Buah-buahan merupakan sumber makanan semula jadi yang sangat penting untuk kesihatan. Setiap buah-buahan termasuklah buah-buahan kering mengandungi nutrisi penting iaitu vitamin dan gula semula jadi yang membantu mengimbangi keperluan nutrien dalam tubuh.

Seperti juga buah-buahan segar, buah-buahan kering juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun ramai di antara kita kurang mengamalkan pengambilan buah-buahan kering ini berbanding buah-buahan segar. Berikut perkongsian Dr Suri Roowi  tentang khasiat buah-buahan kering.

Photo by Dmitry Zvolskiy from Pexels

KHASIAT BUAH-BUAHAN KERING:

1.Buah kering elok diambil sebagai makanan ringan kerana ia kaya sumber serat, nutrien dan karbohidrat kompleks yang baik untuk kesihatan.

2.Tidak dinafikan kandungan buah-buahan kering rendah kandungan vitamin C, tetapi bahan berkhasiat lain contohnya polifenol jauh lebih tinggi dalam buah-buahan kering

3.Polifenol mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antidiabetis, antidarah tinggi dan boleh elakkan sakit jantung.

4.Hasil ujian makmal mendapati bahan berkhasiat (polifenol) lebih tinggi dalam buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar. Penggunaan suhu pemanasan di bawah 60 C juga tidak merosakkan khasiat dalam buah kering.

IKLAN

5. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati pengambilan buah kering mengurangkan risiko kanser prostat. Kajian di Belanda pula mendapati memakan buah tin kering dapat menghalang pertumbuhan atau pembentukan sel kanser. Buah teen juga menunjukkan sifat antikanser yang kuat.

6. Kajian yang diterbitkan dalam Nutrition Journal pada tahun 2016 mendapati bahan khasiat (polifenol) paling tinggi dalam kismis, diikuti buah teen, prune dan kurma. Kajian lain pula mendapati kurma tinggi khasiat (polifenol) manakala buah teen tinggi antoksidan.

7. Kajian ke atas manusia mendapati memakan buah teen kering dapat tingkatkan antioksidan dalam darah sehingga 5% dan nilai ini lebih tinggi berbanding meminum teh hijau. Pengambilan kismis pada kadar 21 g sehari pula dapat meningkatkan antioksidan darah sehingga 8%.

IKLAN

8. Kismis juga tinggi khasiat. Memandangkan kismis mempunyai indeks glisemik (GI) antara 55-69, pesakit diabetis tidak boleh memakan kismis secara berlebihan. Walau bagaimanapun terdapat kajian menunjukkan kismis membantu kurangkan risiko diabetes jika diambil mengikut kadar yang betul (sila rujuk posting sebelum ini).

9.Kajian ke atas tikus mendapati buah prun kering boleh merendahkan lemak dalam arteri jantung. Buah prun juga bantu kesihatan tulang di kalangan pengidap osteoporosis. Ia bertindak dengan meningkatkan kepadatan tulang dan membantu pembentukan tulang.

10.Selain memberikan sumber fiber yang tinggi, kurma pula membantu mengawal kolesterol dengan seterusnya memperbaiki profil lemak dalam darah.

IKLAN

 

11.Buah ‘cranberry’ kering juga boleh merendahkan lemak dalam darah dan boleh kurangkan risiko jangkitan saluran kencing. Terdapat juga laporan menunjukkan buah ‘cranberry’ boleh kawal gula dan lemak dalam darah dan bantu masalah buah pinggang.

12.Walaupun kebanyakan buah-buahan kering lebih tinggi khasiat antioksidan berbanding buah segar, kandungan potassium dalam buah-buahan kering juga tinggi. Contohnya, kandungan potassium dalam buah aprikot kering adalah yang tertinggi, diikuti dengan peach, kismis, plum atau prunes dan kurma.

13.Kandungan potassium bagus untuk pesakit darah tinggi tapi tidak sesuai untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang.

HIJABISTA: Bagi mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan, anda boleh mengamalkan pengambilan buah tin. Ia dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan kerana buah tin mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh manusia. 

Sumber kredit: Dr Suri Roowi Dr Suri Roowi Top image: Photo by Mushtaq Hussain from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI