Ads

Bersenam Di Rumah Hilang Motivasi Diri? Ikut Pelan Terbaik Ini Untuk Jadual Senaman Yang Berkualiti!

Dalam dunia sukan dan senaman, kadangkala kita akan rasa terlalu bermotivasi untuk mencapai tahap kesihatan, kecergasan dan tubuh badan yang ideal, adakalanya kita akan rasa hampir berputus asa sehingga membantutkan resolusi kesihatan dan kecergasan.

Tambahan pula PKP 3.0 akan disambung, lagi lamalah kita akan berada di rumah dan melakukan kerja serta senaman di rumah. Usah risau, team Hijabista kongsikan kepada anda beberapa info penting untuk kekal motivasi dalam bersenam. 

Bersenam Di Rumah Hilang Motivasi Diri? Ikut Pelan Terbaik Ini Untuk Jadual Senaman Yang Berkualiti!
Sumber gambar: My Fitness Pal

RANCANG LATIHAN 

Sekiranya anda mempunyai program latihan yang terancang, anda mudah untuk menyediakan diri dalam apa jua situasi, sekiranya anda sibuk pada hari berikutnya. Mungkin anda boleh mengaturnya dengan hari dan masa yang berlainan. Perancangan adalah penting untuk mencapai sasaran. Ianya ibarat menembak dengan sasaran yang berpusat. Bukan sahaja merancang program latihan, malah anda dinasihatkan untuk mencatatkan pencapaian anda dari masa ke masa. 

Ads

BANGUN AWAL PAGI 

Anda juga dinasihatkan untuk bangun awal pagi untuk bersenam. Hal ini kerana sekiranya anda sangat sibuk pada hujung minggu, lakukan senaman pada awal pagi supaya tidak akan mengganggu jadual atau rancangan anda yang lain kerana tidak ada pusat beli-belah atau kawan-kawan anda yang akan bangun awal pagi pada hujung minggu. 

CARI RAKAN SENAMAN 

Ads

Anda juga perlu mencari rakan untuk senaman. Rakan senaman perlulah mem- punyai impian kesihatan dan kecergasan yang hampir sama dengan anda. Rakan senaman juga akan dapat membantu anda dalam senaman dan memotivasikan anda. 

Bersenam Di Rumah Hilang Motivasi Diri? Ikut Pelan Terbaik Ini Untuk Jadual Senaman Yang Berkualiti!
Sumber gambar: 60 seconds mag

MEMPELBAGAIKAN JENIS SENAMAN 

Ads

Lakukan senaman walau dimana jua anda berada tidak kira di rumah, pejabat, atau ketika bercuti ke luar negara. Pelbagaikan senaman anda dengan alatan yang tersedia ada di sekeliling anda sama ada botol air, bag pakaian, buku tebal dan sebagainya. Jadikan diri anda seroang yang kreatif untuk mencipta senaman yang baru dan mencabar tapi ingat, senaman perlulah selamat dan bebas dari risiko keceeraan. 

BELANJA DIRI ANDA 

Apa salahnya untuk hargai dan manjakan diri anda. Belanja diri anda sepotong pizza atau ayam goreng bersalut keju pada setiap hujung minggu kerana anda telah berjaya mencapai berat yang ideal pada setiap minggu. Hal ini untuk memotivasikan anda. Bukan sahaja dengan makanan, anda boleh menghadiahkan diri anda dengan percutian pada setiap 3 bulan atau setiap tahun atau beli pakaian sukan yang baru apabila setiap kali anda mencapai berat badan yang ideal. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Idola K-Pop, Tiffany Young Dedah Rahsia Kulit Cantik Flawless. Hijabi Pun...

Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.