Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis senaman direka bagi meningkatkan prestasi kesihatan dan kecergasan. Tetapi senaman apakah yang terbaik untuk mereka yang mengalami masalah kegemukan atau obesiti?

Ramai yang buntu untuk memulakan langkah senaman mereka. Sama ada mereka malu ataupun kurang fasih mengenai bentuk senaman yang ingin dilakukan, semuanya menjadi persoalan saat ingin memulakan langkah pertama. Berkaitan isu kali ini, kita akan membicarakan tentang kelebihan kedua-dua jenis senaman iaitu berlari dan juga berjalan. Ada yang suka dengan aktiviti berlari kerana ia merasakan puas apabila mampu berlari laju sebanyak 10 km. Namun, ada juga yang merasakan senaman berjalan itu cukuo memadai untuk menguruskan berat badan. Namun, yang mana satu lebih berkesan?

Sebelum kita mendalami isu ini, saya terangkan sedikit definisi obesiti. Obesiti adalah gejala yang mana seseorang itu mengalami masalah pengumpulan lemak ditubuh badan dan dengan pengiraan  Indek Jisim Badan (BMI) mempunyai skor 29.99 keatas.  

IKLAN

Sumber gambar: The Irish Times

Pada kebiasaannya, sebelum doktor merawat anda, mereka akan menguji dan memeriksa dahulu diri anda dengan beberapa alat bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang penyakit anda. Barulah doktor akan merumuskan sama ada untuk memberi ubat, melakukan pembedahan dan sebagainya. Dalam senaman, anda juga perlu tahu masalah kecergasan anda sebelum anda melakukan tindakan lanjut. Cuba kira Indek Jisim Badan anda bagi mengetahui skor anda.

Bagi mereka yang mengalami obesiti, hanya senaman yang tertentu sahaja boleh dilakukan oleh mereka. Ini bagi mengelakkan kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Mereka yang obesiti, tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lompatan. Ini bagi mengelakkan kesan kecederaan pada sendi lutut yang terpaksa menyerap hentakan dari beban yang tinggi. 

IKLAN

Sumber gambar: Runner’s World

IKLAN

Oleh itu, aktiviti berjalan dengan laju sudah memadai untuk mereka yang obesiti. Tekanan nadi perlulah dalam kondisi yang stabil antara 55 peratus hingga 65 peratus dari jumlah tekanan nadi maksimum. Ini adalah julat yang efektif untuk membakar lemak. 

Kajian yang diterbitkan oleh sekumpulan pakar sains sukan di Lawrence Berkeley National Labarotary, yang melibatkan 15000 pejalan kaki dan 10000 pelari, merumuskan bahawa berlari adalah senaman efektif untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. 

Ya benar, berlari adalah senaman efektif untuk mengurangkan berat badan, tetapi berjalan dengan laju adalah senaman yang selamat dari kecederaan bag mereka yang obesiti. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI