Fenomena obses kepada bintang Korea atau Kpop memang cukup tular di sana sini. Kemunculan mereka bagaikan penyeri kepada kehidupan sebahagian peminat yang terlalu meminati bakat lakonan ataupun nyanyian artis dari Korea ini. Bukan sahaja di negara asal mereka, tetapi juga merebak di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah jika kehadiran ketika membuat persembahan atau sesi bertemu peminat memang di nanti. Baru-baru ini selebriti Korea yang cantik dan menjadi idola ramai Suzy Bae dilihat begitu sporting melayan seorang peminat Muslim yang menyarung hijab di kepalanya.
Dalam pertemuan bersama peminatnya, Suzy Bae tampil menawan dengan hijab yang disarung oleh seorang peminat dari Indonesia. Reaksinya yang cukup sporting melayan itu menjadi bualan hangat di media sosial.
Peminat berkenaan tampak gembira dapat bertemu selebriti idolanya dan dia terus memberikan hadiah dan turut meminta untuk mengenakan selendang berkenaan pada Suzy.
Selebriti ini tiada masalah dan membiarkan sahaja hijab warna biru motif bunga sakura itu di sarung pada kepalannya. Malah kedua-duanya dilihat bergambar bersama.
Ads
Malah sepanjang sesi bertemu peminatnya, Suzy dilihat terus mengenakan selendang itu. Dia nampak cantik dan jelita kala berhijab yang begitu sesuai dengan penampilannya waktu itu. Keadaan ini menyebabkan ramai peminatnya yang mahu bergambar dengan Suzy.
Suzy memang memiliki ramai peminat dan disebut-sebut sebagai ‘Nation’s First Love’ di Korea. Popularitinya sedang meningkat naik di Indonesia kerana drama Koreanya ‘While You Were Sleeping’ bergandingan dengan Main Lee Jong Suk ditayangkan di sana.
Hijabi muda yang bertuah menyarungkan selendang jenis pashmina itu bernama Rizky Yuliani atau Ryu. Momen ini dikongsi bersama di laman sosial @suzyforever dan mendapat perhatian netizen. Ramai memuji kecantikan Suzy dan menganggap dirinya bagai bidadari syurga.
Bakat selebriti ini cukup hebat di pentas nyanyian. Walaupun dikurniakan tubuh yang berisi, namun suaranya cukup hebat dan mantap. Menenyedari, bentuk fizikal itu membuatkan dirinya kurang keyakinan dan rasa rendah diri, Bila AF nekad untuk mengurangkan berat badan. Kini Bila mampu tersenyum kerana berjaya membuang hampir 24kg dengan pengorbanan yang dilakukan selama 7 bulan. Dia yang sebelum ini mempunyai berat 140.8kg kini beratnya hanya tinggal 116.8kg. Anak kepada pemain gitar bass Wings, Eddie ini berkongsi rahsia transformasi diri di laman twitternya.
Bila tidak lokek berkongsi tip yang diamalkan hingga mampu melenyapkan 24 kg dalam tempoh berkenaan. Malah perkongsian di laman sosial itu juga mendapat retweet hampir 8 ribu dalam perkongsiannya itu.
Menurut Bila apabila ditanya netizen, dia mengamalkan 4 perkara dalam usaha menurunkan berat badannya itu.
Ternyata perkongsian Bila mendapat respon cukup baik dari netizen. Malah ramai yang memberi galakan dan cadangan untuknya menurunkan lagi berat badan ke tahap seterusnya.
Malah ada juga yang turut berkongsi tip diet masing-masing dalam usaha menurunkan berat badan.
Transformasi yang cukup drastik ini menyebabkan Bila kini semakin bersemangat untuk kembali bekerja.
Bercakap dengan Harian Metro, sebenarnya dia berazam untuk mengubah gaya hidup dan penampilan setelah ditegur peminat. Menurutnya ada peminat memanggilnya Aunty dan bertanya adakah dia tidak mahu nampak cantik dan lebih sihat.
Dek kerana teguran dan kata-kata itu menyebabkan Bila atau nama sebenarnya Nur Najmi Nabila tertarik untuk menyertainya. Dia mengajar melakukan yoga, senaman aerobic dan mengamalkan diet seimbang.
Pada mulanya Bila berkata agak sukar untuk berdepan dengan cabaran dilaluiya. Namun selepas sedikit susut, dia mula rasakan perubahan.
Dia tidak lagi mengah ketika naik tangga dan pernafasan sewaktu menyanyi juga semakin bertambah baik.
Walau bagaimanapun, Bila menolak untuk mengambil sebarang pil pelangsingan badan kerana takut ada kesan sampingan. Menurutnya dia lebih selesa untuk amalkan gaya hidup sihat dan susut secara semulajadi.
Sejak semalam, berita pelancaran tudung jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara hangat diperkatakan di laman sosial. Pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa teruk dikecam netizen gara-gara pelancaran tersebut. Malah, Neelofa juga turut menerima nasihat dan teguran daripada pelbagai golongan seperti Profesor, Ustaz/Ustazah dan juga Imam Muda.
Apa yang menimbulkan kemarahan netizen adalah kenyataan Neelofa yang seakan-akan tidak kisah akan pandangan orang ramai, asalkan dia tahu apa yang dilakukannya. Setelah ramai netizen yang mengecam, pihak Naelofar Hijab akhirnya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai. Pihak Naelofar Hijab memberi penerangan tentang mengapa memilih tempat tersebut dan juga turut memohon maaf kepada semua individu yang turut dikaitkan dalam majlis pelancaran tersebut.
Kami memohon jutaan maaf, terutamanya kepada penyokong kuat jenama kami dan juga semua individu yang telah terjejas oleh insiden baru-baru ini. Majlis perlancaran yang sepatutnya menjadi acara yang istimewa untuk jenama kami, telah menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Sepanjang majlis pada malam itu , kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis. Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang majlis tersebut. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkasas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut.
Kami telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis pelancaran ini di tempat berkenaan kerana kemudahan yang ditawarkan dan mereka juga menawarkan ruang untuk disewa sebagai ruang acara pada setiap hari Ahad dan Isnin oleh kerana ruang ini tidak dibuka untuk kunjungan umum. Sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED, serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan oleh kami untuk menjayakan majlis ini, dan kesemuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.
Untuk makluman, kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua. Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini, dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akandititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amatberharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.
Yang ikhlas,
Noor Nabila Mohd Noor
Pengarah Urusan,
NH Prima International Sdn Bhd
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain kanser, penyakit yang perlu ditakuti oleh kaum wanita adalah tiroid. Walaupun penyakit ini hanya seperti penyakit biasa yang tidak dgeruni kerana sifatnya tidak menimbulkan masalah dan menghidap tidak terasa sakit. Namun hakikatnya jika penyakit ini berada dalam situasi kecemasan, perkembangannya boleh membawa maut.
Menurut Pakar Perunding Kanan dan Pembedahan Payudara dan Endokrin, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Rohaizak Muhammad ramai tidak ambil kisah jika leher membengkak kerana menganggap ia hanyalah beguk.
“Ada bengkak yang menbesar secara perlahan dan ada juga yang ambil masa lima hingga 10 tahun. Dan ada juga yang jenis tidak membesar. Bengkak kelenjar tiroid tidak sakit, namun ada gejala lain seperti membesar dengan perlahan, susah menelan, terganggu pernafasan (berdengkur, semput) dan perubahan suara (serak).
“Kebanyakan bengkak kelenjar tiroid masih berfungsi normal. Namun, ada juga fungsi tidak normal yang dibahagikan kepada dua, iaitu hipertiroid dan hipotiroid.
“Hipertiroid membuatkan badan penghidapnya kurus walaupun banyak makan, badan terasa panas walaupun berada di bilik yang tidak panas, kulit lembap dan berpeluh terutama tapak tangan, rambut nipis dan berkerinting, rasa gementar pada tangan dan jari tangan, jantung berdebar laju dan mudah lelah.
“Penghidapnya juga mengalami gangguan emosi seperti gugup, lekas marah, cemas, gelisah untuk tidur, cirit-birit, bola mata agak menonjol, kelopak mata turun dan haid menjadi tidak teratur,” ujarnya pada Utusan Online. Jika beraku situasi kecemasan begini, perkembangan ini boleh membawa maut.
Hipertiroid yang melampau menyebabkan tekanan darah tinggi, suhu badan meningkat, pernafasan laju, loya, muntah, kadar denyutan jantung yang laju, dehidrasi, keliru dan koma.
Katanya, hipertiroid lebih mudah dirawat dengan hanya memberikan ubat-ubatan kepada pesakit.
Namun, jika tidak dirawat boleh mendatangkan bahaya seperti mendapat lemah jantung dan ada kes pesakit meninggal dunia. Ini dinamakan tiroid storm.
Bagi penghidap hipotiroid pula akan sensitif kepada sejuk, mendapat sembelit, kemurungan, daya ingatan yang tidak baik, haid tidak teratur, rendah libido, suara tidak jelas atau kasar.
Selain itu, mereka juga mudah penat dan keletihan, kurang selera makan tetapi naik berat badan, kulit menjadi kasar dan kering, rambut kering dan mudah gugur serta kejang otot.
Namun begitu penghidap kelenjar tiroid ini juga perlu membuat pemeriksaan darah untuk mengetahui fungsi tiroid sama ada tinggi atau rendah dan dibimbangi boleh terjadinya kanser.
“Apabila pemeriksaan darah menunjukkan normal, jangan seronok sangat. Oleh itu pemeriksaan lanjut perlu dilakukan seperti imbasan bunyi (ultrasound).
“Jika perlu, buat biopsi bagi memastikan bengkak tersebut bukan kanser. Pesakit sendiri perlu ada inisiatif bagi melakukan ujian-ujian lain.
“Kanser tiroid papilari biasanya dialami oleh golongan yang berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun dan bengkak di kelenjar leher. Kanser tiroid folikular pula dihidapi oleh mereka yang berusia antara 30 tahun hingga 40 tahun dan telah merebak hingga ke tulang.
“Kanser tiroid medulari pula disebabkan oleh keturunan dan melibatkan penyakit lain atau sindrom, manakala kanser anaplastik dihidapi oleh mereka berusia 60 tahun ke atas dan merebak dengan cepat.
Jelasnya, pemantauan tidak susah. Lakukan ujian darah setahun sekali, ujian fungsi tiroid T3, T4, TSH, ujian antibodi, iaitu anti-thyroglobulin, anti-TPO, ultrasound dan biopsi.
Bukan semua pesakit tiroid memerlukan pembedahan. Oleh itu tidak perlu takut. Pembedahan hanya untuk kes-kes tertentu seperti disyaki kanser, sukar makan atau mengah.
EKSTRA INFO:
– Kelenjar tiroid berbentuk kupu-kupu atau perisai dan terletak di bahagian depan leher dan kerongkong. Ia berfungsi mengeluarkan hormon tiroid yang memberikan tenaga dan metabolisme.
– Bengkak kelenjar tiroid dihidapi oleh kira-kira satu pertiga penduduk dunia, 80 peratus daripadanya adalah wanita dan antara puncanya ialah kekurangan iodin.
– Kekurangan iodin boleh diatasi dengan memakan makanan yang tinggi kandungan iodin seperti yogurt, keju mozzarela, susu, telur, rumpai laut, kranberi, strawberi dan makanan laut.
– Bagaimanapun, terdapat banyak juga jenis makanan yang menjadi penyebab berlakunya bengkak kelenjar tiroid seperti pic, pir, plum, brokoli, kobis, bunga kobis, terung, bayam, keledek, tomato dan sebagainya.
– Penyebab lain kepada bengkak kelenjar tiroid ialah radang tiroid (Hashimoto, Riedel, De Quervain), genetik (masalah metabolisme), idiopatik, hipertiroid (Graves disease, Goiter toksin).
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!