Limau nipis dan limau kasturi ini sangat bermanfaat untuk kesihatan dan juga perawatan kecantikan. Limau kasturi dan limau nipis, kedua-duanya memang selalunya dijadikan bahan minuman yang menyegarkan terutama ketika cuaca panas.

Selain itu juga, kedua-dua jenis ini limau ini juga dijadikan sebagai bahan dalam masakan. Sebenarnya limau nipis dan limau kasturi boleh dijadikan bahan penting yang perlu ada di rumah.

Photo by Lisa Fotios from Pexels

Ini antara kegunaan limau kasturi dan limau nipis untuk kecantikan, kesihatan dan kegunaan harian.

UBAT BATUK
Jika anda mengalami batu, campurkan limau kasturi, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam. Batuk akan beransur pulih.

UBAT DEMAM
Petiklah 2 hingga 4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

IKLAN

MENCERAHKAN KETIAK
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Photo by Cliff Booth from Pexels

UBAT PENING KEPALA
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair itu ke arah hidung semasa ia terpancut.

UBAT LELAH
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

IKLAN

MENURUNKAN BERAT BADAN
Perah limau nipis dan campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini. Insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

Photo by Natasha Spencer from Pexels

MERAWAT KELEMUMUR
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

MENGHILANGKAN MINYAK PADA BAJU
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Selepas itu gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak itu akan hilang. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain seperti biasa.

IKLAN

MEWANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis dab hiris-hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh bahagian kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

Photo by Element5 Digital from Pexels

MENGILATKAN CERMIN MATA
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh di sekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengilatkan cermin mata anda. Cuci dan gosokkan sedikit limau nipis pada kacanya. Bilas bersih kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih berkilat dan lebih lama.

HIJABISTA: Amalan kecantikan dan kesihatan menggunakan bahan semula jadi memang diakui mujarab. Namun apa yang penting ianya perlulah konsisten diamalkan dalam kehidupan seharian. 

Sumber kredit: Shahrul Hisham Top image: Photo by Jessica Lewis from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI