Sumber gambar: pexels.com

Masalah bau badan merupakan antara topik yang cukup sensitif. Mungkin anda sedang menghadapinya atau mungkin orang-orang terdekat anda mengalaminya. Bau badan yang kuat akan menyebabkan seseorang itu berasa kurang selesa begitu juga orang di sekeling individu itu.

Hendak ditegur, takut kecil hati tetapi jika tidak ditegur sudah tentulah ia akan meninggalkan persepsi negatif pada mereka yang mengalami masalah bau badan. Sebenarnya masalah bau badan perlu ‘dirawat’ dan tidak boleh dibiarkan ‘berlalu’ begitu sahaja. Hal ini kerana ia melibatkan personaliti diri seseorang individu.

Seorang pengguna twitter yang menggunakan nama akaun @reenarazak berkongsi info penggunaan produk untuk mereka yang mempunyai masalah bau badan teruk. Paling pennting, produk-produk ini boleh dibeli di drugstore dan harganya pun berpatutan.

Untuk yang ada masalah bau badan

Sesuai untuk hijabi atahu niqabi yang tak mahu wangi dan elak fitnah. Boleh juga hilangkan bau kaki.

Perkongsian dari netizen lain yang telah gunakannya. Sudah lama mereka menggunakannya dan cadangkan untuk mereka yang mempunyai bau badan yang kuat untuk mencubanya.

 

IKLAN

Guna sejak sekolah dan telah kenalkan pada teman-teman lain.

Rokemen 100 peratus kerana tahan lama, selesa dan memberi kesegaran berpanjangan.

Dah guna setahun lalu. Ada juga satu family yang gunakan jenama ini sebab ‘abah’ akan beli berbotol-botol.

Sangat sesuai untuk kulit sensitif. Sesuai juga pakai di kaki. Digalakkan pakai selepas mandi.

Untuk yang nak berjogging juga digalakkan membawanya.

Ada juga netizen lain turun berkongsi pengalaman menggunakan jenama lain. Dibeli dari ‘drugstore’ berhampiran.

Ini pun ok.

Satu lagi jenama lain yang telah digunakan sejak sekolah menengah lagi dan tahan lama.

HIJABISTA: Masalah bau badan juga melibatkan soal kebersihan. Jika anda mendapati anda seorang yang cepat atau mudah berpeluh, pilih pakaian daripada fabrik yang selesa dan tidak tebal. Pastikan mandi dengan kerap apabila berpeluh dengan banyak. Ia bagi memastikan tubuh tidak ‘mengeluarkan’ bau yang kurang menyenangkan. 

Sumber kredit: Twitter @reenarazak