Bagaimana untuk kekal positif di pagi hari? Pasti ramai yang sudah mula masuk ke pejabat untuk melakukan tugasan. Tetapi, bila dah lama di rumah, rasa malas dan tidak bersemangat akan menghantui kita, kan?  Nak tempuh kesesakan jalan raya pun menjadi pendorong untuk sukar berasa positif di pagi hari!

Sumber gambar: Anna

Usah bersedih! Kami kongsikan kepada kamu semua cara-cara untuk positifkan diri ketika melakukan kerja di pejabat!

Sumber gambar: Adweek

  1. Ketahui mengapa anda bekerja.

Untuk memastikan kita sedar tentang kepentingan berkerja itu, selalulah hadirkan soalan seperti ‘Adakah anda bekerja untuk hidup atau anda hidup untuk bekerja? Apa yang membuat anda bekerja? Apa akan jadi jika anda tiada pekerjaan? Anda harus ingat mengapa kerja anda penting, terutamanya apabila ia sudah membosankan atau menjadi sukar. Salah satu cara untuk sentiasa bersemangat adalah dengan melakukan tugasan lain yang luar dari skop anda untuk menaikkan semula keterujaan di tempat kerja!

2. Jangan pernah membandingkan diri dengan orang lain.

IKLAN

Setiap orang mempunyai corak dan bentuk karier yang berbeza. Jadi, janganlah terlalu mudah berasa rendah diri dan membuat perbandingan ‘kosong’ menyebabkan anda hanya membuang masa dan merasa negatif. Anda hanya boleh mengawal pemikiran dan nasib anda, bukannya ambil tahu tentang orang lain.

Sumber gambar: Dreamstime

IKLAN

3. Jangan terlalu serius dan relaks sebentar!

Mungkin ada diantara anda yang terlalu serius apabila bekerja. Sebenarnya, ia adalah sifat yang bagus apabila mengambil serius erhadap tugasan anda. Tetapi, ada bagusnya jika anda tidak terlalu serius sepanjang masa! Ambil dan hembus nafas, dan relakskan fikiran anda. Ia membantu untuk mengurangkan kemurungan dan mengingatkan anda bahawa anda mempunyai kehidupan di luar kerja.

4. Mengetepikan beberapa minit untuk mengadu domba tetapi lakukan pekerjaan secara ringkas.

IKLAN

Usah amalkan sifat mengadu domba kerana ia adalah sifat yang negatif dan parasit! Jika anda tidak berpuas hati terhadap ekrja ataupun rakan kerja anda, apa kata ubah cara penyelesaian dengan melakukan perbincangan yang lebih mendalam. Duduk dan mengeluh hanya membuang masa! Ini sebenarnya boleh menjadi cara yang berguna untuk meletakkan masalah anda dalam perspektif, tetapi hanya jika anda tidak keterlaluan. Simpan kisah sedih, katakan apa yang ada di fikiran anda dan mulakan pemikiran yang lebih produktif.

5. Senyum lebih kerap.

Senyumlah selalu! Kajian telah membuktikan bahawa dengan senyuman, ia boleh membebaskan bahan kimia di otak yang membuat anda bahagia. Walau bagaimanapun, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk menikmati sebanyak mungkin kerja anda. Luangkan sedikit masa untuk berbincang dengan rakan sekerja yang anda suka menerusi ‘video call’, menonton beberapa video lucu semasa makan tengah hari dan dengar muzik yang membuat anda gembira. Pemikiran positif membawa kepada pemikiran positif, dan bukan sebaliknya.

 

https://www.youtube.com/watch?v=10bv8TQ_mq4&t=26s

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI