Bilik Khas Untuk Baju, Wanita Ini Kongsi Caranya, Nampak Kemas & Teratur Sangat!

Share

Salah satu masalah yang sering kita alami ialah menguruskan soal penyusunan pakaian. Kadang-kadang almari sudah tidak mampu lagi untuk menampung muatan pakaian di dalam almari namun kita masih lagi menyumbat pakaian sehingga almari hampir roboh.

Sebenarnya ada cara untuk menyusun pakaian agar nampak kemas dan terurus. Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Atam Ayu.

Bilik baju.. bilik khas.. 1 bilik di belakang sekali dijadikan bilik baju.

Tiada almari baju di bilik lain..

Nak mandi, pergi ambik baju bawak masuk bilik dan tukar salin dalam bilik masing-masing.

Anak-anak masih kecil, kakak yang berumur 6 tahun selalu jadi ketua ambikkan baju adik-adik sesiap.

 

Setakat ni memang tak membebankan ..anak-anak sangat behave dan tak selerakkan atau sepahkan.

 

 

Bilik baju dah buat dari tahun 2016-2020 masih kekal sama..

 

 

Habuk? Ada tapi nipis sebab saya amalkan deep cleaning 1 kali seminggu.

 

 

Lap habuk,sapu,vacuum dan mop.

 

 

 

 

 

 

Ni bilik terapi saya,saya suka betapa dalam ni..lepas siap sembur pewangi pakaian..biarkan..tiap kali masuk, bau wangi…seronok sangat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak pernah rasa stress uruskan pakaian..

Apabila pakaian semuanya kemas begini tentulah rumah kelihatan kemas dan rapi. Tiadalah semak mata memandang.

Sumber kredit: Atam Ayu

IKLAN