Bau kaki yang kuat tentunya membuatkan seseorang itu berasa rendah diri. Bukan itu sahaja, orang sekeliling pun rasa tidak selesa dengan bau yang menyengat itu. Jika masalah ini lama-lama dibiarkan tentunya masalah ini akan menyebabkan anda kehilangan rakan-rakan.

Mana tidaknya, siapa yang mampu menahan bau yang kuat sehingga mengganggu tumpuan. Lebih buruk lagi jika berada di ruang atau bilik yang tertutup, tentu lagi teruk keadaannya.

Photo by Ingo Joseph from Pexels

Kalau anda ada masalah kaki berbau, boleh cuba tip di bawah ini. Sekurang-kurangnya bagi anda yang mengalami masalah bau kaki, ada usaha untuk mengatasi masalah yang dialami.

Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.

Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

IKLAN
Photo by Buenosia Carol from Pexels

Pakai Stokin Sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.

Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

Photo by Dids from Pexels

Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh.

IKLAN

Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.

Photo by Pexels

Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.

Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi (baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.

IKLAN
Photo by Susanne Jutzeler from Pexels

Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.

HIJABISTA: Kunci utama bagi mengelakkan masalah bau kaki ialah dengan menjaga kebersihan. 

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Top image: Photo by Min An from Pexels  & Photo by Apostolos Vamvouras from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI