Tak dapat dinafikan semasa masih belajar ramai yang mengalami masalah kenaikan berat badan. Kesibukan menelaah pelajaran serta penglibatan dengan pelbagai aktiviti di kolej menjadikan rutin pemakanan jadi tunggang langgang.

Namun jika tidak dikawal masalah kenaikan berat badan akan menjadi kronik sehingga akhirnya boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah obesiti.

Berikut perkongsian Coach Arif Sukri khas untuk mereka yang masih bergelar seorang student.

Saya memulakan diet ketika zaman belajar. Yang sibuk dengan kelas, balik pula dengan persatuan, kedutaan Malaysia dan nak jaga para pelajar. Ydp-lah katakan. Haha.

Jika tak diatur makan akan jadi tak menentu, diet kelaut. Setiap benda kena ada perancangan. Orang duk tanya apa yang coach buat? Ini apa yang saya buat.

1. Makan tak perlu ikut jadual waktu yang berlegar-legar di fb. Kena makan sarapan jam berapa ke jam berapa, itu tak perlu. Sarapanlah jam berapa pun ok. Yang pasti bukan waktu makan tengahari.

2. Sarapan boleh buat bekal siap-siap di rumah. Kurang-kurang roti wholemeal dengan sekaya wajib ada dalam bilik (Jika masih belajar). Ini saya buat waktu student dulu.

 

Berat Badan Mudah Naik Mencanak-canak, Coach Ini Kongsi 9 Tip Khas Untuk Student

3. Jadual tu kau sendiri yang atur. Kadang lepas mandi sesibuk mana pun pastikan boleh juga capai roti sekeping dua untuk sarapan. Tujuannya agar perut tak kosong dan kau pun tak akan kebulur sangat masa lunch nanti.

4. Atur plan makan dengan baik. Waktu malam makanlah juga nasi. Walaupun jam berapa habis kelas atau kerja. Jangan tahan lapar. Yang pasti buat kawalan portion. Nasi tak bersalah meski pun makan pada waktu malam. Ingat tu.

Berat Badan Mudah Naik Mencanak-canak, Coach Ini Kongsi 9 Tip Khas Untuk Student

 

5. Ada orang diet tak nak makan malam. Sebab katanya dah lewat. Tapi esok pagi mulalah lapar dan cari makanan yang tak mesra untuk diet. Saka pun keluar. Nasi lemak, roti canai dua keping, dan telur separuh masak. Hmm.

6. Sebab sibuk juga ramai yang pergi kedai makan tapi sayur semuanya dah habis. Maka tak adalah sumber fiber untuk kau makan haritu. Jangan risau kalau ada ulam-ulam boleh juga. Nak mudah sediakan satu stok salad di rumah. Bawa bekal. Itu sebaiknya.

Berat Badan Mudah Naik Mencanak-canak, Coach Ini Kongsi 9 Tip Khas Untuk Student

7. Lengkapkan segala keperluan harian. Jangan skip waktu makan. Buat sedikit catitan di henfon kau juga boleh.

8. Kiranya haritu belum ada satu pun sayur yang masuk ke dalam perut, cubalah usahakan ganti dengan buah-buahan. Agar fiber itu tetap wujud dalam badan untuk keperluan nutrisi.

Berat Badan Mudah Naik Mencanak-canak, Coach Ini Kongsi 9 Tip Khas Untuk Student

9. Nak diet kena ada usaha, disiplin, sabar dan ulang semula. Selagi mencipta alasan dengan cakap suasana sekeliling tak membantulah atau sebagainya selagi itulah kita akan terus ulang azam yang sama.

Nak kurus. Nak kurus. Nak kurus. Tahu-tahu dah masuk tahun baru. Huhu.

Begitulah kawan. Fokus dan mulakan hal yang paling mudah. Benda yang paling kecil. Semua orang sibuk. Yang pasti bagaimana kau atur masa dan jadualnya.

Semoga bermafaat. Kesibukan adalah waktu terbaik untuk kurus.

Sumber kredit: Coach Arif Sukri

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI