahui, lulur badan yang terdapat di pasaran biasanya ditawarkan pada harga agak tinggi, selain mengandungi bahan kimia lulur yang dijual di pasaran juga mungkin mengandungi bahan-bahan yang menimbulkan alahan bagi sesetengah orang.

Skrub atau lulur badan ni dah sebahagian dari rutin penjagaan badan. Walau sibuk macam mana pun tetap kena sental sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Pokok limau purut belakang rumah makncikfu ni banyak berbuah. Seronok sungguh!

Tadi nak mandi sempat lagi sental dengan lulur. Seronoknya sental sental. Kulit rasa licin jerrr.

IKLAN

Bahan bahan sangat mudah untuk dicari:

2 biji limau purut dihiris
Halia sebesar ibu jari
5-7 sudu besar serbuk kopi halus
1 sudu besar minyak zaitun atau minyak kelapa dara

Kisar bahan bahan ni dengan sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair pula lulur tu. Agak agak jer. Lepas blend tu masukkan 2 sudu besar garam bukit halus. Kacau la sebati.

IKLAN

Lepas tu sental la satu badan. hat celah celah tu jangan lupa sental. Kasi buang daki dan kalu konsisten nampak cerah. Lepas sental tu biarkan sekejap dalam 5 minit camtu. Lepas tu mandi dengan air biasa.

Lagi elok lepas mandi tu sapu la lotion ke, body oil ker atau body butter. Kalau tak da boleh sapu minyak zaitun di badan.

IKLAN

Fuhh, dah la aroma menikam kalbu. Hilang habis stress! Dengar kata lulur ni bagus untuk bahagian ada selulit. Cubalah buat. Rajin rajin kan diri jer. Bahan pon senang cari.

Kebaikan melulur kulit tubuh:

Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
Mengurangkan tekanan & keletihan.
Mengekalkan tenaga.
Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
Memperbaiki tekstur kulit.
Mengurangkan dehidrasi
Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
Menghilangkan warna kulit berbelang.
Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Selamat melulur!

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI