Sejak berhijab, penampilan pelakon jelita iaitu Hannah Delisha,24, semakin menjadi tumpuan ramai. Ramai yang terpukau dengan kecomelan dan keayuan wajahnya bila menyarungkan hijab.
Tidak perlu berlebihan, gayanya yang ringkas sudah memadai untuk menawan hati sesiapa yang melihatnya.
Sedikit info mengenainya, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch dilahirkan pada 27 Oktober 1996 di Singapura. Hannah mula dikenali di Malaysia selepas membintangi drama Mencintaimu Mr. Photographer bersama Syafiq Kyle.
Dilihat sering mengenakan selendang, Hannah juga pernah membawa watak bertudung sebelum ini dalam drama 30 Pesanan Suara yang disiarkan pada tahun lalu di slot Akasia TV3.
Di ruang komen laman instagramnya, Hannah dihujani ribuan komen daripada rakan artis dan juga peminatnya yang gemar melihat imejnya yang terkini. Memang cantik sangat! Moga Hannah terus istiqomah berhijab dan menjadi inspirasi juga buat gadis-gadis di luar sana yang ingin berubah. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai di kalangan selebriti yang berhijrah setelah kembali dari mengerjakan haji atau umrah di tanah suci, Mekah. Sebelum itu kita tahu penyanyi Mizz Nina yang kembali dari mengerjakan ibadah haji dengan melakukan penghijrahan cukup drastik. Dan terbaru adalah penyanyi era 90-an, Shima yang juga merupakan salah seorang bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama. Ternyata perubahan yang dilakukan penyanyi ini juga cukup mengejutkan ramai. Tiada lagi baju seksi sebaliknya jubah dan tudung labuh menjadi busana membaluti tubuhnya.
Shima yang mengerjakan umrah awal bulan ini atas tajaan Yayasan Perdana Umrah bersama 22 penggiat seni lain merasai pengalaman cukup terindah sepanjang berada di rumah Allah.
Dalam meniti usia 49 tahun, Shima mendapat hidayah terindah dari Allah yang cukup bermakna buat dirinya. Malah sekembali dari mengerjakan umrah, penyanyi yang popular dengan lagu Teringin ini mahu menjual semua baju seksi yang dipakai ketika membuat persembahan di kelab malam.
Shima sebelum ini pernah berkata pada dirinya yang dia akan berubah dan berhijab sepenuhnya apabila dapat menjejakkan kaki ke tanah suci. Ternyata Allah itu Maha Mendengar dan telah memakbulkan doanya selama ini.
Walaupun tahu peluang agak susah, namun Shima bersukur kerana Allah telah memakbulkan doanya apabila diberi kesempatan untuk solat di Taman Syurga yang sangat mustajab doa seseorang itu.
Shima juga turut terharu apabila diberi peluang untuk mencium dan berdoa di depan Kaabah. Biarpun sudah pulang ke tanah air, Shima tetap merindui tanah suci dan jika diizinkan Allah ingin ke sana lagi.
Namun Shima juga tidak terlepas dari dugaan ketika berada di sana. Menurutnya, dia ditanya salah seorang jemaah adakah dia mengambil dadah. Dia terkejut besar apabila ditanya soalan itu dan hanya mampu bersabar Baginya mulut tempayan boleh ditutup , tetapi mulut manusia, hanya Allah yang tahu.
Dia sebelum ini memang terkenal dengan imej seksi dan setelah berhijrah, Shima nampak semakin cantik dan bertambah muda. Malah ada juga follower yang memuji Shima bak bidadari syurga dengan penampilan terkini.
Tidak dinafikan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Begitulah juga yang ditakdirkan perjalanan karier seorang bekas pramugari, Sharifah Lisa yang akhirnya menerima hidayah dari Allah dengan cara sangat menyentuh hati. Menceritakan pengalamannya dalam satu Hadith Open Mic yang begitu menyentuh perasaan setiap yang mendengar. Setelah 19 tahun bekerja di awan biru, akhirnya Tuhan memberi tanda padanya di tanah suci Mekah.
Dia yang bekerja sebagai pramugari sejak tahun 1996 ketika usianya masih muda. Waktu itu dalam usia berkenaan tidak terfikir soal lain kecuali keseronokan memakai pakaian segaram berkenaan.
“Memang saya tidak terfikir tentang konsep tanggung jawab kerana apa yang saya tahu kerjaya sebagai pramugari itu menyeronokkan dan boleh lihat satu dunia.
“Namun sebenarnya tanggung jawab untuk menjaga beratus orang dalam perut kapal terbang ini juga sebenarnya bukanlah satu tugas yang mudah,” katanya yang ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Namun begitu, keseronokan dengan kerjaya yang dianggap glamour ini membuatkan dia terlupa dengan tanggung jawab sebagai seorang ibu dan isteri.
“Apabila bekerja di atas sana, saya anggap itu adalah rumah saya. Tidak ada istilah cuti atau public holiday. Hidup kami berlandaskan monthly roaster hinggakan saya lupa suami saya yang banyak menggalas tugas sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak ketika ketiadaan saya di rumah.
“Akan tetapi oleh kerana sudah terlalu lama bekerja dan keseronokan juga sudah ‘habis’, barulah saya mula terfikir tanggung jawab sebagai seorang isteri dan perempuan,” katanya lagi yang mula mendapat hidayah dari Allah sejak tahun 2014.
“Ketika itu saya berpeluang melakukan ibadah umrah. Saya masih ingat kejadian sewaktu mahu mencium hajar aswad, kain telekung saya habis tercabut hingga menampakan anak rambut. Waktu itu saya rasa sangat malu berada depan Kaabah.
“Pada masa itu saya terfikir sampai bila saya mahu terus begini. Allah dah bagi tanda. Sebelum itu ketika waktu bekerja saya pakai kebaya dan rambut pula ‘free hair’, tetapi bila sampai hotel saya akan pakai tudung.
“Saya sebenarnya tidak berani nak berhenti kerana merasakan pekerjaan itulah yang selama ini memberi rezeki kepada saya. Namun selepas kejadian itu, barulah membuka mata dan saya kemudiannya berbincang dengan suami,” tambahnya lagi.
Walaupun ada berbincang tentang perkara itu tetapi dia masih lagi teragak-agak dengan keputusan terbaik yang mahu diambil.
“Hinggalah pada tahun 2015, saya dapat surat dan ketika itu saya sedar bahawa Allah dah bagi jawapan. Jadi saya tak perlu sedih terpaksa diberhentikan dan saya anggap ia sebagai satu hikmah.
“Dia beri peluang untuk saya mengenali anak-anak dan berbakti kepada mereka. Saya pergi dengan hati yang tenang dan senang sebab sudah diberikan jawapan.
“Sampai sekarang hati saya tenang dan gembira. Tumpuan kini pada anak-anak dan suami. Tanggung jawab itu saya bayar dan ganti balik dengan masa yang saya hilang ketika dengan mereka dulu,” jelasnya lagi.
"Malunya aku, depan Ka'abah jadi macam ini", kata beliau…Sedutan dari Hadith Open Mic oleh Kengkawanproject. Untuk Musim ke 3 yang akan datang, mereka akan berada di United Kingdom.
Bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia 2015, Sharul Kamal meluahkan rasa syukurnya di laman twitter apabila ibunya yang tercinta kini mengenakan hijab.
“Dulu ibu seorang yang free hair, tapi aku, adik beradik dan ayah sentiasa berdoa dari dulu tak putus-putus untuk ibu tutup aurat dengan sempurna.
“Awal tahun aku dapat buat umrah dan aku tak putus-putus doa benda yang sama. Aku minta tahun ini ibu istiqomah. Alhamdulillah cantik ibu aku,” tulis penyanyi lagu Maaf ini.
Dulu ibu seorang yang free hair, tapi aku adik beradik & ayah sentiasa berdoa dari dulu tak putus2 untuk ibu tutup aurat dengan sempurna. Awal tahun aku dapat buat umrah & aku tak putus2 doa benda yang sama & aku minta tahun ni ibu istiqomah. Alhamdulillah cantik ibu aku 😍 pic.twitter.com/MEUXExhmYd
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.