Jika anda peminat setia dunia blog, anda pasti kenal dengan blogger berhijab ini iaitu Cik Epal. Mempunyai pengikutnya yang tersendiri kerana gaya penulisan yang menarik dan santai, Cik Epal yang juga seorang ahli perniagaan ini sering berkongsi rutin kehidupannya bersama keluarga di laman instagramnya.
Beberapa hari yang lalu, cinta hati @jofliam dan ibu tersayang kepada Han ini telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel. Tahniah sis!
Ribuan komen dan ucapan tahniah daripada pengikut Cik Epal membanjiri laman sosialnya.
Ads
Tahniah Cik Epal dan keluarga. Pastinya kehadiran bayi ini akan melengkapi dan menyerikan lagi kehidupan Cik Epal seisi keluarga. Moga terus sihat selalu ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti ini dikenali seorang yang sangat aktif dan gemar melakukan aktiviti lasak. Malah dalam temubual sebelum ini Uyaina Arshad memberitahu amat menggemari sukan kick boxing dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan. Namun siapa sangka, personaliti popular ini telah disahkan menghidap sakit jantung.
Terpanggil untuk mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi, Hijabista menghubungi salah seorang teman baik Uyaina, Syifa Melvin yang juga terkejut apabila mendapat tahu berita berkenaan.
Menurut Syifa, Uyaina mengetahui dia menghidap sakit jantung pada bulan lepas setelah ditahan di wad selama beberapa hari. Sebelum itu memang dia dan teman-teman lain perasan perubahan pada diri Uyaina.
“Kami memang perasan yang dia semakin kurus, nampak tak sihat dan mukanya juga pucat. Jadi sangat terkejut bila dapat panggilan telefon mengatakan dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh pengsan sebanyak dua kali di rumahnya. Rupanya Uyaina diserang mild attack ketika itu hingga menyebabkannya terpaksa ditahan beberapa hari di wad.
“Sebenarnya sakit jantung yang dialami Uyaina itu sudah ada sejak dia diahirkan lagi. Cuma bila badan dia berada dalam keadaan stress, tak cukup rehat dan kurang makanan menyebabkan jantung dipam terlalu laju
“Dia pun tak tahu ada mengalami masalah jantung ini hinggalah dimasukkan ke hospital bulan lepas. Masa itu Uyaina mengalami pitam, wajah pucat hingga mengalami pengsan,” ceritanya lagi turut memberitahu Uyaina yang dikenali selama ini seorang yang begitu aktif dan menjaga kesihatannya.
“Apa yang Syifa tahu, Uyaina mermang seorang yang begitu menjaga kesihatannya dan ambil makanan suplemen. Tetapi benda nak jadi dan mungkin juga disebabkan dia terlalu penat hingga berlaku kejadian berkenaan.
“Apa yang Syifa katakan pada Uyaina, jangan overwork body sebab kadang-kadang bila terlampau stress, kurang tidak dan tak cukup makan hingga boleh sebabkan tekanan darah lagi rendah dan boleh berlakunya masalah ini,” ujar Syifa ketika dihubungi.
Tambah Syifa lagi, selepas kejadia itu dia mahu sahabatnya itu kurangkan kerja, makan pada waktunya dan teratur supaya kejadian bulan lalu tidak berulang lagi.
“Buat masa sekarang Uyaina kembali bekerja macam biasa. Dia tengah shooting, habiskan penggambaran untuk rancangan Pesona Pengantin dan turut berlakon drama. Ketika sakit tempohari, dia diberikan cuti sakit seminggu.
“Keadaan dia juga sudah kembali normal, makan pun dah banyak untuk elak kejadian berkenaan berulang. Doktor juga ada nasihatkan supaya Uyaina belajar dari kejadian yang menimpa dirinya bulan lalu.
“Uyaina sendiri kena faham badan dia sekarang sudah tidak boleh terima untuk bekerja keras dan tak boleh stress bagi elak kejadian sama berlaku. Emak Uyaina pun ada nasihatkan kami kalau keluar supaya ingatkan dia untuk lebih jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan,” ujar Syifa yang baru bertemu sahabatnya baru-baru ini.
Apabila ditanya reaksi Uyaina ketika mendapat perkhabaran itu, Syifa memberitahu sahabatnya itu menangis dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“Reaksi Uyaina bila dapat tahu dirinya menghidap sakit jantung dia menangis dan memang tak boleh terima. Dia tak percaya bila doktor sahkan dirinya menghidap sakit jantung.
“Bila doktor cakap pasal jantung, dia berharap bukan dirinya sebaliknya orang lain. Dia memang tak boleh percaya dirinya sedang sakit sekarang. Katanya lagi, dia baru 27 tahun dan masih tak percaya kena benda-benda macam ni.
“Tapi kami sebagai sahabat sentiasa beri sokongan dan semangat padanya. Kami beritahu, benda yang jadi ini sebagai beri tanda supaya jangan terlalu stresskan body dan terlalu lebih kerja. Tetapi hakikatnya dia dilahirkan memang dengan masalah itu,” cerita Syifa lagi yang mahu temannya itu sayang pada diri sendiri.
“Sekarang ini Uyaina kena jaga kesihatannya sendiri kerana tidak ada yang lebih layak jaga kecuali dirinya sendiri. Selama ini sepanjang 27 tahun hidup, dia baik-baik sahaja dan sekarang baru tubuh itu nak tunjukan tanda ada masalah begini.
“Alhamdulillah Uyaina semakin positif dan boleh menerima hakikat yang sebenar. Dia masih muda dan kena jaga betul-betul badan kerana nak guna lama. Sebagai kawan, Syifa nasihatkan Uyaina supaya jaga diri, makan dan rehat yang mencukupi,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Setiap orang mempunyai keinginan untuk melaram ala selebriti, lalu pilihan yang menjadi sasaran ramai rakyat Malaysia jenama yang tidak asing lagi dari Rizman Ruzaini.
Dalam pada menjadi pilihan ramai, RR juga terpalit dengan bualan warga maya apabila baju Melayu rekaan cekak musang yang menampilkan penyanyi Hael Husaini sebagai ‘muse’ mencecah harga RM1,499.
Pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini tampil memberi penjelasan mengenai sindiran netizen mengenai harga baju Melayu tersebut. Menurut Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, baju Melayu terbabit berada dalam koleksi premium dan datang dengan harga bersesuaian dengan permintaan peminat.
Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga mahal namun telah habis dijual.
“ Baju Melayu itu telah licin dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu, yang bincang tu pun bukan membeli, tambahnya lagi Rizman Ruzaini ada banyak julat harga dan segmen yang sesuai dengan semua golongan. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal serta premium manakala RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’ dan mampu milik.
“Jadi, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa dan kesesuaian serta ikut kemampuan. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal,” kata Rizman.
Tambah Ruzaini pula, rangkaian premium dan ‘luxe’ ini sangat eksklusif dan tidak dikeluarkan dengan banyak.
“Rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.
“Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah.
“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak golongan, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza” ujar Ruzaini pula.
Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ yang menjadi tagline sepanjang kempen perlancaran koleksi raya Rizman Ruzaini ini benar-benar dizahirkan mereka dengan penganjuran RR Pop Up Booth di beberapa lokasi terpilih.
”Selama ini platform jualan kami lebih tertumpu secara dalam talian. Ini membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin mereka beli.
Justeru, dengan adanya RR Pop Up Booth ini, kami mahu mereka berasa lebih dekat dengan jenama kami. Mereka boleh cuba sendiri, sentuh dan amati secara dekat produk itu sebelum membelinya. Kami sendiri sebagai pemilik jenama ini dapat bersua muka dengan pelanggan yang kami sayangi di samping berkomentar secara terus bersama mereka.”
Tujuan utama RR Pop Up Booth ini diadakan adalah untuk mendekatkan Rizman Ruzaini dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama ini untuk lebih 17 tahun di persada industrI fesyen.
RR Pop Up Booth akan berada di lima lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengacara dann usahawan Neelofa selamat menyambut kelahiran bayi sulongnya pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang. Melalui ciapan di aplikasi Twitter, Neelofa hari “mengumumkan nama cahaya matanya Muhammad Bilal bin Muhammad Haris”
Terdahulu pasangan ini diijabkabulkan pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka. Melalui satu kenyataan yang dihantar, Haris Ismail mengumumkan isterinya selamat bersalin.
“Syukur Alhamdulilah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri sedang berehat dan kami sedang melalui fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan jua doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberi kebaikan kepada agama dan negara,” ujar Haris menerusi satu kenyataan yang dihantar.
Pasangan itu juga memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi sebarang foto anak lelaki mereka buat masa sekarang.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.