Satu perubahan besar yang begitu menginsafkan demi mencari redha Ilahi.
Sungguh indah perjalanan rohani ibu kepada dua cahaya mata ini yang memilih untuk kekal berniqab sejak pulang menunaikan ibadah umrah pada Februari tahun lalu.
Perubahan Tuai Perhatian
Bertuahnya Shukri Yahaya dikurniakan seorang isteri yang menjaga aurat dengan sempurna.
Penampilan terbaharu Tya menjadi bualan serta perhatian ramai khususnya di kalangan para peminat dan pengikut di Instagram.
Memetik perkongsian Shukri Yahaya dalam satu temu bual, isterinya itu mula tampil dengan imej tersebut sejak pulang menunaikan ibadah umrah pada Februari 2024.
Shukri memberitahu perubahan isterinya itu sebenarnya sudah lama berlaku secara perlahan-lahan iaitu sejak jarang berkongsi di akaun media sosialnya.
Ads
Menurutnya lagi, pertama kali Tya tampil berniqab secara terbuka ketika mereka menghadiri sebuah acara bersama.
Shukri yang popular dengan drama ‘7 Hari Mencintaiku’ meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perubahan isteri tercintanya itu.
Sebagai suami pastinya Shukri menyokong penuh perubahan positif itu dan berdoa agar Tya kekal istiqamah.
Ads
Bertutup Litup Tetap Cantik
Baru-baru ini, Shukri ada memuat naik satu hantaran di Instagramnya ketika dia bersama Tya menghadiri malam premier filem terbaharu ‘Blood Brothers’.
Filem ini menampilkan Shukri Yahaya sebagai salah satu watak utama.
Menjengah ke Instagram peribadi Tya, wanita berusia 34 tahun ini banyak berkongsi hantaran berunsurkan keagamaan sebagai dakwah kecilnya sekaligus memberi manfaat serta peringatan kepada para pengikut termasuk dirinya sendiri.
Sambil mendalami ilmu akhirat, Tya turut aktif mengusahakan bisnes kecilnya Sigadistya yang menjual busana Muslimah seperti tunic, khimar dan tudung.
Jika lihat di laman media sosial hari ini, ia diibaratkan seperti sebuah ruang untuk menyuarakan pendapat serta sebuah platform untuk berkongsi cerita dan momen.
Namun, pengguna laman sosial hari ini, terutamanya mereka yang sering membuat sesi ‘live’ di laman Instagram atau TikTok contohnya, kadang-kala hilang batasan sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat yang mungkin memberi impak negatif kepada yang menonton.
Berbicara isu Sembang Bersulam Carutan, The Hijabista Show menemu bual pelakon juga pengacara popular, Zulin Aziz untuk berkongsi perspektif tentang trend hari ini yang menjadikan carutan sebagai perkara biasa dalam kehidupan harian.
Mengulas lanjut isu tersebut, Zulin menegaskan bahawa personaliti diri seseorang itu dapat dilihat dari percakapan serta apa yang dilontarkan dari mulutnya. Jika jahat kata-katanya, maka jahat jualah dirinya.
Tidak kira siapapun kita, percakapan itu menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Pakaian tidak melambangkan diri kita. Manusia ini kadang-kala apabila sudah bercakap, dia jadi terlupa tentang batasan. Akhirnya, menonjolkan diri mereka yang sebenar.
Tambah Zulin, apabila seseorang itu suka mencarut, barangkali sudah terbiasa bila di rumah dan menjadi rutin harian mereka untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Jadi, apabila di luar rumah, dan tidak mampu mengawal diri, maka ia terus menonjolkan diri mereka yang sebenar.
Mengenai platform media sosial pula, menurut Zulin, netizen mempunyai hak untuk memilih apa yang ingin dilihat juga yang ingin dibaca. Namun, tambahnya lagi, masyarakat hari ini lebih suka memilih yang negatif untuk dijadikan sebagai bahan bualan mereka sehingga kadang-kala menimbukan fitnah.
Sebenarnya, untuk kita kawal mereka yang bergelar ‘infleuncer’ ini untuk tidak mengeluarkan kata-kata negatif amat susah. Namun, netizen harus bijak untuk memilih apa yang ingin dilihat, dibaca dan ditonton di media sosial. Anda boleh pilih siapa yang ingin anda ikuti. Kalau negatif tu, janganlah ikut.
Zulin menasihati agar menjaga diri dan pertuturan yang dilontarkan kala menggunakan media sosial. Tambahan pula, kali ini apa yang kita tunjukkan dan tayangkan boleh direkodkan. Jadi, jagalah diri selalu.
Mengingati Allah dengan memperbanyakkan amalan ibadah melalui doa adalah cara terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Gunakan peluang yang ada untuk terus menimba pahala. Berdoalah kepada Allah tanpa kenal erti berputus asa. Mengadalah kepadaNya dengan sepenuh hati.
Melalui entri di laman facebook, lelaki ini berkongsi doa diakhir Ramadan.
Baca doa ini di akhir Ramadan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar! Doa, senjata mukmin. Doa ibarat air dan oksigen. Yang sangat penting untuk hati kita terus bernafas segar.
Doa, semua orang boleh berdoa. Nak pula di bulan Ramadan ni, lagilah perlu banyakkan doa. Doalah… pasti Allah kabulkan.
Tapi saya nak kongsikan rangkap doa yang lengkap, tapi penuh penghayatan dan jika dibaca dari hati, insha Allah pasti mengalir air mata tanpa sedar.
doa bulan Ramadan, doa Ramadan, doa selepas solat, doa sepuluh akhir bulan Ramadan, doa lailatulqadar, doa amalan di bulan Ramadan.
Bacalah dari hatimu untuk Tuhanmu… dengan penuh sifat kehambaan…
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.
Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.
Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku. Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.
Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu’ dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.
Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.
Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid’ah (besar / kecil).
Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.
Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.
Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.
Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.
Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.
Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.
Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.
Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.
Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.
Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.
Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.
Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.
Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.
Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.
Ya Allah Ya Rahman,
Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.
Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.
Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat. Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka. Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.
Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.
Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.
Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.
Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.
Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.
Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.
Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.
Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.
Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.
Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama. Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar. Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instan begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.