Naluri setiap wanita pasti ingin tampil cantik dari top to toe. Salah satu tujuannya adalah untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ketika berhadapan dengan orang terutama bagi yang bekerja.
Selain itu adalah untuk suami sendiri yang perlu dipikat setiap hari agar dirinya tidak memandang wanita lain. Pelbagai cara untuk tampil cantik dan biasanya diketahui melalui rawatan moden.
Tetapi sebenarnya anda juga boleh guna cara alami ataupun mengikut amalan Islam yang juga boleh membuatkan diri seseorang wanita itu cantik.
Cara yang admin nak kongsi ini tak susah pun untuk diamalkan dan hasilnya insya-Allah membantu penampilan anda kelihatan cantik dan cukup sempurna.
*PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK*
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
Ads
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
Ads
5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.
Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal berjaya menyentuh hati dan sanubari penonton yang hadir ke Konsert ‘Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ sewaktu menyampaikan tazkirah pada konsert sambutan tahun baharu 2023.
Pada sesi tazkirah yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Sime Darby itu, Ustaz Don sendiri gagal menahan air matanya ketika sedang menceritakan kisah Rasulullah SAW sewaktu baginda menghadapi sakaratul maut dan kemudian wafat.
Apa yang lebih memeranjatkan apabila, Ustaz Don tidak menangis keseorangan kerana ramai pengunjung dan penonton juga gagal mengawal emosi masing-masing.
Para Pengunjung turut menitiskan butir-butir air mata keinsafan, tatkala mendengar kisah perjuangan pemimpin terulung yang tiada tandingannya yang selayaknya menjadi inspirasi dalam kehidupan setiap umat Islam.
Menurut laporan akhbar tempatan, gaya dan penyampaian Ustaz Don pada konsert itu begitu juga memainkan peranan, terutama ketika berkongsi tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Gaya penyampaian yang menarik ini, sekaligus berjaya memikat hati penonton tanpa mengira usia, malah rata-rata penonton yang hadir seramai 500 orang begitu tekun mendengar tazkirah yang disampaikannya.
Selain itu, ‘Konsert Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ ini adalah satu inisiatif yang digarap untuk tampil dengan alternatif berbeza bagi meraikan sambutan ambang tahun baharu yang penuh dengan pengisian kerohanian.
Konsert ini berbeza dengan konsert sambutan tahun baharu yang lain kerana menampilkan bukan sekadar hiburan semata-mata, dalam masa yang sama konsert ini bertujuan mendidik hati setiap penonton agar mencintai Nabi Muhammad SAW.
Malah, selain pengisian kerohanian penonton yang hadir juga turut dihidangkan dengan pelbagai persembahan memukau daripada penyanyi nasyid terkenal tanah air seperti Raihan, UNIC dan Mirwana.
Penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel juga turut kelihatan bagi memeriahkan konsert yang berlangsung selama tiga jam itu.
Persembahan dan pengisian konsert itu, turut diselang-seli dengan tazkirah oleh dua pendakwah selebriti iaitu Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid.
Lebih menggamatkan suasana adalah penampilah khas, Man Raja Lawak juga melakukan sketsa dengan mendendangkan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.
Untuk rekod, konsert amal ini merupakan anjuran Afocus Media Ventures (AMV) dengan kerjasama Yayasan Unit yang berhasrat mahu meneruskan tradisi ‘konsert secara islamik’ penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu ukhrawi sambil mendekatkan diri dengan sejarah para pemimpin Islam.
Justeru itu, sebarang acara yang memupuk semangat ‘mengenali Rasulullah SAW’ menerusi lagu mahupun tazkirah perlu dikekalkan dan terus disemai, agar kesedaran dikalangan orang ramai, khususnya umat Islam dapat dipupuk dalam diri individu dan juga masyarakat.
Sekadar info, sebahagian hasil sumbangan konsert bakal disalkurkan bagi tujuan kebajikan dan pendidikan insan-insan yang memerlukan.
Kehebatan Puan Sri Normala sebagai pengacara dan penyampai berita memang tidak dapat disangkal lagi. Malah beliau cukup sinonim dengan berita TV3 sebelum menghiasi program Nona lebih sedekad lalu.
Sebagai salah seorang bekas personaliti TV3, Normala Samsudin terkenal sebagai pengacara bagi rancangan majalah wanita stesen itu, Nona yang telah bersiaran sejak 1985. Ia menjadi salah satu rancangan TV3 yang paling lama bersiaran.
Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama. Normala juga digandingkan bersama Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang.
Kelibat wanita belahan jiwa, Datuk Seri Azmi Khalid ini kini terubat apabila beliau dilantik sebagai juri tetap untuk program Ratu Hijabista.
Melalui perkongsian Puan Sri Normala di laman Instagramnya, beliau ada berkongsi tentang ‘keterujaan’ bertemu dengan ikon wanita berjaya, Neelofa.
Sejak saya meninggalkan dunia penyiaran, 2004, saya tidak berkesempatan jumpa Lofa. Namun saya spt juga orang lain sentiasa mengikuti perkembangannya. Saya Bangga Kerana dia juga antara pengacara Nona. Bangga kerana anak gadis kepada wanita yang saya hormati @noorkartini ini sudah melengkapi segala yang di impikan tiap perempuan seusianya. Cantik, Bijak berniaga, berpelajaran tinggi, kaya diusia muda dan popular. Mewarisi wajah kacukan Arab dan jatidiri ibunya yang kuat dan hebat. Semua kredibeliti yang ada pada Lofa adalah idaman tiap wanita. Allah sudah tetapkan keistimewaan ini buatnya, MasyaAllah. Saya terharu bercampur hiba, apabila di undang Ke #nexttoneelofa. Serasa mimpi, serasa Allah mengetahui perasaan ini, ingin ke udara ’ bersamanya. Akhirnya angan-angan untuk bersiaran bersama Neelofa tercapai jua. TQ Lofa, kemanisan perbualan Dan perkongsian cerita ini Akan di kenang hingga akhir hayat jua. Moga Allah sentiasa merahmatimu Dan melindungimu serta keluargamu dik, Amin Amin. YRA.
She is an Idol to all ladies and young entrepreneur, to all girls out there, dream big and achieve your goals in a modest way. My time is over, n i am happy what Allah has granted and blessed me. Amin, amin YRA.
“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu dan ayah tidak ada gantian di dunia”.
Kata-kata tersebut, mungkin telah biasa atau acap kali kita baca dan dengari. Tetapi itulah pesanan yang selalu dan perlu diingatkan kepada kita semua, insan yang digelar anak.
Setinggi mana darjat, pangkat dan jawatan tokoh itu, namun ingatlah, lahirnya ia daripada seorang ibu dan ayah. Sekaya mana harta dan wang seorang jutawan itu, tidak ada nilai kekayaan dan tandingan terhadap kasih ibu dan ayah.
Ibu dan ayahlah yang mengasuhmu wahai anak, sehingga kamu berjaya. Ingatlah kita semua memegang gelaran sebagai anak, maka janganlah kita sombong dengan kedua ibu bapa, walau sehebat mana sosok dirimu di dunia.
Oleh itu, tidak ada ruang sebagai seorang anak dalam menidakkan kewajipan untuk menjaga dan berbuat baik terhadap ibu dan ayah. Sedarlah wahai anak-anak sekalian, kita dipertangungjawabkan keatas kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT ini.
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Isra’: 23)
Sheikh Mustafa al-Maraghi ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT benar-benar mewasiatkan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu dan ayah secara serius, sehingga anak-anak yang derhaka terhadap ibu dan ayah akan meremang bulu romanya dan merasa ngeri apabila mendengarnya.
Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932).
Namun ada situasi anak-anak membenci ibu mereka. Berikut perkongsian daripada Instagram Imam Muda Hassan Adliseperti yang dikongsikan di Instagramnya.
BENCI IBU TAK MENGUNTUNGKAN
Mungkin ada di kalangan kalian yang sangat sayangkan ibunya.
Dan mungkin juga ada di kalangan kalian yang bencikan ibunya.
Dan boleh jadi juga di kalangan kalian yang sangat bencikan ibunya.
Saya pernah ditanya soalan tentang ibu, seorang anak yang memang bencikan ibunya. Sebab ada kisah silam yang menjadikan hidupnya berubah gara-gara kerana sikap ibunya.
IBU KITA MANUSIA BIASA BUKAN MALAIKAT
Sayang ke, benci ke, sangat benci terhadap ibu ke, ianya tidak dapat hendak mengubah takdir, dan ia tetap tidak boleh ubah status seorang ibu. Kalau hendak buang ibu jauh-jauh, hendak putus hubungan sekalipun, ibu kita tetap ibu kita walau apa keadaan sekalipun.
Ibu tetap seorang manusia yang ada kekurangannya. Ibu kita tetap ada dosanya, adakalanya kata-katanya mengguris hati. Kadangkala perbuatannya tersalah jua sebab dia seorang manusia, dia bukan malaikat.
Kadangkala kasihnya pada anak tidak sama antara Along dengan Angah, Ucu dengan Ude. Ada lebih, ada kurang. Sebab dia seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Iri hati Along pada Angah sebab ibu lebihkan Angah. Apa-apa sahaja Angah. Along ibu tidak pandang langsung. Ye, sebab ibu seorang manusia yang tidak sempurna.
Sebenci-benci anak kepada ibunya, satu perkara yang WAJIB kita tahu dan sedar, dia adalah SYURGA kita.
Ada sesiapa yang teringin hendak masuk neraka? Saya yakin semua hendak masuk SYURGA. Kalau syurga depan mata kita sekarang ini pun kita benci, agak-agaknya dapat ke tidak kita masuk syurga hakiki nanti?
Jika ada di kalangan kita yang berhadapan dengan masalah ibu, anggaplah ia sebagai ujian. Ujian bagi orang Mukmin sebagai hiburan. Jangan anggap ia sebagai tekanan, nanti kita stres, berkat pun tak dapat.
Jika ibu benci pada kita, jangan pula kita benci dengan ibu. Teruskan berbuat baik dengan dia, anggaplah dia sebagai jalan yang sukar untuk menuju syurga. Memang hendak pergi ke syurga jalannya sukar!
Sabarlah dan syukurlah sebab kita masih punyai syurga.
Kesimpulannya seburuk mana pun ibu, dia tetap ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Hargailah dia selagi dia masih bernyawa.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.