‘Beautiful Angel..’- Penampilan Ayu Hannah Delisha Makin Curi Tumpuan Ramai Lepas Berhijab

Share

Sejak berhijab, penampilan pelakon jelita iaitu Hannah Delisha,24, semakin menjadi tumpuan ramai. Ramai yang terpukau dengan kecomelan dan keayuan wajahnya bila menyarungkan hijab.

Tidak perlu berlebihan, gayanya yang ringkas sudah memadai untuk menawan hati sesiapa yang melihatnya.

Sedikit info mengenainya, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch dilahirkan pada 27 Oktober 1996 di Singapura. Hannah mula dikenali di Malaysia selepas membintangi drama Mencintaimu Mr. Photographer bersama Syafiq Kyle.

Dilihat sering mengenakan selendang, Hannah juga pernah membawa watak bertudung sebelum ini dalam drama 30 Pesanan Suara yang disiarkan pada tahun lalu di slot Akasia TV3.

Di ruang komen laman instagramnya, Hannah dihujani ribuan komen daripada rakan artis dan juga peminatnya yang gemar melihat imejnya yang terkini. Memang cantik sangat! Moga Hannah terus istiqomah berhijab dan menjadi inspirasi juga buat gadis-gadis di luar sana yang ingin berubah. InsyaAllah.

 

IKLAN