Baru-baru ini rancangan The Hijabista Show yang merupakan salah satu rancangan digital di bawah jenama Hijabista telah membawakan satu isu menarik iaitu Berkorban Untuk Cantik. Menerusi perkongsian dalam rancangan tersebut banyak input positif yang diperolehi.
Salah seorang selebriti yang ditampilkan di dalam episod tersebut menerusi temubual bersama wartawan di lapangan ialah Aina Abdul. Penyanyi yang memiliki vokal bermutu tinggi ini menceritakan perihal perkara yang perlu dikorbankan untuk tampil lebih cantik.
Kongsinya, “Saya setuju dengan kata-kata ini kerana saya sendiri banyak perkara yang dikorbankan, terutamanya apabila saya seorang yang suka makan. Tetapi demi tampil lebih langsing dan juga sihat, saya kena korbankan beberapa perkara yang disukai.”
Apabila berbicara soal makanan, ini antara kelemahan ramai orang. Namun bagi Aina, dia perlu menetapkan pendirian agar golnya untuk tampil menarik dan lebih sihat tercapai.
Tambahnya lagi, “Saya menolak untuk makan makanan yang terlalu berkarbohidrat dan terlalu berminyak. Jadi saya gembira dengan pilihan ini, I am still working on it dan saya masih mahu turunkan berat badan sebanyak beberapa kilo.”
BACA JUGA: Ginella Massa, Wanita Berhijab Pertama Kendali Rancangan Arus Perdana Di Kanada
Penulis setuju dengan apa yang dikatakan oleh Aina, untuk menjadi cantik kita perlu berkorban beberapa menu yang suka dinikmati sebelum ini, barulah impian boleh tercapai. Bab menolak makanan berkarbohidrat dan juga berminyak bukan sekadar untuk kurus bahkan sangat bagus untuk kesihatan sebenarnya
Sebagaimana yang dianjurkan oleh kebanyakan pakar pemakanan, lebihkan menu masakan yang direbus dan juga bakar untuk mengurangkan kadar kolesterol. Apabila menikmati makanan pula, jangan berlebihkan kerana ia hanya memudaratkan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI