Semakin langsing dan ramping! Itu kata-kata yang boleh menggambarkan penampilan terkini ibu kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri ini. Bonda Rozita atau nama penuhnya Rozita Ibrahim kini kelihatan semakin cantik dan awet muda.
Bonda Rozita sering berkongsi kata-kata motivasi khususnya sebagai usahawan di Instagram miliknya.
Bonda Rozita pernah memuat naik satu hantaran di mana dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas dan menjelaskan usia bukan halangan untuk seorang wanita mengekalkan kesihatan dan kecantikan.
“Baju raya 20 tahun lepas, tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan dan kecantikan semakin merudum. Bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …
Ads
“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolesterol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver. Saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya.
Bagi anda yang familiar dengan drama bergenre perubatan di Netflix iaitu Hospital Playlist, anda pasti tahu mengenai sandwich telur yang dimakan oleh seorang kanak-kanak dalam drama itu. Ah, sungguh menyelerakan!
Jika anda terliur melihatnya, anda boleh menghasilkan sendiri sandwich ini di rumah sama sebijik seperti yang dinikmati dalam drama popular tersebut. Jom kita lihat resepi yang dikongsi oleh gadis ini iaitu Nur Elyani Falihah.
Resepi Sandwich Egg Drop! Haaa, lihat saja cara-caranya sis. Tak susah pun!
Bahan-bahan yang diperlukan:
telur
Keju Amerika
sudu besar susu
sudu besar gula
sudu kecil garam
Mentega
Kepingan pasli kering
Di hujung Syawal ini menyaksikan beberapa selebriti selamat menimang cahaya mata masing-masing. Selepas jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri, Adam Corrie dan semalam pula Norman Hakim, selamat menerima kehadiran anak ketiga mereka. Menyedari isterinya sudah mengalami Mild Contstruction, berbekalkan pengalaman lalu dia cepat-cepat membawanya ke hospital dan proses bersalin dipermudahkan. Jika tidak, pasti Norman akan mengulangi kejadian 13 tahun lalu apabila anak keduanya, Marissa Dania Hakim yang telah dilahirkan dalam kereta.
Menurut Norman, sebelum itu mereka berdua memang merancang untuk pergi beraya. Tetapi oleh kerana pagi itu Memey memberitahu dia mengalami Mild Contruction, Norman terus membatalkan hasrat mereka dan membawa isterinya ke hospital.
Dan ramalannya memang benar kerana Memey sudah mengalami bukaan 5 cm sebelum terus ditahan untuk proses kelahiran anak keenamnya itu.
Kali ini mereka berdua cukup teruja kerana mendapat cahaya mata perempuan setelah sebelum itu mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan dengan Memey.
Dalam status di muat turut di instagramnya, Norman melahirkan kesyukuran atas kelahiran anak perempuan mereka tengah hari semalam.
Kegembiraan pasangan ini juga menjadi berganda apabila dalam masa sama, Norman juga teruja menyambut kepulangan anak sulungnya, Danish Hakim dari Turki.
Norman turut melahirkan kesyukuran kepada Allah yang menggantikan perasaan resah sebulan sebelum itu dengan rasa syukur dan lega.
Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak perempuannya ini. Mereka turut mendoakan bayi ini menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya.
@murahnoorhitah Tahniah…Alhamdulilah…ank sulong selamat kembali dan menyusul pula kehadiran baby baru…indahnya suasana….kemeriahan d hujung Aidilfitri menyambut kehadiran org baru…
@sitijamry Tuan @normanhakim_786 tahniah di atas cahayamata baru. Sy dan suami doakan semoga mendapat barakah dalam setiap perihal amanah baru dari Allah swt. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah.
Baru-baru ini telah viral mengenai kehebatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Iris Khairi yang pandai menyolek seperti seorang jurusolek professional.
Ramai yang kagum dengan bakatnya kerana tak ramai yang mampu melakukannya walaupun mereka lebih berusia daripada adik Iris. Sis yang umur 20-an ni pun masih terkial-kial tau nak guna eyeshadow. Eh!
Walaupun ramai yang memuji kehandalan adik Iris menggunakan mekap, namun tak kurang yang mengecam mengatakan dirinya terlalu muda untuk terlibat dengan dunia solekan. Hmm, macam itu pulak ya.
Bismillahhirrahmanirrahheem… “Cerita adek iris”
Tiba² rasa trbuka hati untuk cerita kesah adek iris yg sudah jadi tumpuan ramai … Ok.. … Adek iris skrg umur 11 tahun darjah 5.. … Asal dari perlis menetap di penang. …seorg budak kmpung, dari keluarga biasa2!! cukup2 mkn org kata… (Alhamdulillah)
Mcmna boleh pandai makeup!! … Belajar kt u tube, ig, kadang2 fb .. Ibu bukan mua!!!
…. Sejak bila pandai makeup?.. … Minat dari kecil² lagi 8 tahun tapi ibu x galakan … 10 tahun start merungut, merap ibu suruh tolong beli kan barang2 cosmetic .. 10 tahun dah mula pandai guna barang makeup .sampai skrg dah 11 tahun.. Boleh la makeup cara budak2 ?
Ibu mula up video kt fb.. .. Suka².. … Ada kakak² auntie mula nampak bakat adek iris.. … Mula start review produk, ada yg bagi gift, ada yg upah (kita x kesah) ?dari pada dia duk makeup main² saja kan…
Skrg dah jadi viral dekat media sosial… Sudah semestinya ada yg suka dan x suka ?
… Kakak waktu ni main itu main ini dek!!!
Saya pun main kak petang² masih kayuh bicycle, main masak²,, main dengan kawan² mcm budak lain juga… Cuma buat masa skrg xda masa nk main ?… .. Pagi sk rendah balik 2.30 .. Kul 3.00 p kafa n sambung tuisyen sampai kul 6.45 .. Lepas tu p mengaji Kakak² rasa saya ada masa main x!!!! … Mlm buat homework
… Belum usia kau dek jangan ngada²… Ni. Mesti ibu dia yg galakan!!!
.. Memang betul belum usia sebab budak lagi kan faham ? … Tapi dia trlalu minat makeup Sampai tahap masuk bilik kunci pintu … makeup diam² tanpa pengetahuan ibu Tiap2 kali makeup kena marah dengan abah ? … N pada 1 hari… Abah rampas semua barang makeup dia simpan , xnk dia main makeup² … nk dia tumpu kepada pelajaran ?… (Banyak kali)
“Ibu…. ? Kakak stress laa.. Kakak x tau nk main apa (ibu x galak dia main kt luar) nk main doll, kakak dah besar la ibu!!! Ya laa.. Mcm² berita zaman skrg.. Rogol sana sini, kes culik laa… Dari dia merayau kt luar… lebih baik dia main makeup kt dlm rumah… Depan mata kita… .. Main phon pun kami had masa untuk dia main
Ibu mula izin kann.. Dengan syarat!!! … Homework siap … Solat jangan tinggal … Dengar nasehat ibu abah … Lepas makeup terus cuci muka bersih2 (double cleansing) … Tolong ibu buat kerja rumah dahulu (kadang² tolong kadang² x ?) … Izin makeup hari² minggu atau hari² cuti sahaja
.. Kalau anak saya usia mcmni.. Ajar masak nasi, cuci baju, basuh pinggan, lipat baju bla bla bla!!! .. Basuh Baju ibu x ajar… sebab dah ada mising basuh.. Kecuali kasut sk suruh dia basuh n buh kapur sendiri… .. Gosak baju sendiri .. Basuh pinggan sendiri … Sidai kain , lipat baju boleh.. x ajar pun.. Cuma suruh dia buat kadang2 .. Ngasuh ad,ek², .. goreng telur, masak meggi selalu buat (n dia memang minat nk belajar masak tapi ibu xda masa nk ajar ckit² boleh laa)
… Asyik makeup, buat video mesti rumah bersepah!!! … Bukan 24 jam kak makeup buat video!!! ?video pun ibu yg tolong edit n sebelum buat dia minta izin dulu..
Masa main hz.. .. Kita had kan masa!!!
.. Aduhai anak syukurlah kau bukan anak aku.. Kalau anak aku begini patah mematah hanger di badan mu!!!! .. X sayang ank ke!! Sampai nk tibai2.. Tanya je!! .. N syukur juga sebab adek iris lahir jadi ank saya (alhamdulillah) bukan anak awak!!! .. Skg boleh buat income sendiri untuk masa depan .. Banyak nk ikat contract sampai sanggup nk bagi 2k untuk 1 produk (alhamdulillah) … Wartawan nk interview … Dah masuk tv3 … Blog² sudi share sana sini… kesah budak kmpung mcm ank saya ni … Ada syarikat panggil untuk shooting (alhamdulillah)
… X sayang kulit muka ka!!! … Sayang kak.. Tapi nk buat mcmna dah dia trlalu minat … Selepas makeup saya akan pastikan dia cuci muka betul2 (lepas bik gambr terus cuci) … Tq sudi nasehat in shaa allah kita doa yg baik2 ☺
… Nk praktis guna model dikk!!! .. Ya memang nk.. Tapi nk ke model jadi kan muka deorg untuk budak 11 tahun praktis … Bukan siang selalu makeup.. Mlm … ada ke yg sudi datang jadi model mlm2 kalau ada yg sudi datang laa ?
… makeup x lawa mana pun!! Sk tu prbetul dulu sayang..!!!
… Ya memang adek iris x berapa cerdik n pandai sangt mcm ank²/akak²… tapi boleh laa… .. Pernah dapat tempat pertama dlm kelas masa darjah 4 (kelas kedua) … Pernah jadi ketua kelas … Skrg jadi pengawas sk … Aktif aktivity kt sk… Coral speaking tiap2 tahun, lawan nsyid n menang (alhamdulillah) … Aktif sukan (muka memang sunburn teruk) xda putih melepak mcm dlm gambr ?
….entah pergi sk pun pakai makeup!!!! Usahlah dpikirkn nk cantik, aku tengok muka dia pun x sepadan umur… Tapi bagi aku lah budak yg kt sabah tu lagi ada talet!!!!
… Pergi sk x makeup kak, bedak habuk pun jarang pakai… … Keluar rumah p jalan2 sekadar bedak habuk n lipstik ja … Makeup tebal² semua tu untuk review produk kak … Jangan bandingkan saya dengan org lain… Saya baru 11 tahun belajar pun kt u tube ja?
… Jumpa org kenal kt luar!!!! … Hmm… Dah viral ko skrg!!! Bila nk masuk tv??? Tv berapa??? Tv 8!!!! Senyum sindir ?…. Mkcik dia budak mkcik… Kalau masuk tv 8 pun x kesah mkcik!!! Tv juga kan… Tapi alhamdulillah dah dapat masuk tv 3 borak kopitiam… Walaupun hanya gambr (alhamdulillah)
… Ya la mkcik xpa…. Semoga ank2 mkcik berjaya… Dunia akhirat… Mkcik pun ada ank perempuan kan… Jaga mereka elok2 ya… … Saya x pandai nk didik anak untuk jadi anak yg sempurna mcm mkcik… Tapi in shaa allah saya akan usha semoga dia jadi anak yg solehah brjaya dunia akhirat amin… ….
…. Org skrg pentingkan glamour/viral dari pelalajaran!!!!
… X minta pun untuk di viral kan sekadar hobbie ja kak… hilang kan stress ? …. Tapi dah viral nk buat mcmna kan (alhamdulillah) rzki masuk x henti² … Founder² produk ramai msj bagi tawaran (alhamdulillah)
… Down sangt saya sebagai ibu bila baca comments… Salah ka saya????!!!! ??? Sebab sokong apa yg adek iris minat… ???
Ni cuma sedikit saja comments² yg saya jawab… X mampu nk jawab msj² kakak² semua satu².. Jadi saya jawab kt cni ya… Secara ringkas.. Saya sebagai seorg ibu mesti la sedih kan bila jadi mcmni?
…. T. Kasih yg sudi support adek iris… X jemu² doa untuk nya… …. T. Kasih untuk nasehat… In shaa allah semoga semua baik² saja … T. Kasih untuk kawan2 yg hantar msj x henti²… Bagi semangt untuk saya kuat jangan down.. .. … Nasib baik la budak iris x minat sangt dengan fb.. Kadang² ja tengok… tu pun ibu yg tunjuk kan… N ibu la yg cerita kt dia ckit2… Apa org cakap pasal dia tu pun yg baik2 saja…
… Sebelum live pun ibu yg uruskan semua… Xpa kakak ibu doa kan kakak brjaya dunia akhirat… X kesah lah org nk kata apa ???
Yg baik kita brsyukur Yg kecam jadi kan nasehat n kuat kan semangat… Move on ok… ✌✌✌
Bersyukur ada anak mcm kakak iris… Bila ibu demam kakak laa yg jaga ibu n adek² sampai sanggup nk minta cuti.. Xnk pergi sk sebab nk jaga ibu kt rumah ??? Padahal kakak lah yg paling teruk kena marah dengan ubu abah.. Walau pun kakak x salah ???
By ibu iris.. Yg x pandai didik anak ??? T. Kasih sudi baca sampai habis.. Walau pun panjang lebar….. ???
Bakat yang ada pada adik Iris ini sememangnya sangat rugi jika disia-siakan. Jika digilap, pasti bakatnya ini boleh bawanya ke peringkat yang lebih jauh. Apa salahnya kalau minat kita ini boleh mendatangkan kejayaan yang besarkan?
Kita sepatutnya menyokong dan bukanlah melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya. Buat adik Iris, Hijabista doakan agar adik terus maju dan terus sukses dalam bidang yang adik ceburi!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.