Masalah bau badan merupakan antara topik yang cukup sensitif. Mungkin anda sedang menghadapinya atau mungkin orang-orang terdekat anda mengalaminya. Bau badan yang kuat akan menyebabkan seseorang itu berasa kurang selesa begitu juga orang di sekeling individu itu.
Hendak ditegur, takut kecil hati tetapi jika tidak ditegur sudah tentulah ia akan meninggalkan persepsi negatif pada mereka yang mengalami masalah bau badan. Sebenarnya masalah bau badan perlu ‘dirawat’ dan tidak boleh dibiarkan ‘berlalu’ begitu sahaja. Hal ini kerana ia melibatkan personaliti diri seseorang individu.
Seorang pengguna twitter yang menggunakan nama akaun @reenarazak berkongsi info penggunaan produk untuk mereka yang mempunyai masalah bau badan teruk. Paling pennting, produk-produk ini boleh dibeli di drugstore dan harganya pun berpatutan.
HIJABISTA: Masalah bau badan juga melibatkan soal kebersihan. Jika anda mendapati anda seorang yang cepat atau mudah berpeluh, pilih pakaian daripada fabrik yang selesa dan tidak tebal. Pastikan mandi dengan kerap apabila berpeluh dengan banyak. Ia bagi memastikan tubuh tidak ‘mengeluarkan’ bau yang kurang menyenangkan.
Sumber kredit: Twitter @reenarazak