Alamak! Dah jam 2 petang! Pasti ramai yang mula rasa lemau, badan terasa lesu dan mengantuk! Maklumlah, bila perut dah kenyang kan, kepala pun mulalah minta bantal… Jangan dibiarkan tau! Nanti ia akan menjejaskan produktiviti anda di pejabat. 

Bila Lepas ‘Lunch’ Je, Mata Mula Kuyu Dan Mengantuk! Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kembali Segar Dan Bertenaga!
Sumber gambar: Monstera_production

Apa kata anda cuba lakukan 5 cara mudah ini untuk meningkatkan produktiviti anda ketika di pejabat? Tak susah pun sis! Senang sangat!

Pilih Pakaian Berwarna Terang

Bila Lepas ‘Lunch’ Je, Mata Mula Kuyu Dan Mengantuk! Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kembali Segar Dan Bertenaga!
Sumber gambar: Hijab Fashion Inspiration

Ha! Percaya ataupun tidak, pemilihan baju berwarna terang memainkan peranan untuk menaikkan ‘mood’ anda! Sekiranya anda memakai warna yang terang, tenaga yang dibawa oleh warna pakaian boleh diserap oleh anda. Jadi, anda boleh sarungkan pakaian berwarna terang seperti merah, fuchsia dan biru terang!

Dedahkan Diri Kepada Cahaya

Bila Lepas ‘Lunch’ Je, Mata Mula Kuyu Dan Mengantuk! Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kembali Segar Dan Bertenaga!

IKLAN

Cahaya matahari juga memberikan kesegaran kepada tubuh badan dan membuatkan badan berasa lebih selesa dan tenteram. Tapi jangan terlalu lama. Ambil masa lima minit untuk keluar dan dedahkan diri anda kepada cahaya matahari. Jika tidak mahu keluar, anda juga boleh berdiri dan berjalan di bawah  lampu di pejabat anda. Lebih berkesan sekiranya sekali sekala anda melihat lampu tersebut.

Baca juga: Berbadan Gemuk Tapi Stail Fesyen Masih ‘On-Point’, Ini 5 Tip Fesyen Untuk Anda Yang Bersaiz Besar!

Kunyah Gula-gula Getah

Bila Lepas ‘Lunch’ Je, Mata Mula Kuyu Dan Mengantuk! Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kembali Segar Dan Bertenaga!
Sumber gambar: Kaboompics

Bukan hanya untuk memberi kesegaran kepada bau mulut anda, malah rasa dan bau pudina merangsang saraf trigeminal yang disambungkan kepada bahagian otak yang mendorong anda untuk berjaga. Mengunyah gula-gula getah boleh menghalang anda daripada merasa mengantuk. Sambil tu juga, anda boleh membuat senaman mulut yang menjadikan rahang anda lebih tajam dan tirus!

IKLAN

Hidu Bau-bauan Menyegarkan

Bila Lepas ‘Lunch’ Je, Mata Mula Kuyu Dan Mengantuk! Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kembali Segar Dan Bertenaga!

Anda juga disarankan untuk menghiasi meja anda dengan haruman yang menyegarkan. Bukan apa, semburan wangian atau losen yang mempunyai aroma dapat memberikan kesegaran dan anda akan merasa segar setelah menghidunya. Bau-bauan sitrus, pudina dan lilin beraroma jasmin mampu memberikan anda kecerdasan otak dan kecergasan fizikal. Elakkan bau-bauan seperti lavender kerana ia boleh membuatkan anda merasa mengantuk.

IKLAN

Flirting

Bila Lepas ‘Lunch’ Je, Mata Mula Kuyu Dan Mengantuk! Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kembali Segar Dan Bertenaga!
Sumber gambar: Jack

Eh? Ternakal pula! Tak mengapa asalkan ia dapat memberikan anda rasa yang lebih bersemangat apabila di pejabat! Apa kata anda cuba mengacau atau mengurat si jejaka tampan yang selalu anda lihat di pejabat. Menurut kajian, aktiviti ‘nakal’ ini menggalakkan jantung mengepam darah seterusnya merangsang pengaliran darah yang memberikan anda tenaga secara semula jadi. Tapi, jangan melebih-lebih ya! 

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Bila Lepas ‘Lunch’ Je, Mata Mula Kuyu Dan Mengantuk! Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kembali Segar Dan Bertenaga!