Tahun ini juga merupakan pertama kali pelakon popular Laudya Cynthia Bella menyambut Syawal bersama suami, Engku Emran. Dia yang merayakannya terlebih dahulu di sebelah keluarganya di Bandung sebelum menyambut pula di Kuala Lumpur. Ternyata Bella bijak menggayakan busana bersesuaian ketika beraya bersama keluarganya dan juga sebelah suami.
Pasangan yang berkahwin hujung tahun lalu memilih gaya sederhana dan santun untuk gaya Syawal tahun ini. Kelihatan kedua-duanya cukup gembira menyambut hari lebaran ini bersama-sama seisi keluarga.
Bersama keluarga Bella di Bandung.
Ketika beraya di Kuala Lumpur pula Bella dilihat menggayakan persalinan dress labuh yang longgar dengan pilihan rona pastel motif bunga.
Gaya sederhana jadi pilihan Bella.
Follower Bella di laman sosial juga turut memuji kebahagiaan keluarga ini yang begitu sederhana.
Sambutan Syawal di Kuala Lumpur.
Rata-rata menyukai foto yang dimuat turun Bella yang mempunyai follower mencecah 21.8 juta.
@marliahningsih Kel penampilan sederhana tpi menarik aku suka… G glamor… Penampilannya pertahankn slalu…
Kulit yang cantik menawan tidak hanya perlu mengharapkan produk yang dijual di pasaran semata-mata. Kos yang tinggi tanpa kesan yang efektif hanya merugikan wang dan semestinya masa anda juga dibazirkan.
Penjagaan kulit secara semula jadi menjadi salah satu trend pada masa kini yang ramai melakukannya di rumah. Lebih selamat dan sihat. Kulit menjadi lebih berseri dan anjal biar pun umur sudah meningkat. Jom lakukan tip penjagaan wajah menggunakan bahan semula jadi ini. Lebih organik dan lebih asli!
PELEMBAP WAJAH
Kulit wajah yang lembap semestinya akan menjadikan wajah anda tampak muda dari usia. Malah, kulit akan menjadi lebih anjal dan berseri.
Caranya campurkan madu, lemon dan minyak sayuran sebagai pelembap wajah kepada kulit kering. Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci bersih.
KULIT BERSERI
Ketepikan dahulu serum magis yang kononnya menyerap masuk ke dalam kulit sehingga kulit dapat dibaiki dan menjadi berseri. Apa kata anda simpan wang anda dan lakukan cara semula jadi ini.
Caranya, panaskan 4 sudu besar minyak badam, 2 sudu besar lanolin, jeli petroleum serta minyak zaitun. Biarkan sejuk seketika dan kemudian sapu rata pada kulit. Boleh juga digunakan untuk badan.
MENANGGALKAN KULIT MATI
Tidak semua yang tahu bagaimana untuk menanggalkan kulit mati. Kulit mati yang ada pada wajah bukan sahaja menjadikan kulit kusam malah kulit wajah menjadi seakan-akan tidak bersih. Usah risau! Lakukan cara mudah ini.
Caranya, buat pupur wajah dengan campuran putih telur dan madu. Sapu pada muka dan biar kering, kemudian tanggalkannya perlahan. Bilas muka secara perlahan sambil mengurutnya.
UNTUK KULIT BERMINYAK
Masalah kulit berminyak merupakan masalah utama kaum wanita di Malaysia. Bukan sahaja ia merupakan faktor utama jerawat naik dengan mudah, malah ia juga menyebabkan anda berasa tidak selesa.
Untuk merawatnya dengan cara semula jadi, gunakan hirisan epal halus dan gosok pada wajah perlahan. Ia dapat membantu mengelakkan kulit kelihatan berkilat akibat minyak.
Campurkan oat, madu, yogurt dan serbuk badam. Sapu pada wajah dan biar kering selama 5 minit, kemudian gosok perlahan agar dapat menyingkir sel mati pada kulit. Cuci dengan air suam.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seindah gaya hijab yang kelihatan dipakai hijabi, ia tidak selalunya mudah. Terutama apabila anda harus menghadapi lapan situasi berikut, yang sering berlaku.
Jadi ini adalah mesej sebalik kepayahan menghadapi situasi-situasi bagi mereka yang memakai hijab. Moga mesej ini dapat perhatian pengusaha-pengusaha di luar mengutamakan wanita berhijab.
Adakah anda pernah mencuba memakai topi keledar dan rambut anda di sanggul? Anda mungkin sudah dapat membayangkan kepayahannya. Cubalah dengan bertudung dan kemudian bayangkan bagaimana semuanya akan kelihatan semasa anda membuka topi keledar. Pastinya ada mengalami ‘bad hijab day’ bukan?
Ketika hijabi menemukan baju kegemarannya dengan teks yang comel, tetapi sayangnya ia diposisikan terlalu tinggi. Akibatnya tudung anda menutup semua cetakan corak hiasan baju. Bolehlah turukan sedikit untuk hijabi yang mahukan gaya pemakaian yang ranggi dan tak suram.
Nampak seperti pelik, tapi ini hakikatnya kalau menyarung hijab berwarna putih dan anda seronok menikmati semangkuk tom yam. Nah jangan pelik kalau hijab putih polos akan bercorak selepas beberap hirup sup tom yam. Alternatifnya carilah bib pelindung tudung ketika makan.
Sudah menjadi kebiasaaan, hijabi yang berhijab tidak boleh hidup dengan hanya satu pin. Paling mudah dan sering berlaku, apabila hijabi suka mencampakkan pin keronsang di dalam bag tangan. Tidak mengapa asalkan dalam beg tangan, namun apabila mencarinya semula, tidak hairanlah anda boleh menikam diri sendiri dengan pin. Mujur dUCK menyediakan bantal kecil untuk tusukan pin atau kerongsang. Good Job The dUCK Group!
Pemasar yang suka melancarkan pelbagai produk mesra hijab juga dapat memanfaatkan idea ini. Pengesan pin tudung seiring dengan penemuan sebelumnya. Ini adalah masalah yang berlaku di kebanyakan hijabi setiap hari dan harus diatasi. Ketika seseorang di rumah secara tidak sengaja menjatuhkan pin hijab di lantai. Tidak ada yang boleh bergerak. Pada masa yang sama setiap orang harus mencari pin sebelum seseorang melangkah agar tidak terluka. Jadikan perjuangan harian ini sedikit lebih mudah bagi hijabi. Dan pastikan pengesan mudah alih. Tak kan nak letak Air Tag!
Memakai hijab di luar dengan keadaan cuaca di Malaysia, menuntut kesabaran. Apatah lagi jika mempunyai aktiviti harian di luar. Pastikan anda memakai hijab yang serap peluh dan tidak berbau kepam. Pastikan material yang digunakan menuntut keselesaan 100% sepanjang pemakaian.
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, terlambat adalah masalah yang sebenarnya. Bagaimanakah anda dapat mengayakan hijab, supaya bahagia sepanjang hari? Reka tudung dengan potongan Velcro dengan cara yang boleh diterima pakai dengan gaya peribadi hijabi. Bukankah Hijab dalam Perjalanan sudah menjadi nama yang hebat untuk konsep ini?
Sekiranya anda benar-benar ingin menaikkannya ke tahap seterusnya maka Hijab dalam Perjalanan yang tidak menyerap, pasti akan menjadi kombinasi terbaik.
Jenis ini menyerupai isu pertama. Dalam kes ini, ini adalah masalah berganda. Anda tidak boleh memakai fon telinga dengan betul. Sebelum memakai hijab, anda mesti memasangkannya dan memastikannya diletakkan dengan betul. Apabila anda ingin melepaskannya, anda mesti menarik tali untuk mengeluarkannya. Selain itu, kain tambahan yang diperlukan untuk menutupinya tali yang tergantung. Begitu juga dengan ear bud, tak kan nak keluarkan telinga.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mencipta nama dalam rekaan kasut seperti Jimmy Choo menjadi impian kepada Fawa atau nama sebenarnya Noor Farahida Rosli,28. Berasal dari Senawang, Negeri Sembilan, kesusahan hidup banyak mengajarnya untuk terus maju ke hadapan hinggalah munculnya jenama kasut miliknya sendiri iaitu The Flick Store.
“Fawaa merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Ayah bawa lori dan ibu seorang rumah. Tahap pendidikan Fawa pun hanyalah setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja disebabkan kekangan wang.
“Banyak pekerjaan telah Fawa lakukan seperti menjadi ahli terapi di spa dan kerja berkaitan freelance sales. Pada usia 19 tahun, Fawaa ada juga melakukan perniagaan dalam talian tetapi secara sambilan dahulu.
“Pada mulanya Fawa menjual kasut tiruan jenama terkemuka namun kerana memikirkan sampai bila hendak menjual produk tersebut, Fawa akhirnya mengambil keputusan membuat kasut di bawah jenama sendiri,” jelas isteri kepada Muhamad Faisal Suhaimi ini.
Itulah merupakan titik permulaan buat dirinya untuk mencari material dan rekaan tersendiri bagi perniagaan yang diasaskannya iaitu The Flick Store.
Sudah berada di pasaran hampir tujuh tahun, Fawa pada mulanya mengusahakan sendiri sebelum bekerjasama bersama suami tercinta bagi mengembangkan lagi perniagaannya.
“Fawa sering ke China dan Thailand bagi mencari material. Pernah pada masa itu ketika masih hijau dalam dunia rekaan kasut ini,Fawaa ke Thailand selama seminggu untuk mencari kilang kasut.
“Sepanjang waktu itu, Fawa memang tidak jumpa apa yang diinginkan. Rasa stress mula menguasai diri. Namun, Fawa bersyukur kerana akhirnya pada hari kelima barulah Fawa jumpa kilang yang tepat untuk menghasilkan kasut sendiri.
“Memang pada awalnya Fawa sudah menangis hingga rasa mahu berputus asa.Tetapi, Fawaa sedar bukan mudah untuk mencapai cita-cita dan dugaan ini hanyalah sedikit,” kata ibu kepada Muhamad Farhat ini.
Bercerita mengenai cabaran dalam rekaan kasut ini, Fawa akui jalannya ada liku yang tersendiri.
“Masalah utama adalah berkenaan modal yang banyak kerana setiap kasut ada pelbagai saiz dan warna. Bukan semuanya terjual begitu sahaja.
“Selain itu, kilang juga mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang tiga bulan untuk penghasilan kasut. Itu tidak termasuk lagi bila ada staf yang membuat masalah sejurus selepas cawangan baru yang dibuka,” ujarnya lagi.
Tidak mudah mengalah dengan segala rintangan dan sentiasa memotivasikan diri, Fawa menganggap kejayaan terbesarnya adalah apabila melakukan kolaborasi untuk koleksi kasut bersama pelakon Lia Natalia pada tahun 2019.
“Rasa seronok sangat apabila berjaya melakukan pertunjukan fesyen kasut yang pertama seumpamanya di Malaysia bersempena dengan Aidilifitri yang lalu. Lebih menarik lagi, segala dirancang dalam tempoh yang singkat iaitu sekitar dua minggu sahaja.
Walaupun pernah dipandang rendah sebelum ini, Fawa tidak pernah menjadikannya kudis malah tetap fokus pada matlamat yang ingin dicapainya.
“Ramai yang memperkecilkan usaha Fawa pada awalnya. Tambahan lagi Fawa hanyalah seorang pelajar lepasan SPM sahaja. Ada yang memberi komen negatif terhadap rekaan kasut kami dan perkara itu memang membuatkan Fawa sedih.
“Tetapi apabila mengenangkan impian Fawa adalah untuk memberi kesenangan kepada keluarga dan juga memikirkan apa nasib pekerja jika Fawa mengalah, maka Fawa terus kuatkan hati. Ternyata semua itu berbaloi,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada usia 23 tahun ini.
Berharap dapat membuka butik kasutnya di setiap negeri di Malaysia, Fawa juga mahu membantu orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen dan juga dropship di bawah jenamanya.
“Istimewanya kasut The Flick Store ini adalah kasut platform tebal dua inci yang menjadi rekaan signature butik ini dan menjadi kegilaan ramai hingga terjual lebih seribu pasang pada satu bulan.
“Rekaannya juga sangat terhad kerana apabila habis dijual, ia tidak akan dikeluarkan lagi. Kami akan sering mengikut trend dan inilah yang menjadikannya lain daripada yang lain.
“The Flick Store merupakan trend setter bagi kasut platform di negara ini. Oleh itu, Fawa berharap jenama ini dapat menembusi pasaran antarabangsa pula suatu hari nanti ,” jelasnya sebelum mengakhiri bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.