Rutian asas penjagaan kecantikan seperti yang kita ketahui adalah membersih menyegar dan melembapkan wajah. Selain itu ia perlu dilanjutkan lagi dengan beberapa langkah dengan tambahan produk penjagaan perawatan kulit wajah.
Rutin asas skincare yang dikongsikan ini boleh diamalkan untuk menjaga kecantikan kulit wajah tidak kira wanita mahupun lelaki. Berikut info penjagaan kulit wajah dan pilihan antara produk yang paling terbaik yang boleh dipilih di drugstore seperti yang dikongsi melalui Facebook Girls List Store
5 basic skincare routine:
1. Cleanser (siapa yang pakai mekap mesti bersihkan mekap sebelum mencuci muka)
2. Skrub
3. Toner
4. Mosturizer
5. Sunscreen
Lima item sahaja perlu ada. Boleh ikut kesesuaian bergantung jenis kulit muka anda. Anda boleh amalkan dan cuba terutama buat mereka yang masih tercari cari produk yang sesuai dan terbaik untuk anda gunakan. Kenapa saya pilih produk drugstore? Sebab dijamin tiada bahan kimia, selamat dan murah.
Sebelum ambil apa apa produk tolong tolong kenal pasti dahulu kulit muka jenis kulit apa.
1. Kering
– kurang air
– kurang lembab
– mengelupas
– muka tidak glowing
– kusam
2. Berminyak
– satu muka sangat berminyak
3. Kombinasi
– T zone berminyak (dahi, hidung, dagu)
– pipi kering
4. Sensitif
– mudah naik ruam
– gatal gatal
5. Normal
– kering biasa biasa
– minyak biasa biasa
Macam mana nak tahu kulit kita jenis yang mana satu? Jawapannya mesti buat ujian.
1. Sebelum tidur cuci muka sahaja tanpa letak apa-apa skincare kemudian tidur.
2. Bangun pagi je pagi buat test
– oil control paper/tisu (potong cebisan 7 bahagian)
3. Tempek di:
– dahi
– hidung
– 2 belah pipi
– dagu
– 2 belah rahang pipi
4. Tengok paper/tisu tu melekat di bahagian mana :
– semua melekat (berminyak)
– melekat di T zone (kombinasi)
– jatuh semua (kering)
– nak lekat tak nak lekat je (normal)
5. Kalau muka sensitif pun kena test sama ada sensitif dan berminyak, sensitif dan kering atau sensitif dan kombinasi.
Okey? Dah tahu kulit muka jenis apa ? Okey… senang la nak membersihkan, merawat dan melindungi kulit hampa. InsyaAllah, semoga bermanfaat.
ANTARA PRODUK YANG DI CADANGKAN:
HARGA PUN BERPATUTAN
TONER WAJAH MESTI PAKAI YE SIS!
BOLEH PILIH IKUT JENIS KULIT WAJAH
WAJIB PAKAI WALAU DUDUK DI RUMAH
UNTUK SINGKIRKAN SEL-SEL KULIT MATI
HIJABISTA: Baca dahulu bahan-bahan daripada setiap produk yang akan anda gunakan. Mungkin juga kulit anda alah atau tidak sesuai dengan sesuatu jenis bahan yang terkandung dala sesuatu produk perawatan kecantikan wajah.
Sumber kredit: Girls List Store
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI