Setiap orang pasti menginginkan punya tubuh ideal baik wanita ataupun lelaki. Dengan memiliki tubuh yang slim maka ia secara tidak langsung akan menambah keyakinan diri.

Kegemukan boleh membawa kemudaratan dan kesengsaraan, mungkin bukan pada hari ini tetapi pada masa akan datang. Oleh itu amat penting untuk kita memantau berat badan dari semasa ke semasa. Ini kerana apabila berat badan sudah mula naik, agak sukar untuk menurunkan angka berat tersebut dengan mudah. Lebih elok jika berat badan sentiasa terjaga.

Berikut perkongsian Dr Hamid Arshat

IKLAN

BERAT BADAN MACAM HARGA BARANG. BILA SUDAH NAIK MEMANG SUKAR NAK TURUN

Tapi jangan putus asa dan lemah semangat. Kuatkan azam, cakap pada diri ” saya boleh kurus”

IKLAN

IKLAN

Kuasa minda ke atas jisim.
1. Makan bila lapar, berhenti makan bila rasa kenyang.2. Konyah makanan lama dan berkali2 sebelum telan.
3. Baca Bismillah dan mulakan makan dengan buah2.
4. Kurangkan karbohaidret – nasi, mee, roti, gula, kuih muih, junk foods, teh tarik dll. Lebihkan sayur2 dan lauk.
5. Sarapan yang lengkap dan sempurna, tengah hari makan ringan , makan malam sebelum magrib.
6. Minum teh O , teh hijau, kurangkan gula dalam minuman.
7. Amalkan exercise 30 minit, jalan kaki, jogging, naik basikal . Saya buat gardening, tanam pokok buah2 (malang pokok mangga saya mandul, ha, ha, ha, pil subur tak jalan) dan sayur, jadi petani bandar.
8. Kuatkan disiplin dan prinsip hidup sihat dan sejahtera ikuti lunas2 islam.
Insyaallah anda akan berjaya.

Sebenarnya ia terletak pada diri seseorang itu sama ada ingin ‘berubah’ atau tidak. Pendek kata semuanya bergantung kepada diri masing-masing.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI