Penyanyi terkenal iaitu Datin Alyah meluahkan rasa kesalnya kerana sering menyanyikan lagu cinta terhadap manusia dan bukan kepada Tuhan sepanjang 20 tahun beliau bergelar anak seni.
Sempena bulan mulia ini, beliau juga turut memohon maaf kepada semua kerana merasakan lagu nyanyiannya membawa pengaruh tidak baik kepada sesiapa yang mendengarnya.
“20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi, saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu-lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.
Ads
“Di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kerana kasih kerana Allah SWT, bukan kerana para rasul, bukan kerana para ilmuan agama.
“Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu. Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti. Sayalah yang berdosa. Saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah,” luah isteri kepada Dato Ramli M.S ini di laman instagramnya.
Ads
Tambahnya, beliau mengambil keputusan untuk tidak merakamkan lagi lagu berkisah cinta terhadap manusia selepas ini.
“Mulai saat ini, saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia dan lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada Maha Pencipta. Mohon maaf atas keputusan ini. Selamat berpuasa semua,” jelas pelantun lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini.
Hari graduasi memang menjadi hari yang sangat bermakna buat mereka yang telah tamat belajar. Segala usaha titik peluh belajar selama ini dapat diraikan bersama-sama rakan seperjuangan dan juga ahli keluarga yang tercinta.
Tidak terkecuali, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang merupakan Juara Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019 berkongsi mengenai hari bersejarahnya itu di laman sosialnya apabila berjaya menamatkan pengajian Tingkatan Enam (Atas) dalam jurusan syariah di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.
Berkongsi mengenai gaya hidupnya, sejak kecil lagi beliau sudah terbiasa mengamalkan membaca al-Quran sebelum ke sekolah mahupun sebelum keluar bermain bersama rakan sebaya.
Walau terlewat sekalipun ke sekolah, beliau, empat kakak serta abangnya perlu memenuhi rutin harian membaca al-Quran yang ditetapkan ibu bapanya.
Hasil berkat asuhan secara konsisten itulah membuatkannya berjaya muncul sebagai johan qariah MTHQA ke-61 yang sertai 74 peserta dari 41 negara serta paling muda dalam kalangan qariah.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, beliau tiada petua khusus bagi menjaga kelunakan suaranya tetapi mengelak minuman berais, makanan berminyak dan terlalu pedas untuk menjaga suara sebelum menyertai pertandingan.
Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.
“Saya akan manfaatkan ilmu itu untuk panduan hidup. Saya sentiasa bersedia berkongsi ilmu itu supaya memberi inspirasi kepada remaja lain.
“Cuma saya harapkan, lebih ramai anak muda gunakan ilmu ini sebagai terapi diri, kerjaya dan panduan hidup. Seperti saya, rasa kosong tanpa membaca al-Quran. Bacalah ilmu ini selagi ada masa,” katanya.
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan dan ibadah. Inilah masanya kita mengambil kesempatan melipat gandakan amalan kerana ada kebaikan diberikan oleh Allah.
Salah seorang selebriti yang gemar berdakwah melalui laman sosial adalah Heliza Helmi. Ada sahaja post berunsur nasihat atau ingatan kepada followernya yang berjumlah 1.9 juta ini. Dan setiap kali post seperti itu akan mendapat reaksi positif dari netizen. Cara hidup yang pantas seperti hari ini menyebabkan semua maklumat boleh disebarkan dengan cara paling mudah.
Memang tinggi keinginan Heliza mahu menjadi wanita Solehah yang memang menjadi DAMBAAN setiap wanita. Justeru dia tidak putus-putus sering memberi nasihat atau ingatan kepada ‘follower’nya kerana itu adalah sebahagian ibadah yang cukup murni.
Terbaharu, Heliza berkongsi panduan beramal 10 Ramadan terakhir dan doa lailatul qadar.
Pengacara yang baru sahaja berhijab, Dahlia Shazwan atau lebih dikenali sebagai ‘Gadis Trivago’ berkongsi caranya mengubah koleksi pakaiannya yang terdahulu ke arah yang lebih muslimah.
Memuat naik di laman YouTube miliknya, sehingga ke hari ini video tersebut sudah mendapat lebih 26 ribu tontonan dan lebih 800 tanda suka.
Lebih menarik lagi, suaminya juga turut berada dalam video tersebut dan memberikan sokongan padu buat isteri tercinta.
Netizen ternyata menyukai mesej yang disampaikan olehnya dan sekaligus rasa terinspirasi dengan tip yang dikongsikan olehnya.
Sememangnya tip ini berguna bukan hanya untuk mereka yang baru berhijab, malah sesuai untuk semua gadis yang mahu berubah ke arah yang lebih baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.