Sewaktu menghadiri persidangan Islamik di Washington, seorang gadis muslim iaitu Shaymaa Ismaa’eel,24, telah melalui sekumpulan puak protes yang menunjukkan kebencian mereka terhadap Islam secara terang-terangan. Puak ini juga menjerit kepada Shaymaa dan rakan-rakannya dengan mengatakan yang mereka akan ke neraka.
Tidak melatah, Shaymaa sebaliknya berposing di hadapan mereka dan mengambil gambar sambal membuat lambing ‘peace’.
Sebaik sahaja dia memuat naik gambarnya itu di instagramnya, ribuan komen membanjiri laman sosialnya itu.
Menurutnya, dia mahu mereka (puak protes) melihat senyuman di wajahnya dan melihat betapa bahagianya dia menjadi diri sendiri dan boleh berjalan ke mana sahaja sebagai seorang gadis muslim dengan bangganya.
“Saya mahu tunjukkan pada mereka bahawa kita akan terus melakukan kebaikan dan menyebarkan kasih kasih kepada semua,” jelasnya.
Persidangan yang dihadiri olehnya ialah Islamic Circle of North America (ICNA), sebuah persidangan yang didedikasikan bagi mempromosikan Islam di Amerika Syarikat yang sentiasa menarik ribuan pengunjung pada setiap tahun.
“Wajah saya bercahaya apabila melihat mereka. Ini semua kerana saya mahu mereka melihat kegembiraan saya. Saya Cuma harap mereka dapat rasa kebahagiaan yang sedang disampaikan sewaktu dalam persidangan daripada membuat protes di luar ini dengan penuh kebencian”.
Tambahnya lagi,ramai rakannya yang mengenakan hijab telah diganggu di kawasan kejiranan rumah mereka. Ini membuatkan dia dan rakan-rakannya merasa tidak selamat. Sebelum ini, Shaymaa juga pernah mengambil gambar bersama puak protes yang lain namun gambar terbaru ini memberikan makna yang berbeza berikutan terjadinya kes penembakan di masjid di New Zealand baru-baru ini.
Ads
“Hari ini kita tidak perlu hidup dalam ketakutan lagi. Hari ini kita semakin sedar mengenai segala susah-payah kita dan kita akan berdiri mempertahankan diri,” jelas Shaymaa.
Aurat merupakan sebahagian anggota badan yang diharamkan untuk dibuka atau dipamerkan, samada lelaki ataupun perempuan. Dalam erti kata yang lain, aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya. Kewajipan ini adalah sebagaimana sabdaan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
(Surah Al-A’raf: 26)
Menutup aurat adalah satu daripada fitrah bagi kejadian manusia. Disebabkan itu, dulu-dulu Nabi yang pertama dahulu, Nabi Adam A.S dan Hawa apabila terdedah aurat baginda akibat termakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT, lalu mereka menutupnya dengan daun-daun dari Syurga. Kisah ini dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya:- Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
(Surah Thaha, 121)
Pada hakikatnya, manusia akan mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebab itu, menutup aurat amat berkait rapat dalam cerminan keperibadian seseorang. Bahkan ia berkait rapat kepada maruah dirI. Ini kerana jika tercemar maruah diri maka hilang harga diri insan tersebut.
Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita melihat asal-usul dan sejarah ringkas berkenaan isu ini. Melihat kepada ringkasan fakta sejarah terdahulu, seluar panjang merupakan pakaian yang dipakai oleh para pendekar wanita ketika bertempur pada zaman kekuasaan Greek. Sebuah artifak yang dijumpai dan dipercayai dibina pada tahun 470 sebelum masihi ditemui dengan telakarnya gambar pendekar wanita yang lengkap dengan busana perang dan berseluar panjang. Bahkan, terdapat 2 helai seluar yang dijumpai tertanam bersama di dalam perkuburan penungang kuda daripada kalangan lelaki dan wanita di Tarim Basin, China yang dipercayai ditanam semenjak tahun 1200 sehingga 900 sebelum masihi[1].
Jika diperhatikan, seluar telah lama wujud menerusi fakta-fakta yang telah dinyatakan. Pada waktu yang sama di zaman Nabi SAW, seluar juga merupakan perkara yang dibincangkan sepertimana yang ternukil di dalam kitab-kitab fiqh. Seperti contoh sebagaimana sebuah hadis, Nabi SAW pernah terlibat dalam urusan jual beli seluar bersama seorang sahabat:-
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Umair menyatakan bahawa:- “Aku membeli daripada Rasulullah SAW seluar sebelum hijrah, maka ditimbangkan dan diberikan kepadaku.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Begitu juga, hadis berkenaan sahabat ketika menunaikan haji / umrah:-
مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسْ سَرَاوِيلَ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.”
(Hadis Sahih Bukhari, No. 5804)
Bagi seluar jeans pula, sejarah utama penghasilan seluar panjang yang menggunakan jeans adalah khusus untuk digunakan kepada pekerja lombong emas dalam melakukan kerja-kerja berat. Ketika banyak lombong-lombong emas dibuka di California, Amerika Syarikat, fenomena tersebut telah menarik ramai pemuda untuk mencari emas. Namun begitu, mereka mempunyai masalah kerana seluar yang selalu digunakan sering kali terkoyak kerana kerja berat. Atas masalah itu, seluar jeans telah diciptakan oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873. Kain jeans adalah kain yang tebal dan amat sesuai untuk digunakan untuk membuat pakaian bagi kegunaan kerja-kerja berat dan lasak. Sehinggakan lama-kelamaan, seluar jeans telah menjadi tersohor dan diterima pakai oleh masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita[2].
Seluar jeans tidak haram dan harus untuk dipakai. Tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya ia tidak mengikut piawaan dan batasan yang telah ditentukan syara’ bagi lelaki dan wanita. Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau dibahagian yang perlu bagi seorang muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya.
Begitu juga, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa menyatakan bahawa hukum wanita memakai seluar:-
جواز لُبْسه للمرأة، بشرط أن تتحقق فيه شروط الستر المطلوبة شرعًا
Maksudnya: Harus bagi wanita untuk memakai seluar, dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syara’.
Kedua, tidaklah memakai seluar jeans tersebut seperti “berpakaian tetapi bertelanjang”. Sabda Nabi SAW, terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya. Diantaranya adalah:-
Maksudnya: “Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat.
Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang ada di sebalik pakaian itu, khususnya pada tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.
Ketiga, mengikut kaedah usul fiqh:-
اذا زال المانع عاد الممنوع
Maksudnya: Apabila sesuatu larangan hilang perkara yang dilarang padanya, maka ia kembali harus
Harus memakai pakaian yang berasal daripada orang bukan Islam yang tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi mereka setelah berlalunya suatu jangka masa yang tertentu disebabkan halangan telah tiada. Walaubagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah ini hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja, manakala amalan ibadah keagamaan sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi umat Islam memakainya. Maka atas sebab tersebut, adalah diharuskan bagi seseorang untuk memakai seluar jeans kerana seluar jeans tidak lagi menjadi syiar atau tasyabuh kepada pakaian orang kafir. Jika dilihat pada hari ini, seluar jeans merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat diseluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.
Kesimpulan bagi kajian ini, kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans sepertimana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah. Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.
Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya.
WalahuA’lam.
Sumber kredit: Mufti Wilayah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejuk mata memandang. Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat wajah redup pelakon, Mawar Rashid berhijab. Mawar Rashid mengumumkan telah berhijrah bersempena hari Jumaat, 2 Muharram (semalam).
Tulis Mawar di laman Instagram miliknya.
Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.
Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin.
Terdahulu Mawar yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki dan kini hamil anak kedua mula perlahan-lahan melatih diri untuk memakai tudung sepanjang Ramadan lalu sebelum terus berhijab.
Sementara itu, suami Mawar, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob turut menitipkan rasa kesyukuran atas perubahan yang dilakukan oleh isterinya di laman Instagram peribadinya semalam.
BAKAL KETUA BIDADARI SAYA DI SYURGA
Persoalan yang sering timbul daripada golongan2 isteri tentang “Jika suami mereka diganjarkan syurga dan bidadari, maka adakah di syurga kelak mereka tidak akan bersama?”
Menurut jumhur ulama, jika suami dan isteri menjadi penghuni syurga dan diganjarkan bidadari, maka taraf isterinya adalah lebih tinggi, iaitu ketua kepada bidadari syurga tersebut. (Riwayat Imam Al-Qurtubi)
Ada jugak beberapa dalil yang menyebutkan bahawa segala permintaan wanita akan dikurniakan dan taraf mereka adalah lebih tinggi berbanding bidadari.
Pesanan pada para suami, ajaklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga untuk sama-sama mengerjakan amalan yang soleh dan mentaati perintah Allah SWT supaya keluarga yang kita bina di dunia ini kekal sehingga ke syurga. Insyaa’Allah. SELF REMINDER FOR ME TOO
Salam Jumaat semua. Semoga kita sentiasa beristiqamah dalam mencari redha Allah Swt. Aamiin Allah Humma Aamiin Ya Mujibassailin
Sering dikecam kerana penampilannya, usahawan dan juga selebriti media sosial terkenal, Sasha Abdul Aziz tidak menghiraukan segala kata-kata negatif itu kerana dia sedar bahawa hanya Tuhan sahaja yang layak menghakimi.
Sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari, Sasha berkongsi di laman instagramnya bahawa dia kini sedang belajar memperbaiki bacaan Al-Quran bersama seorang ustaz bagi memberi inspirasi kepada orang ramai yang bergelar muslim.
They said i’m too sexy, im too wild.
They said i don’t have maruah, i tak malu.
They said i will masuk neraka. They said suami i masuk ke neraka. They said kesian mak bapak ade anak mcmni.
They said this they said that.
Me reciting quran almost everyday since september 8th.
I learned that ‘Hanya dia yang boleh masukkan kiter ke syurga ataupun neraka dan bukan manusia yang tentukan’
Being too sexy doesn’t mean you can’t do good things.
Being too sexy doesn’t mean you are wild forever.
Being too sexy doesn’t mean you are worse than others.
But i xpernah pulak pikir kenapa. Tak pernah terasa pun nk buat. Sampai satu tahap pikir macam kenapa pulak nk kena ngaji solat?Berat je setiap kali nk buat. Jujur ni.
Here my story. I sat by myself dekat rumah pagi tu. Hati tiber2 sayu sgt2 nk mengaji.
I terus messages my mum i ingat lagi. I said ‘ibu adik nak belajar mengaji ni adik nk pgl org dtg umah ajar’
Until today hampir setiap hari. I met this ustaz too Ya allah mcm bersyukur sgt jumpe dia everytime he ceramah i feel so excited cause the way dia sampaikan message tu best and tak bosan😅
i dunno why im telling you girls this. But i believe satu benda ni. Nk buat kebaikan kenalah ajak ramai ramai buat kebaikan kan?
Incase kalau awak rasa nk ngaji tapi still merangkak and tak lancar carilah cikgu yang boleh mengajar awak.
With me u know i won’t judge you. With me you know i won’t say or talk about someone else.
I love to share. I love to give.
Incase you need ustaz let me know k? Selamat pagi semua! Semoga yang like posting ni dimurahkan rezeki.
When i said ‘i love to share what i love,i wanna share with all of you doesn’t matter if you hate me or love me’
So today nak share ustaz pesan Al-quran kena ader cop kat belah page depan.
So this quran is a gift from @ibadahroyale with my name on it.
I have 7 telekung at home and i always tukar2 sebab semangat nk cntik2 to meet my creator so this silky satin telekung is a gift from @alzehramy .
Can’t wait for my class mengaji at 12 noon today.
Nak masuk iqra 5 dan 6 dah. Lepastu doakan saya lancar Al-quran❤️ Tahun ni memang da pasang niat nk baca quran dengan lancar.If i have superpower i pilih nk baca dengan lebih lancar dan faham maksud surah😁
Lagi satu eat healthy tau🤪 Dan jangan sibuk hal orang. ini Lagi satu pesanan ustaz saya😜
Sememangnya Tuhan sangat suka akan hambaNya yang sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik disisiNya. Oleh itu, kita janganlah menghukum kehidupan seseorang itu dan menjadi bongkak seolah-olah amalan kita sudah melayakkan kita untuk ke syurga.
Sentiasa berusahalah untuk menjadi muslim yang lebih baik dan berilah sokongan kepada mereka yang benar-benar mahu berubah ke jalanNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.